Sabtu malam minggu, malam untuk mendobrak segala keamanan, segala ketenangan. Malam minggu, malam untuk segala kesilapan, malam untuk segala kebebasan. Aku dah lalui semua itu dengan tenang dan kadang² dengan penuh konflik juga, jadi malam minggu yang lalu aku cuma duduk lepak bersama 'super wife' juga rakan² didalam lingkaran. Pelbagai kisah silam dibobrokkan, pelbagai kisah pahit dan manis dilukis semula, aku hanya mampu tergelak dan ketawa kerana sudah tidak mampu untuk menyorot kembali kenangan² yang ada. Sedar tidak sedar sudah lebih dari 10 tahun aku bergelumang dengan keperitan dan kejerihan, begitu juga beberapa rakan² aku. Sedar tidak sedar juga sudah lebih dari 5 kali jam berpusing membentuk pusingan. Aku kuatkan juga semangat dengan duduk sambil minum-minum dan sedut bahan nikotina hinggalah cerita kisah lama tamat. Puas walaupun lontarkan badan diatas katil pada waktu matahari akan muncul semula selepas 2 jam, puas walaupun sebenarnya aku harus pergi kerja pada waktu paginya, puas kerana aku dah lama tidak buat perkara sedemikian. Aku puas. Tapi kepala aku pening, badan aku lesu.
Usia aku sudah lanjut untuk lepak sampai pukul 5 pagi dan pada pukul 10 paginya aku sudah mula bekerja, badan rosak dan tidak berdaya. Damn..!!
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment