Friday, 9 April 2010

Soleil éternel de l'esprit immaculé

Seperti yang pernah aku huraikan dulu betapa aku suka dan jatuh cinta dengan penghasilan filem² yang mampu memberi pengetahuan dan juga pada yang sama mendidik sesebuah masyarakat juga komuniti. Kita ambil contoh pada filem² dari eropah misalnya dari dulu telah banyak memberi panduan serta pengaruh tentang penggunaan kenderaan awam seperti keretapi dalam setiap 'scene' yang mereka hasilkan dan akhirnya masyarakat disana menjadikan penggunaan keretapi sebagai pengangkutan awam dan juga telah jadi sebahagian dari cara hidup mereka. Banyak lagi contoh lain yang kita boleh lihat, seperti sepasang kekasih mula kenal antara satu sama lain ketika sedang duduk membaca buku, 'scene' didalam perpustakaan, ada juga 'scene' ber-kardio, bermain bola keranjang dan banyak lagi. Kita boleh lihat dari segala aspek, memang setiap apa yang dilakonkan pasti akan bertukar menjadi cara hidup kita seharian, cuma terpulang kepada setiap komuniti atau sesebuah masyarakat menilai atau mentafsir tentang apa yang mereka lihat. Di negara kita juga memang setiap filem akan menjadi garis panduan juga ikutan pada sesiapa yang menontonnya. Aku beri contoh, hampir 90% filem² melayu akan ada 'scene' makan², tidak kira makan² di dalam rumah mahupun di restoran² besar atau kafe², tidak kira makan udang galah atau sekeping roti bakar tapi pasti akan ada aksi² makan.

Dan akibatnya ramai yang sakit atau nazak dihospital akibat dari mengambil makanan yang berlebihan tanpa kawalan.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law