Pernahkah kau mempunyai seorang teman wanita yang jaga kau dikala sedang terlantar baring dalam keadaan sakit??. Pernahkah kau mempunyai seorang teman wanita yang menangis di hadapan 'operation theatre' menunggu kau dalam keadaan cemas dan keseorangan??. Pernahkah kau mempunyai seorang teman wanita yang sanggup ambil cuti kerja selama seminggu semata² untuk jaga kau yang terlantar lemah diatas katil di dalam wad??. Pernahkah kau mempunyai seorang teman wanita yang sanggup datang awal ke hospital setiap pagi dalam keadaan cantik dan menawan sambil bawakan segelas kopi panas untuk menenangkan fikiran kau??. Pernah?? aku pernah rasa semua itu pada tahun lalu ketika aku terlantar di hospital selama seminggu. Tidak ada satu titik penyesalan pun diantara aku dan teman wanita aku pada ketika itu tentang hubungan cinta kami, dan pada waktu ini kami telah berkahwin dan mulakan hidup baru bersama. Semalam adalah hari lahir teman wanita aku yang kini merangkap 'super wife' aku. Dalam keadaan sibuk dan cemas kerana kali ini bapa 'super wife' aku pula dikejarkan ke hospital. Walaupun tiada hadiah yang besar atau menarik untuk dia, tapi aku pasti yang aku telah sediakan hadiah paling istimewa dan berharga untuknya iaitu cinta aku, kasih sayang aku, semangat aku, juga keyakinan aku.
Happy birthday, my superwife..
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
1 comments:
tahniah friends....hope cepat sembuh ayah mertuanya :)
Post a Comment