Dari 2 minggu lalu aku telah pindah ke pejabat baru, walaupun masih dengan projek lama, macam biasalah hidup aku memang seperti orang nomad apabila di tempat kerja. Apa yang menarik di pejabat baru aku selain dari susunan meja serta komputer yang berbeza aku juga bergaul dengan orang² lain. Di pejabat aku yang baru ni, ramai diantara mereka suka buka 'portal' politik dan rata²nya akan cari sumber berita yang sahih dan benar. Lebih² lagi kisah pilihanraya kecil di Ulu selangor, memang hari² aku akan dengar cerita dan rumusan panas. Aku hanya mampu tergelak dan biarkan saja mereka dengan dunia mereka kerana aku juga punya dunia aku sendiri. Ada orang sanggup mati demi parti politiknya, ada orang sanggup mati dengan pemimpinya, ada orang juga sanggup berkelahi demi hendak pertahankan apa yang perlu dipertahan. Caci, maki, fitnah sana, fitnah sini, buat janji begitu, buat janji begini, buka usul itu, buka usul ini, betul atau tidak kita pun tak tahu. Ini adalah kisah 'normal' yang kita sering nampak bila berlaku pilihanraya, Yang menang akan dijulang, yang kalah akan beri seribu satu cerita helah. Cuma pada pilihanraya kecil kali ini aku tergelak seorang diri bila baca kenyataan seperti dibawah.
"nama calon Barisan Nasional, untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, P Kamalanathan mencerminkan konsep satu Malaysia. Muhyiddin semalam dilaporkan berkata nama ketua penerangan MIC itu merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India."
Ini lawak waktu aku sekolah tadika puluh² tahun dulu dan kenapalah masih pakai pada tahun 2010, kreatif lah sikit kalau nak jadi pemimpin yang berkarisma.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment