Tuesday, 14 July 2009

Cedera tanpa luka.

Sambil terbaring memandang syiling pada malam hari sambil telinga aku menyerap lagu² dari album "hukum karma" dari WINGS. Dari lagu 'pentas opera' ke 'jerangkap samar', 'hikayat penuh ranjau' hinggalah ke 'Taman Rashidah utama' benar² buat aku teringat kembali zaman aku bersekolah rendah, berseluar biru pendek dengan baju kemeja putih masuk kedalam sambil menggalas beg yang bukan saja penuh dengan buku serta pensil box dua tingkat, tetapi juga dengan beberapa keping kaset band rock yang akan aku tukar² dengan rakan yang lain. Yes aku membesar dizaman glam rock sedang bermaharajalela. Aku ingat lagi macam mana aku paksa arwah bapa aku belikan kasut Aliph warna putih dengan line merah dan biru, beli kaset dipasar malam yang harganya bawah dari rm9, menulis lirik² lagu rock kegemaran didalam buku lirik khas, duduk ditepi bukit bersama² dengan rakan² lain dan berlakon seperti semuanya sedang berada didalam klip video 'Taman Rashidah utama' mahupun 'Isabella'. Ianya satu pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan sampai bila². Tapi bagai sekelip mata malam ini aku terdampar keseorangan didalam bilik, jauh dari hilai tawa dan gembira, jauh dari teman² juga jauh dari limpahan jenaka. Aku ibarat sedang merawat cedera yang tidak nampak lukanya. Aku sedang lalui satu skala perubahan yang amat pelik didalam hidup aku dan hanya aku sahaja yang tahu. Aku akan rasa lebih tenang jika duduk diam berseorangan. betul kata mereka, hidup bagaikan pentas opera, lakonkan dengan semangat kejujuran, rempuh segala api kepalsuan. Tidak kira susah mahupun senang, aku sedang menghayatinya sekarang.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law