Wednesday, 29 July 2009

Kisah cinta lagi

Malam semalam ketika sedang menghirup kopi sambil ditemani angin sepoi² aku diseret dengan satu perbualan yang agak menjengkelkan, dimana salah seorang rakan aku sedang berada didalam dilema, yang buat aku rasa sangat sengsara adalah kerana dia sakit dengan masalah cintanya. Teman wanitanya berjalan perlahan² lalu berpaut pada lelaki lain. Percintaan yang telah disemai sejak beberapa tahun lalu hancur berkecai, impian dan harapan yang direka serta merta menjadi sisa² debu yang tidak bermakna. Aku paham perasaan dia cuma rasa seperti sangat muak dan mual dengan tangisan didalam hatinya. Sekali lagi aku beritahu, tiada siapa akan berjaya ubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Cukuplah dengan airmata darah, cukuplah dengan perasaan hiba dan kecewa, kerana kau ada lebih 40 ke 50 tahun lagi untuk harungi segala cabaran dan dugaan, hentika segala kecelaruan dan kekusutan kerana adalah lebih bermakna jika berjuang lari jauh dari masa dan cuba kukuhkan segala apa yang longgar. Aku tidak nafikan cinta sejati, aku juga tidak menidakkan keindahan sewaktu bercinta. Cuma, cuba bangun dari segala kesedihan dan cari cahaya kegembiraan.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law