Ramai yang bertanya, apa pekerjaan aku, apa 'job spec' aku juga tempat syarikat aku bekerja. Sedikit info juga 'knowledge' untuk semua, tempat kerja aku tak ubah sama seperti sebuah bengkel membaiki kereta, jika kita pernah hantar kereta untuk buat service ataupun 'overhaule', tukar alat gati itu dan alat ganti ini, modifikasi sana juga modifikasi sini tempat kerja aku juga sama. Yes..sama. Cuma ianya bukan untuk kereta tapi untuk kapal terbang penumpang, dan pelanggan kami datangnya beribu² batu dari seluruh dunia, ada yang datang dari syarikat penerbangan India, Arab Saudi, Mauritius, Australia, France, Uk, Denmark, Belgium, Turki, Amerika syarikat, Iceland dan banyak lagi, di tempat kerja aku semua pesawat yang masuk kedalam bengkel ataupun lebih sedap dipanggil 'hangar' akan dibaiki segala kerosakannya, kerja² servis, buat modifikasi mengikut kehendak pelanggan, tukar warna cat pesawat jika pelanggan mahu dan sebagainya, pendek cerita kami akan londehkan juga telanjangkan sesebuah pesawat, lakukan pemeriksaan terhadap strukturnya, kemudian pasang semula dan akan pastikan sesebuah pesawat itu keluar dalam keadaan yang cantik, kemas juga siap dibaiki tanpa kompromi. Yes di negara ini juga punya pusat penyelengaraan pesawat dan mampu menarik ramai pelanggan dari luar negara. Jadi timpat aku bekerja punya 4 hangar yang besar juga mampu memuatkan 11 pesawat dalam satu masa yang sama, 11 pesawat bermakna ada 11 barisan yang mampu untuk menyelengarakan sesebuah pesawat, disetiap barisan akan ada carta organisasinya, ada seorang ketua projek, ada seorang ketua jurutera, ada seorang pembantu ketua jurutera, ada ketua jurutera disetiap bahagian² kecil didalam pesawat mengikut kemahiran masing², ada jurutera² yang profesional yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia dan bekerja disini, ada ketua juruteknik, ada pembantu ketua juruteknik ada 'senior' juruteknik, ada 'junior' juruteknik, ada pelatih juruteknik, ada pelatih jurutera, ada artisan, ada pencuci pesawat, ada budak² praktikal, ada budak² mekanikal dan lain² juga ada pegawai perancang iaitu kerja aku. Jadi kami bekerja sebagai sebuah pasukan, masing² memerlukan diantara satu sama lain, objektif juga misi kami adalah cuba sedaya upaya untuk siapkan juga keluarkan pesawat mengikut tarikh yang telah dijanjikan kepada pelanggan, jika lewat dan ianya disebabkan oleh kami, pihak kami harus membayar penalti kepada pelanggan tersebut. Di setiap barisan ini juga punya bilik atau pejabat operasi dan didalamnya ada meja², 8 ke 10 biji komputer, mesin printer, mesin scanner, almari untuk menyimpan segala dokumen yang dikawal oleh aku, papan putih untuk tulis segala macam program juga kertas informasi yang dilekatkan pada dinding mahupun tingkap. didalam bilik operasi ini juga mereka selalu adakan 'briefing' setiap pagi untuk pengagihan kerja, didalam bilik ini juga ada 'workstation' untuk aku dan juga para jurutera yang lain. Komputer ibarat 'bible' bagi kami semua. Aku diletakkan didalam barisan 9 ini sejak dari bulan julai tahun lalu dimana sebelum ini aku berada di barisan 7 juga pernah dibarisan 8, iaitu barisan² yang hanya boleh memuatkan pesawat yang bersaiz besar. Jadi sejak dari bulan julai yang lalu aku telah menjadi sebahagian dari keluarga barisan 9, ketua projeknya baik, ketua juruteranya 'cool' jurutera² yang ada juga masih muda dan bertenaga juga sentiasa siap sedia untuk diperah keringat mereka, para juru tekniknya juga 'friendly', lucu dan 'cool' juga, tak sama seperti di barisan² lain. Lama kelamaan aku rasa selesa di barisan 9 dan sejak dari 5 projek yang lalu kami berjaya menerbangkan pesawat dengan jayanya. Kenapa aku cakap lucu..??
Contohnya pagi ini, seorang juruteknik pinjam komputer aku untuk cari resepi makanan di google, menurutnya dia hendak masak untuk anak²nya pada malam hari nanti. 'cool' kan?
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment