Sunday, 29 June 2008

Fajar menyinsing.

Salam kepada semua,
ketika aku sedang mula untuk menggerakkan jari², telinga aku pula sedang menyerap alunan suara dari Glen Hansard serta Marketa Irglova dan terus menghantar signal ke otak Dengan senyuman yang tidak terhingga aku cipta setelah lama berdiam diri, kehidupan didalam dunia aku semakin tenang dan aman walaupun sisa² perperangan masih lagi berlarutan. Namun 'Fajar sedang menyinsing' menerangi dunia aku disini, alunan lagu serta nota² sedang terapung dengan indah sekali, aku sudah mampu mendongak kelangit untuk melihat cahaya matahari menerang, aku juga sudah mampu menyaksikan keindahan bintang dan bulan bekerdipan setiap malam menjalankan tugas supaya waktu malam kelihatan amat sempurna. Aku amat rindukan keamanan, aku amat perlukan kebebasan dan aku sedang berusaha kearah itu. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokong secara lansung ataupun tidak lansung. Kepada yang tidak mampu untuk faham. "Just dont let anybody to slow you down", and i'm here to make everything perfect, dan jika tidak sempurna marilah kita bersama² sempurnakannya ataupun buat² sempurna. Sekali lagi selamat datang kepada dunia yang penuh dengan tanda tanya tetapi jawapannya penuh makna.

Thursday, 19 June 2008

Dont slow me down #1.2

Huh..!!

Beberapa hari aku terpaksa melupakan dunia penuh cahaya, penuh warna-warni juga penuh dengan alunan seni, aku sedang berarak menuju ke medan pertempuran bersama² dengan manusia yang lain tidak kira musuh mahupun kawan. Matlamat utama adalah hendak menamatkan segala kekejaman mahupun kejahatan dan itulah yang sedang aku usahakan. Kepada sesiapa yang melawat blog ini, harap maaf kerana aku amat pincang dan tegang dengan segala kebencian yang sedang berlegar² di sekeliling aku. Mungkin tiada entri baru untuk tempoh seratus jam lagi atau lebih, namun apa yang paling pasti dikepala aku sarat dengan segala teori,ceritera,lawak jenaka dan segala macam dakyah serta dakwah yang akan aku luahkan mahupun lontarkan nanti.

GAMBATE..!!!

Wednesday, 11 June 2008

Bila Beethoven bermain gitar.

Aku lemas dengan kesibukan, perperangan bakal tercetus dan aku ditengah² medan pertempuran. Kisah tentang MOLEKUL INDAH serta AKU BUKAN VIRUS akan disambung semula tidak lama lagi, maaf kerana buat semua tertunggu dan aku sebenarnya ada banyak lagi cerita yang mahu diceriterakan tentang segala objek yang berpusing diminda aku.
Stay strong..!!!

Kecewa lagi.

Keadaan hiba dan kecewa sedang menyelubungi semua manusia² didunia disini, yang tersepit akan terus terhimpit, yang ketawa akan duduk diam sahaja, yang sedih akan mula menangis, yang marah akan terus naik berang, menyumpah,mendengus dan macam² lagi. Setiap kali aku lawat chedet.com pasti akan ada cerite² dalam dilema dibongkar. Minyak naik..minyak naik..minyak naik..dan tak lama lagi tarif elektrik pula naik. Kita akan terus duduk diam dan marah sesama sendiri,duduk kedai kopi,dalam ofis,tepi jalan,tengah tidur dan macam² lagi semua orang akan bising tapi masih tiada jalan penyelesaian. Oh aku baru teringat ada jalan penyelesaian iaitu semua menteri² akan dipotong 10% dari elaun mereka, dan jangan risau kerana akan ada banyak projek² lain sama ada haram ataupun tidak yang pasti akan menggembirakan poket mereka. Kita kat sini akan terus marah lagi, seperti aku akan terus meluahkan kata² indah tentang ketidakpuasan dihati tentang negara aku, yang pengecut dah ramai yang lari keluar ada juga yang ajak aku sama² menikmati dunia luar, dan terlintas juga difikiran aku tentang semua itu. Cuma aku hendak lihat kejatuhan kuasa² jahat sebelum aku tinggalkan segala kejahatan disini. Nah...tengok aku terus luahkan kata² tidak puas hati.
Bercerita tentang Elektrik yang akan naik, kenapa kita taknak boikot elektrik, pilih satu hari yang sesuai seperti hari Ahad semua orang tidak perlu bekerja tapi jangan duduk didalam rumah sambil menikmati rancangan 'Melodi' di tv3. Cuba keluar rumah beramai² pergi berkelah di taman² tasik, tepi pantai, tepi parit, tepi perhentian bas atau sebagainya, cuba untuk tidak gunakan kuasa elektrik kalau boleh 24jam dan cuba buat sebulan sekali. Mungkin pekerja² TNB pun akan terpaksa dipotong elaun sebanyak 10% kerana keuntungan tidak membanggakan. Sebenarnya diluar dah ramai yang buat begini. Cuma kita yang tidak tahu, eh bukan tidak tahu tapi malas mahu ambil tahu dan secara lansung malas untuk buat pun. Jadi bagaimana?? sesiapa yang boleh bagi jawapan sila jumpa aku.
Maaf aku agak pincang hari ini.

Tuesday, 10 June 2008

Dont slow me down #1.1

PERGI JAHANAM SEMUA..!!!

A bowl of salad atau daun salad #4

Malam tadi sambil menyaksikan pertempuran bola sepak Euro diantara Romania negara yang berada diutara peninsular Balkan dengan 'The Hexagon' iaitu France. Sebuah perlawanan yang cukup membosankan, seperti aku dan Wan serta yang lain² pun boleh berada ditengah padang menyepak bola. Perlawanan yang langsung tidak ada hala tuju. Aku putus asa dan terus menghirup kopi kegemaran serta disulam dengan American eagle. memerhatikan jentera² kejam lalu lalang tiba² dari jauh datang seorang manusia lalu menegur.

"eh aku tengok kau dah susutlah..kenape??" Tanya Amri.

"ehehe,,hati susah kut.." Wan.

"Ceh..muka kau hati nak susah, tipu lah.." Amri.

"Eh, aku tak leh nak susah hati ke?" Tanya Wan lagi.

"Aku serius ni, macam mane kau boleh kurus ni, ajar lah aku.." Tanya Amri lagi.

"Ermm, kau nak kurus jugak ke? macam ni, boleh aku tau pendapatan bersih kau sebulan berapa??" Tanya Wan.

"Adelah sikit² dalam 2k, nape?" Tanya Amri binggung.

"Bagi aku rm seribu setengah, kau simpan rm500, boleh tak?" Jelas Wan.

"Hah?? kenapa kene bagi kau??" Tanya Amri sambil ternganga.

"Yelah kalau kau ade duit kau makan banyak, bile sikit kau tak perlu makan..tak pun berhenti kerja lah, tak keje duit takde tak payah makan.." Jelas aku sambil gelak.

"Ahaha..cibai jawapan kau, so kau tak keje ke ni?" Tanya Amri.

"Aku masih keje, dan gaji aku. aku bagi kat orang² yang memerlukan" Jawab Wan.

"Oklah aku nak blah dah ni, jumpe lagi nanti." Amri.

"So kau tak jadi nak kurus ke?" .

Diet terbaik adalah apabila poket dan wallet kita hanya ada business card kawan² serta lesen dan kad pengenalan sahaja.

Monday, 9 June 2008

sinikal #8.1

Bayangkan apa akan berlaku sekarang jika selepas tentera Jepun menyerah diri dulu dan kita terus merdeka tanpa tunggu pihak British datang menyelamatkan keadaan lalu Tunku Abd Rahman dan rakan² terpaksa untuk mendapatkan kemerdekaan, dan apakah yang akan terjadi jika tentera Jepun terus berkuasa disini.
Siapa ada jawapan?

sinikal #8

Pagi Isnin, sesuatu yang paling dibenci oleh banyak manusia, hari dimana menjadi permulaan bagi setiap minggu, hari dimana semua manusia kecewa dan hiba untuk memulakan segala macam benda, aku tidak terasa seperti hendak marah kerana bagi aku setiap hari adalah hari isnin, aku dah lama tidak memberhentikan mekanisma² didalam badan aku, kehidupan yang sentiasa bersedia untuk menempuh segala cabaran dan dugaan. Aku manusia robot yang tidak mempunyai perasaan kecewa atau benci mahupun sedih, bagaimana untuk gembira juga aku tidak pasti, yang aku tahu perperangan semakin dekat dan aku harus bersiap sedia walau dengan apa cara sekalipun. Aku pasti tidak akan pedulikan semua orang disekeliling aku. Corak dan warna masih lagi sama, walaupun diserang dengan petir ataupun puting beliung aku tetap akan begini. Namun aku masih lagi benci dengan manusia² yang selalu fikirkan tentang diri mereka sendiri, selalu fikir yang mereka adalah tuhan, selalu fikir yang mereka sudah cukup kuat untuk menakluk dunia tidak kira besar mahupun kecil, selalu fikir yang mereka mampu untuk mengubah semuanya, selalu cuba untuk tidak mahu melihat kesalahan diri sendiri, selalu cepat mengeluarkan kata² tanpa memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain. Dan jika aku Menteri Besar Selangor aku akan tambah elaun rm1000 untuk setahun bagi pemilik² kenderaan di Selangor.

Sunday, 8 June 2008

Jika aku seorang menteri.

Jika aku seorang menteri, aku akan bagi elaun sara hidup rm2000 seorang setiap bulan, kepada semua orang yang pendapatannya bawah rm2000 sebulan, aku akan hapuskan yuran pembelajaran bagi semua pelajar² sekolah rendah dan menengah, aku akan hapuskan penggunaan bahasa inggeris bagi mata pelajaran matematik dan sains, sebaliknya mempromosikan tentang kepentingan bahasa inggeris untuk semua orang, dan dalam pada masa yang sama bahasa Melayu harus dan wajib ditutur oleh semua orang sama ada cina, india, melayu mahupun bangsa² lain. Kepada student² yang nak melanjutkan pelajaran ke oversea mereka diminta memahirkan diri dengan bahasa inggeris atau bahasa ibunda bagi setiap negara yang mereka hendak pergi selama 6 bulan. Aku akan panggil beberapa akademi bola sepak dari luar negara untuk wujudkan sekolah mereka disini dan ianya terbuka untuk semua pemain² bola sepak dari umur 4 tahun hingga 18 tahun. Aku akan kurangkan penayangan filem² dari Hollywood tapi sebaliknya memperbanyakkan filem² dari eropah. Aku akan pastikan semua orang tahu tentang cara peradaban manusia² disana lebih² tentang sistem pengangkutan disana, aku akan cuba memperngaruhi semua orang untuk tidak menaiki kenderaan sendiri untuk pergi dan pulang dari kerja. tapi sebelum itu aku akan potong semua gaji² menteri yang ada di seluruh negara untuk mempertingkatkan lagi sistem keretapi dan bas di sekitar bandar mahupun pinggir bandar ataupun luar bandar, kini sesiapa yang tinggal di Ipoh juga mampu berulang alik ke KL setiap hari kerana sudah ada keretapi laju, walaupun tidak selaju bullet train namun ianya cukup selesa untuk pergi dan balik dari rumah ke tempat kerja walaupun jauh. Semua sektor tidak kira pertanian, penternakan mahupun teknologi sains dan robot aku akan pastikan segala² nya canggih supaya dapat menghasilkan tahap pengeluaran yang bermutu tinggi. Barulah boleh jual produk ke luar. Kepada band² mahupun kumpulan² seni tidak kira glamour atau independent aku akan pastikan mereka dapat keluar negara membuat show dimerata tempat dan dalam pada masa yang sama memperkenalkan negara kat mata luar. Banyak lagi idea akan dapat dikembangkan, Jadi ada sesiapa mahu undi aku untuk jadi perdana menteri?? aku memang tidak layak, aku memang tidak bagus tapi jika tengok perdana menteri sekarang yang bijak membuat keputusan, aku rasa aku boleh jadi lagi bagus dari itu. Bukan aku sahaja yang boleh, Kamil juga boleh, Pak Kadir jugak boleh, Muthu juga boleh, Ah Chong juga boleh, Mak cik Sabariah juga boleh, Adik nurAtikah juga boleh, Jalil juga boleh, Harun Salim Bachik juga boleh, Shima si gadis rempit juga boleh, Bob penjual burger juga boleh, Kartina Aziz juga boleh, Norlia Ramli juga boleh, apatah lagi Afdlin Shauki, dia juga boleh. Rosyam Noor or Hans Isaac juga boleh, kalau Fasha Sandha lagi boleh. Mak Timah penjual Satay dipekan subang juga boleh. Kucing aku juga boleh. Tahniah kerana kini semua orang dan kucing mampu menjadi perdana menteri.

Aku bukan virus #2

Tetapi dia hanya gagal didalam subjek yang diambilnya walaupun sebaya dan menjadi rakan kepada Jefry. Namun Aswazi bukanlah lelaki yang tidak bijak atau cerdik, cuma dia terlalu fokus dengan bidang muzik yang diceburinya, dia adalah seorang rockers yang betul² telah silap menafsir tentang etika seorang rockers, Aswazi adalah seorang pemain gitar bagi sebuah band independent dikota, bandnya juga amat popular dikalangan pemuda² dan pemudi² disekitar bandar. Aswazi merupakan teraju utama didalam bandnya kerana dia selalu berkarya mencipta lagu dan juga lirik² yang amat puitis bagi band nya, dia terlalu fokus dengan dunia muziknya hinggakan die selalu menjadi manusia yang bermasalah ditempat dia menimba ilmu. Aswazi selalu dipandang serong oleh rakan² kelas juga pensyarahnya, Aswazi sudah sepatutnya menjadi seorang arkitek yang berjaya tetapi dengan keadaan dia yang amat menggerikan dia sepatutnya sudah lama dibuang dari Universiti. Namun masih yang mahu memberikan peluang kepadanya. Aswazi sering diherdik oleh Jefry apabila berjumpa kerana sampai sekarang dia masih lagi tak abis belajar sedangkan Jefry telah pun berjaya. Aswazi adalah sejenis lelaki yang amat cool dan lansung tidak pedulikan tentang apa yang orang lain hendak cakap tentang dirinya. Dia cuma akan terus berjuang dengan hobi muzik yang diminatinya.

Petang hari disebuah kedai mamak.

"Zi ape nak jadi dengan kau ni..? bile nak abis study??" tanya Jeff.

"Its ok Jeff, tak lame lagi abislah" jawab Aswazi.

"Sampai bile Zi, aku tak paham lah dengan kau ni, kau tak jeles ke tengok aku, ade keje, ade kereta,ade rumah, ade gf cun..kau tak jeles ke?" Jeff dengan bongkaknye.

"Nope, i've my guitar, i can fly anyway..so..relax lah" Aswazi.

"Aku tak tau lah ape kau nak dalam hidup kau zi..can u explained??" Jeff tanya lagi.

"lah..nape dengan kau ni Jeff, kenape kau pening? mak ayah aku pun tak bising.." Jawab Aswazi.

"Sebab aku kawan kau..salah ke aku nak amik tahu" Jeff.

"Ok terima kasih sebab nak amik tau" Jawab Aswazi sambil senyum lalu menghisap rokok.

"Kau ade girlfriend, maksud aku yang special macam aku dengan Nia.ade tak" Tanya Jeff.

"Do i need that thing? ehehe.." Tanya Aswazi semula.

"Yelah, tengok kau macam mane? tak terurus.." Jelas Jeff.

"Oh..bile ade gf hidup akan terurus ke?? same like u? cinta agung...ahaha, forget it dude. aku tgk happy kau dan Nia, thats all aku takde mase nak fikir pasal cinta agung..ehehe" Jelas Aswazi.

"Pasal tulah Reena tinggalkan kau, u dont have any vision, its ur life dude, think of it??" Jelas Jeff.

"Jeff...Jeff ape yang tak kene dengan kau ni, kau tak perlu sebut name Reena or mane² name perempuan lagi. i'm sick and tired, eh oklah aku nak pegi siapkan assignment, nanti aku tak submit kau yang susah. send my regards to Dania ye.." Jelas Aswazi.

"ikut suke kaulah aku malas nak layan, Dania sekali kt tempat kau, kalau jumpe die send ur regards sendirilah." Jeff.

Bersambung..

Friday, 6 June 2008

Aku bukan virus #1

Kehidupan dikotaraya memang amat mencabar ditambah pula dengan hiruk pikuk, semak samun, tipu sana tipu sini, curi situ curi sini,manakala iblis dan syaitan gembira berlegar² mencari mangsa, yang berkuasa akan terus berkuasa, yang tidak kuasa akan terus buat dosa, yang tiada kuasa akan terus ditikam bisa. Segala kejerihan, kepenatan, kepayahan harus diharungi dengan penuh dugaan. Sebagai pelajar tahun akhir Dania atau panggilan manjanya adalah Nia iaitu seorang gadis yang cukup ayu dan lembut memang betul² penuh dengan pancaroba ditambah pula dengan jurusan yang diambil cukup dengan bermacam² warna dan mujur jugalah Dania mempunyai orang yang amat mengambil berat disini, Jefry iaitu kekasih hati yang dikenalinya beberapa tahun yang lalu, Jefry banyak membantu Dania dalam segala benda maka segala cabaran yang terpaksa dilalui oleh Dania menjadi semakin senang, semuanya kerana Jefry.
Yes cinta yang telah disemai oleh mereka berdua benar² tumbuh segar.
Jefry adalah seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi dan kehidupannya diselaputi dengan kemewahan selain dari itu dia juga mempunyai ramai rakan² disekelilingnya, bagi pekerja² di syarikatnya Jefry adalah seperti seorang rockstar ataupun moviestar, mana tidaknya seorang jejaka dalam lingkungan lewat 20an yang cukup bijak, berkedudukan tinggi dan juga tampan, ianya seperti satu pakej yang amat lengkap bagi Jefry tidak hairanlah jika ramai yang akan jatuh cinta dengannya, begitu juga Dania yang sering dianggap sebagai student law yang paling famous dikalangan penuntut² di Universiti dia belajar, namun Dania adalah seorang perempuan yang amat berstatus rendah, dia bukan jenis perempuan yang suka menunjuk² keindahan wajahnya apatah lagi kebijaksanaannya, Dania amat low profile, ramai yang senang dengannya hingga membuatkan Jefry kurang senang melihatnya, dan itu adalah lumrah bagi orang bercinta iaitu seorang pemburu cemburu. Dalam pada masa yang sama rakan baik Jefry iaitu Aswazi adalah penuntut yang sudah berkali² repeat paper, repeat semester namun masih lagi menjadi manusia² yang memenuhkan dewan kuliah. Aswazi seorang yang amat gagal, dia selalu....


Bersambung.

Thursday, 5 June 2008

Aku bukan virus.

Didalam kepala aku sekarang adalah sebuah kisah cinta yang bakal dipertontonkan dalam bentuk penulisan kepada semua yang sudi melawat blog ini, ianya merupakan kisah cinta yang paling agung dan juga tentang seorang pembasmi virus cinta agung. Diharap ianya dapat memberi sedikit senyuman mahupun tangisan kepada semua.
Kisahnya bermula dengan perkenalan watak² penting iaitu Dania seorang penuntut tahun akhir jurusan undang² disalah sebuah Universiti terkemuka yang sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki bernama Jefry yang bekerjaya sebagai seorang eksekutif disalah sebuah syarikat telekomunikasi swasta dan mempunyai seorang rakan bernama Aswazi yang paling suka dan selalu dibuli oleh Jefry.

Bersambung...

RM 150 setahun #2

"Macam Sial..!!! minyak naik dekat 80sen,how la.." Johan.

"Macam mane nak kahwin ni..?? bodoh betul lah" Azizi.

"Abislah duit shopping kene save utk minyak" Sheila.

"I ada 5 biji kereta, matilah macam ni" R.Shankar.

"What the F$$k..?? we will die soon" Asha.

"Lepas ni Kuih 3 biji maybe rm1.50 ke rm2.00, bosan siot.." Wan.

"Ini macam wa tak boleh mau juai lah.." Kevin.

"Aku malas lah nak keluar duit takde" Rizal.

"Dekat malaysia semue bende naik satu bende tak naik, GAJI..!!" Nazry.

"Aku nak plan rompak bank lah..malas nak keje" Razak.

"Diharap lepas ini tidak ada yang hendak buat demonstrasi atau sebagainya" PakLah.

"Aku rasa nak bawak anak bini aku masuk duduk dalam hutan lah.." Zainuri.

"i'm so sorry honey, kite kene break i nak cari lelaki yang banyak duit supaya senang hidup i nanti..i'm so sorry, i doakan u akan dapat girl yang lebih baik dari i" Mellisa.

"Inilah masa yang paling sesuai untuk menggulingkan semue orang" Anwar.

"Ape kite nak makan hari ni.." Pakcik Latiff.

"Mama nak ice cream" Adik Sheera.

"Walauapa pun yang terjadi i tetap sayangkan u" Ayu.

Ini adalah dialog² yang aku dengar sejak dari malam tadi hinggalah kesaat ini, betapa banyaknya kesan yang telah dan bakal terpahat tidak lama lagi dan ianya akan terus berterusan, aku pula hanya mampu termenung jauh sambil senyum memikirkan nasib si jahanam² yang masih lagi kebal berdiri sambil berpeluk tubuh.
Kepada semua aku ucapkan selamat datang kedunia Karl Drais. Kepada pemimpin² jumpa aku dipadang lapang dan bersiap sedia untuk tunduk melutut minta maaf dan aku akan heret semua sampai hancur.

Let down

Untuk manusia² yang tidak tenang seperti aku, untuk manusia² yang turut sama resah dan gelisah seperti aku.

RM 150 setahun

Petang Semalam aku dan yang lain² telah diberitahu tentang kenaikan harga minyak, semua resah, semua gelisah dalam keadaan hujan yang tak henti² turun, sambil semua orang berpusu² untuk pulang awal, untuk mengisi minyak pada kali terakhir seolah² esoknya akan menemui ajal. Sekalung tahniah juga kepada kerajaan kerana telah menaikkan harga minyak dan aku percaya jika kerajaan lain yang memerintah pun keadaan sama akan berlaku, cuma mungkin tidak terlalu tinggi. Terima kasih juga kerana pada malam hari di kaca TV satu keputusan telah diambil oleh para² pemusnah kabinet tentang elaun subsidi yang akan diberi secara tunai, sebenarnya memang tidak cukup, rm150 untuk sebuah motosikal setahun, jika dibahagikan kepada 12 bulan maknanya dalam sebulan subsidi yang diberi adalah lebih kurang rm12 lebih. Inilah situasi menang² yang diperkatakan, aku tidak mahu dan tidak mampu untuk cakap apa² dan bukan kita disini sahaja yang sengsara, manusia² sebelah lautan andaman juga mengalami penderitaan yang sama, jika tidak mengapa pemandu² lori di England membuat rusuhan. Ini bukan sebab harga minyak tapi sebenarnya minyak telah semakin berkurangan dimuka bumi ini, sudah hampir seluruh pelusuk alam diteroka dan hakikatnya minyak sudah semakin kering, permintaan pula semakin hari semakin berlipat ganda, ini semua salah orang yang menemui kaedah penggunaan minyak untuk penghasilan tenaga, dan masing sekarang masing² sibuk mencari penemuan baru. Jangan terkejut jikat satu hari nanti Amerika dan Russia bersatu padu bekerjasama mengikat matahari dan tarik turun kebawah sedikit supaya matahari dapat memberi sinaran ultra merah, hijau, biru dan unggu dengan lebih banyak, maka dengan itu kuasa solar pula akan menguasai dunia. Sama ada ini benar² akan berlaku ataupun khayalan aku yang nyatanya minyak semakin berkurangan didalam kerak bumi ini, dan permintaan semakin meningkat. Kita bukan fikir macam mana untuk dapat subsidi atau mencari penemuan baru, tapi sepatutunya fikir bagaimana untuk mengawal keadaan, jangan jadi manusia pentingkan diri, kerana sifat² begitu juga adalah salah satu punca utama kenapa harga minyak melambung.

Bersambung...

Wednesday, 4 June 2008

joyeux anniversaire à suhaili

The rainbow, stars, moon, mars and satelite maybe not belong to us but in what happened i still remember. HAPPY BIRTHDAY..HAPPY BIRTHDAY...HAPPY BIRTHDAY... to Aiel.

Tuesday, 3 June 2008

Aku mimpi tentang Lola Almudevar

Hari ini semua orang fokus, memberi sepenuh tumpuan pada kerja masing², aku juga turut sama hilang arah untuk bergembira tetapi berhempas pulas mengerah keringat. Pagi ini sewaktu bangun dari tidur memang seperti telah dihembus satu kuasa ajaib untuk aku bersemangat bangun dan seterusnya. Aku tidak seperti semalam yang rasa diri ini tidak sepatutnya berada ditempat yang sepatutnya. Hari ini juga aku telah diberitahu melalui bisikan dari Afzal tentang berlaku pengeboman di kedutaan Denmark di Islamabad, segala²nya gara² penghinaan terhadap lukisan kartun Nabi Muhammad saw. 8 orang mati terbunuh akibat dari pengeboman itu, aku tidak pasti sama ada berita ini tersiar di CNN mahupun TV3 tapi yang nyatanya Afzal adalah seorang Engineer dari Pakistan yang telah lama menetap di sini dan sudah tentulah akan update segala berita tentang negaranya. Sambil meneruskan usaha membuat kerja aku tertanya, sampai bila akan terus berlaku perkara² begini tak kira sama ada dunia disini atapun dibelah sana, kenapa mereka tidak mahu duduk diam dan menikmati segala keindahan, kenikmatan dan juga kegembiraan yang telah tersedia, kenapa harus hancurkan hati, jiwa dan perasaan orang lain demi untuk kebahagiaan diri sendiri..?? aku kecewa pun tidak ada gunanya, semua yang lain menangis pun tidak ada gunanya. Memang jahanam hidup ini kalau ada manusia² bangsat seperti mereka.

Tribute to Ernesto "Che" Guevara 9th October 1967

Monday, 2 June 2008

The next Episode

Sambil cuba untun menenangkan keadaan didalam minda, hati aku tertanya kenapa pagi ini aku rasa tidak seperti berada didalam diri aku, aku betul² hilang kawalan. aku benci untuk melangkah apatah lagi berlari. Aku rasa seperti ada banyak perkara yang harus diselesaikan dan bukannya disini, aku paksa diri aku menghirup dan menghembus udara kotor hingga sampai ke tempat kerja, keadaan menjadi lebih tertekan bila aku menembusi masuk ke ruang legar tempat kerja aku yang sering tak ubah seperti berada dalam pusat bumi, dengan suasan yang agak panas, tegang serta penuh dengan tanda tanya, aku bosan keadaan begini namun aku tak mampu untuk mengubahnya, dan yang paling pasti aku tidak perlu berada disini, aku perlu berada di Coachella Festival.
Maaf fikiran aku terganggu.

Sunday, 1 June 2008

I'm on drug...

Bermula dengan keindahan malam semalam yang agak hambar walaupun diterangi cahaya bintang supernova, namun hati aku masih lagi kelam, duduk bersama beberapa orang rakan sambil menghirup cecair² panas disulam dengan sedutan asap. Aku dan lain² bersembang, berseloroh, berdekah dan kadang² memerhatikan keadaan sekeliling yang tidak putus² dilalui manusia² plastik, tanah liat, kayu dan juga besi aloy. Kehidupan yang agak sempurna tapi masih aku dapat rasakan kekurangannya. Aku tidak mahu ambil peduli setelah selesai bergelak ketawa aku dan lain² menuju ke sarang masing² didalam perjalan bersama jentera pemusnah kedamaian sambil lagu dari AEROSMITH ke udara. "I dont want to miss a thing" membuatkan aku rasa seperti tidak mahu memejamkan mata, tidak mahu kehilangan segala²nya, dan jika mata hendak tertutup biarlah ianya tutup buat selama²nya. Sambil jentera meluncur laju dan aku benar² menyerap setiap kata² yang dikeluarkan dari bait² lirik lagu itu. Aku bukan tidak mahu melawan atau mempertahankan, tapi mengapa harus aku kejar dan gapai bintang di awan yang kesembilan sedangkan bintang itu sedang bergembira menyanyi dan bersorak diantara satu sama lain, tanpa memikirkan tentang aku yang sedang berusaha untuk mengejarnya. Aku masih akan terus teguh berdiri walaupun tiada bintang disisi aku. Kepada sesiapa yang rasa dirinya tidak diperlukan oleh manusia² disekeliling anggaplah ianya satu hadiah yang paling bermakna dan cuba manfaatkan pemberian itu. Mungkin aku juga silap, mungkin aku juga gagal.

In memory - CARL CRACK 6th September 2001
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law