Wednesday, 1 July 2009

Fat fighter.

Perkara paling penting apabila kita membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan atapun dalam bahasa yang lebih dalam lagi iaitu membuang lemak adalah, mengubah cara kita berfikir lebih² lagi pada makanan. Minda benar² memainkan peranan yang penting, jika minda kita tidak kuat maka jiwa kita pun tidak larat. Bagi aku aku untuk kuruskan badan kita perlu melalui 2 proses yang sangat sukar iaitu memecah lemak dan membuang lemak. Semuanya akan berjaya jika kita mampu mengawal minda kita dan yang paling penting tahu apa yang kita makan setiap hari. Oleh yang demikian setelah berhempas pulas menahan pahit dan getir aku berjaya mendapat satu idea untuk mengawal minda kita. Aku telah cuba buat dengan teman baik aku dan ianya berjaya, kami panggil dengan nama 'diet game' it was so fun rite, bila kita jadikan diet itu seperti satu game yang sangat menarik. Ok caranya amat mudah setiap orang yang sedang cuba henda ber-diet perlu ada patner yang sama struggle untuk kurangkan berat badan juga. So, setiap orang diantara kamu tidak boleh mengkhianati diantara satu sama lain. Dalam erti kata yang lain kamu perlu buat dan susun jadual makan beserta dengan makanan yang sangat ringan tetapi mengenyangkan, contohnya sepinggan nasi beserta lauk atau nasi kandar yang sangat berat ditukar menjadi satu set tuna sandwich, sepinggan mee goreng ditukar menjadi satu set roti bakar, 10 cucuk satay dan nasi impit ditukar menjadi semangkuk quaker oats, a cup of ice cream menjadi sebiji epal hijau atau navel orange, a set of chicken chop kepada 2 biji karipap ataupun a bowl of laksa kepada a bowl of salad. Yes kita perlu ubah cara pemakanan kita dan yang paling pentng adalah minda kita kerana otak kita akan tolong fikir macam² untuk setiap makanan. Jadi ajaklah patner anda buat satu jadual pelan makan seperti apa yang aku cuba terangkan, mulai saat ini patner anda serta anda perlu patuh pada peraturan yang disediakan, dilarang sama sekali untuk betray, anda perlu jujur, jika tidak diet game ini dikira gagal. Bila sampai waktu malam setiap diantara kamu perlu memberi laporan apa yang dimakan dari sarapan pagi hinggalah dinner. Pastikan tiada makanan yang berat masuk kedalam perut. Contohnya jika patner anda bagi laporan yang dia hanya makan dua biji karipap untuk sarapan, 5 keping biskut serta milo panas untuk lunch dan semangkuk salad untuk dinner, mungkin anda akan rasa seperti hendak bersaing dengan patner anda kerana pada waktu pagi anda makan 2 set roti bakar serta majerin, mee sup untuk lunch (konon² tak makan nasi) dan burger ayam special untuk dinner (konon²nya tak makan nasi). So secara naturalnya anda akan rasa tidak puas hati dan akan cuba tiru cara yang sama dengan patner anda makan. Ianya seperti satu persaingan yang sangat sihat kan?? mula² memang rasa susah tetapi percayalah jika anda mampu bertahan untuk tempoh 2 minggu pasti takkan ada masalah lagi selepas itu. Berdiet dengan cara tahan lapar adalah sangat tidak digalakkan. Anda perlu makan baru ada tenaga dan dari tenaga itu akan membantu anda membakar atau membuang lemak yang telah dipecahkan. Dalam permainan ini juga bersukan amat dititik beratkan, adalah kepercayaan karut jika akan boleh buang lemak tanpa berpeluh, salah satu cara untuk berpeluh adalah dengan bersukan. Jika selepas pulang dari kerja anda rasa penat dan malas untuk keluar bersukan pastikan patner anda membakar semangat dengan cara memberi tahu yang dia baru sahaja menghabiskan 50 minit dengan ber-jogging. Sila abaikan perasaan penat dan malas akibat dari banyak kerja di tempat kerja. Kalau anda dapat terus bertahan dengan keluar bersukan selepas pulang bekerja dalam masa 2 minggu pasti stamina anda akan bertambah dan rasa penat dan letih akan hilang. Jika perkara ini dijadikan amalan mesti anda akan rasa bersalah jika tidak bersukan. Jika tak percaya cuba ikut yang tertulis di entri ini. Mesti ada yang terfikir, teruklah kerana kalau diet kita sudah tidak dapat makan makanan yang sedap² lagi. Jangan risau dalam setahun kita ada 365 hari dan kita masih boleh makan apa saja yang kita teringin hendak makan. Caranya amat mudah, dalam seminggu anda dan patner perlu wujudkan satu hari iaitu "hari pengampunan" dan satu hari lagi adalah "hari penebusan". Hari pengampunan adalah hari dimana kedua² kamu dibenarkan untuk makan satu hidangan yang benar² kamu hendak makan. contohnya sepinggan nasi ayam ke, beef steak ke, tak kisahlah apa pun yang rasa teringin hendak makan anda boleh makan pada hari pengampunan ini, tetapi ingat, bukan sepanjang hari boleh makan banyak. Keesokan harinya pula anda perlu wujudkan hari penebusan pula dimana harus keluar untuk membakar semula lemak yang ada dengan cara bersukan.

Setakat ini saja yang dapat dikongsi pada kali ini, untuk next entri aku akan cerita pasal makanan² yang sepatutnya dimakan ketika menjalani proses diet ini.
Semoga berjaya..!!! GAMBATE !!

(aku dah rasa seperti seorang host untuk rancangan kesihatan dekat tv pula)

5 comments:

eiza in the house.. said...

bagus la idea nie
tq for info :)

nita said...

penah dengar gak pasal hari penebusan tu.. tu cara aizat AF5 tu berdiet..

thanks 4 sharing..

tgh tunggu next entry awak..

FdausAmad said...

Jim Jim wehh...Jiimmmmm!!

Suffian Salim said...

sis_nita - i x sure pasal Aizat kurus dgn care mcm ni..ahaha..tak percaye lah..dlm dunia ni baru i n my friend je buat..hihi

FdausAmad - Jim x sesuai utk org nak buang lemak..Jim utk bina otot, jim Carrey plak kalau nak gelak tgklah movie die..

eiza in the house- anda boleh cuba bersama suami anda..

Anonymous said...

"Berdiet dengan cara tahan lapar adalah sangat tidak digalakkan. Anda perlu makan baru ada tenaga dan dari tenaga itu akan membantu anda membakar atau membuang lemak yang telah dipecahkan. Dalam permainan ini juga bersukan amat dititik beratkan, adalah kepercayaan karut jika akan boleh buang lemak tanpa berpeluh, salah satu cara untuk berpeluh adalah dengan bersukan."

...agree with every single word..sy quote semua

~nila~

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law