Pulang kerumah dengan keadaan cemas, kelapa aku asyik terfikir tentang beberapa buku yang dah lama aku lupakan, baru tadi sewaktu membuat rumusan dengan rakan² aku teringat tentang buku ini. Mungkin buku ini mampu bagi sinar harapan kepada aku. Telah lama aku tidak buka dan baca. Didalam bilik dengan warna lampu penuh jingga sambil aku menghayati lagu dari Pink Floyd "wish you were here". Tangan dan mata terus memberi tumpuan mencari buku² yang sedang aku fikirkan, semua kota² berhabuk aku buka, semua bekas² plastik dan kaca aku sua-kan muka namun masih tidak ada berita. Usaha terus berusaha, tangan mula menggobek semua laci yang ada, mata berserabut melihat segala kenangan yang berselirat didalam setiap laci yang ada. Usaha terus berusaha, aku tunduk dan intai dibawah katil, dalam warna gelap yang sama aku pasti buku itu tidak akan menginap dibawah katil. Setiap beg aku buka, setiap susunan Cd aku gerakkan namun masih tidak berjaya. Buku oh buku dimanakah kau. Tangan terus menjalar kearah susunan buku² tebal serta majalah, aku selak satu persatu. Yes!! memang buku akan tinggal bersama buku² lain yang ada. Terima kasih kerana telah berjaya jumpa, hati aku mula berdebar² menyelak setiap helaian daun muka surat yang ada mata perlahan² mengerling kesetiap angka yang ada. Nombor keramat yang tercetak pada buku pertama adalah 5.85, buku kedua pula 11.03 manakala buku ketiga 1.09. Betapa hancur musnah harapan dan hampa setelah menyelak kesemua helaian dan tertulis baki yang tinggal tidak sampai rm20.
Buku akaun bank memang benar² berguna jika tertera angka² lumayan didalamnya, lebih² lagi jika anda sedang berada didalam keadaan hina. Tetapi buku bank aku tidak mampu untuk menjadi buku yang berguna pada saat² genting. Bagi aku buku bank aku adalah sebuah buku cerita paling sedih yang pernah dihasilkan oleh aku.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment