Pagi ini hujan, bahang panas naik ke udara, aku agak lewat sampai di tempat kerja dan seperti biasa aku mula bancuh kopi lalu keluarkan roti bakar yang telah siap dibakar dari rumah, mata dan kepala aku mula fokus didepan skrin monitor, aku periksa email jika ada kerja² baru yang hendak dibuat, aku periksa 'system portal' yang selalu aku buka untuk lihat kerja² yang sudah siap, aku kumpulkan segala dokumen² yang perlu aku proses pagi ini, hidung telah mula ditusuk dengan bau kopi, aku seluk poket, aku keluarkan telefon bimbit lalu mula memainkan lagu dari THE MAGIC NUMBER, aku perlahankan bunyi supaya tidak ganggu orang lain yang turut sama ada didalam perut pejabat ini. Tangan mula dilekatkan pada tetikus, ianya masa untuk serap segala input, aku sandarkan badan ke kerusi, aku hirup perlahan² kopi sambil hidung juga menikmati aromanya. Aku mula tekan satu persatu papan kekunci lalu aku tunggu, aku tunggu lagi, dan terus menunggu. aku buka muka baru, aku tekan lagi di papan kekunci ada sedikit info aku baca yang berbunyi.
"Laman Malaysiakini masih lagi digodam.."
Damn..!! bayangkan jika kau mahu makan dan makanan kau hilang, bayangkan kau mahu melukis dan berus warna kau hilang, bayangkan kau mahu sembahyang dan masjid kau dirobohkan, bayangkan kau sudah mahu terberak dan kau masih tidak jumpa jamban, bayangkan jika kau perlukan duit tapi semua mesin atm rosak dan ianya hari ahad dimana operasi bank-nya tutup.
Bayangkan perasaan aku pada ketika ini.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
1 comments:
relax abg pian... this is disadvantages of modern age... hehehe
Post a Comment