Tengahari semalam, ketika cahaya matahari mencarak-carak terangnya, ketika bahang panas kedengking membaluti satu badan. Aku berdiri didepan 'workshop' kereta. Aku dapatkan penjelasan tentang masalah jentera pemusnah aku, dimana ada beberapa bahagian didalam enjin mempuyai kadar karbon yang tinggi, secara tidak lansung ianya beraya membuatkan jentera pemusnah aku semput, kurang gah dan mudah terpadam enjinnya. Lalu aku bertanya pada Ah hong tuan punya 'workshop' tentang apa punca yang boleh menyebabkan kadar karbon didalam enjin aku berselerak banyaknya. Tapi Ah hong tanya aku semula.
Ah hong tanya "u pakai apa minyak?? 95 or 97??",
"95 la.." jawab aku sambil peluh mencurah dari dahi.
Ah hong cakap lagi "itu pasai la..ron95 tak bagus ma..u punya hose, filter suma penuh karbon ma,97 bagus..95 orang untuk mesin potong rumput ma.".
"Aiya..ron 97 mahal lah..1 liter dua ringgit lima posen.." Tegas aku pula.
Ah hong bercadangan pula "U tukar-tukar pakai minyak ma..ini minggu 95, bila tank sudah kosong u beli 97, bila abis lagi pakai 95 balik ma..baru jimat sikit.."
"Aiya..pening kepala la ini hal.." Keluh aku lagi.
Tapi dalam hati rasa seperti idea Ah hong boleh diterima pakai untuk jangka masa panjang. Selepas semuanya siap, aku bawa pulang jentera pemusnah yang buat masa ini berjaya musnahkan duit poket aku. Tapi sebagai lelaki yang 'cool' yang walaupun matahari berdiri tegak diatas kepala aku tetap cuba untuk berfikir secara positif, cuba untuk tukar minyak setiap kali ianya habis. Nak cakap macam mana lagi, di negara ini memang tiada pilihan. Cuma yang aku kesal bila malam harinya aku duduk didepan skrin monitor sambil melayari laman² blog lain, semua orang sedang kecoh, haru biru yangminyak ron97 naik lagi 20sen.
Minyak ron95 sesuai untuk mesin potong rumput, mungkin aku sudah boleh buat sedikit modifikasi dekat jentera pemusnah aku dengan meletakkan kipas laju yang tajam di permukaan bawah agar aku juga boleh buat kerja sambilan untuk potong rumput dimana² kawasan yang berumput. Mungkin juga aku sudah boleh 'submit' borang untuk kursus kontraktor kelas F dan bila sudah ada lesen aku boleh beri duit bawah meja atau duit sogokkan supaya dapat tender kerajaan untuk memotong rumput disekolah-sekolah mahupun ditepi² jalan.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
1 comments:
hahah,pian sian ko bg die name jentera pemusnah,die usung ko hari,sesekali ko usung la die plak haha,saba sifat marah ko ni sampai ke moto ko marah,hahah
Post a Comment