Semalam, pilihanraya untuk Sarawak, sejak dari minggu lalu banyak berita panas yang kedengaran, banyak kisah² dongeng yang kelihatan. Dari pengamatan aku sejak dari minggu lalu memang parti pembangkang mampu untuk bungkus kerajaan disana dan campak ke sungai, Yelah mana taknya setiap ceramah parti pembangkan yang diadakan, setiap rapat umum yang diwujudkan memang dilimpahi oleh ribuan manusia dan jika kita lihat pada berita² di kotak tv setiap gambar yang ada terlalu dekat dan kurang pasti sama ada ceramah² dari pihak kerajaan dipenuhi dengan warga dayak, iban, cina, melayu dan sebagainya, sampaikan perdana menteri habiskan 6 hari disana kerana dapat lihat satu ombak perubahan sedang melanda tanah sarawak, dia takut atau gusar? semua orang boleh buat persepsi sendiri. Tapi secara logiknya memang parti pembangkang mampu untuk gulingkan kerajaan disana berdasarkan setiap gambar dan video yang dinilai sendiri oleh aku. Ini belum lagi cerita kisah² rakus pemimpin yang telah merampas tanah adat. Bila aku ekstrem cerita perihal politik ramai yang sematkan di dada betapa aku sangat 'against' pada pemerintah pada hal tidak, aku hanya manusia yang berfikir secara kritikal, berfikir dengan logik tapi jauh lebih dalam dari orang² yang tidak faham tentang retorik politik and i'm just a supporter for change and dissent. Nah lupakan.
Aku masih lagi pegang kata²
Jika pilihanraya itu adil sudah lama ianya diharamkan.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
0 comments:
Post a Comment