Sunday, 11 April 2010

Perlu ke aku jadi seperti Johnny rotten.

Sudah hampir berbelas tahun aku tempuh dengan penuh kesabaran dan kepuasan. Berpanas, berhujan malah berembun sudah jadi biasa sudah jadi teman rapat. Dari setiap orak langkah memanjat anak² tangga ke puncak bilik studio aku dah lawati, dari setiap pentas dan panggung telah aku lewati, dari orang ramai dihadapan aku mahupun tidak ada lansung juga telah lama sebati, dari setiap bunyi² gitar juga hentakan drum serta lalakan suara telah lama aku resapi sama ada sengaja atau terpaksa. Begitulah perjalanan hidup aku sepanjang berbelas tahun yang lalu hingga sekarang. Ada yang bertanya kenapa aku tidak mahu lompat ke kancah cahaya terang seperti bintang dan aku hanya mampu jawab yang aku jujur dan ikhlas dengan setiap kepuasan yang aku cari. Ramai yang tidak faham dan tidak mengerti untuk apa aku wujudkan band aku, muzik aku serta metafora aku sedangkan ianya sama seperti aku buang masa dan tenaga kerana segala²nya tidak berbaloi untuk aku, dan sebenarnya aku lebih menghargai nilai dan konsep sesebuah perjuangan serta persahabatan, sebenarnya aku lebih menghormati setiap situasi serta 'moment' yang aku selalu kecapi dan terus simpan kedalam memori yang aku cipta sendiri untuk panduan aku sampai mati. Aku lansung tidak hirau dengan kejayaan manusia² yang mampu ubah dunia yang mampu corakkan kehidupan orang lain. Aku hanya lebih hiraukan perjalanan hidup aku serta orang² penting disekeliling aku. Biarlah apa saja mulut orang lain hendak kata, biarlah apa saja otak orang lain mahu fikir, aku sudah cukup selesa walaupun kadang² sengsara. Tapi band tetap band, rock tetap rock.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law