Tetapi dia hanya gagal didalam subjek yang diambilnya walaupun sebaya dan menjadi rakan kepada Jefry. Namun Aswazi bukanlah lelaki yang tidak bijak atau cerdik, cuma dia terlalu fokus dengan bidang muzik yang diceburinya, dia adalah seorang rockers yang betul² telah silap menafsir tentang etika seorang rockers, Aswazi adalah seorang pemain gitar bagi sebuah band independent dikota, bandnya juga amat popular dikalangan pemuda² dan pemudi² disekitar bandar. Aswazi merupakan teraju utama didalam bandnya kerana dia selalu berkarya mencipta lagu dan juga lirik² yang amat puitis bagi band nya, dia terlalu fokus dengan dunia muziknya hinggakan die selalu menjadi manusia yang bermasalah ditempat dia menimba ilmu. Aswazi selalu dipandang serong oleh rakan² kelas juga pensyarahnya, Aswazi sudah sepatutnya menjadi seorang arkitek yang berjaya tetapi dengan keadaan dia yang amat menggerikan dia sepatutnya sudah lama dibuang dari Universiti. Namun masih yang mahu memberikan peluang kepadanya. Aswazi sering diherdik oleh Jefry apabila berjumpa kerana sampai sekarang dia masih lagi tak abis belajar sedangkan Jefry telah pun berjaya. Aswazi adalah sejenis lelaki yang amat cool dan lansung tidak pedulikan tentang apa yang orang lain hendak cakap tentang dirinya. Dia cuma akan terus berjuang dengan hobi muzik yang diminatinya.
Petang hari disebuah kedai mamak.
"Zi ape nak jadi dengan kau ni..? bile nak abis study??" tanya Jeff.
"Its ok Jeff, tak lame lagi abislah" jawab Aswazi.
"Sampai bile Zi, aku tak paham lah dengan kau ni, kau tak jeles ke tengok aku, ade keje, ade kereta,ade rumah, ade gf cun..kau tak jeles ke?" Jeff dengan bongkaknye.
"Nope, i've my guitar, i can fly anyway..so..relax lah" Aswazi.
"Aku tak tau lah ape kau nak dalam hidup kau zi..can u explained??" Jeff tanya lagi.
"lah..nape dengan kau ni Jeff, kenape kau pening? mak ayah aku pun tak bising.." Jawab Aswazi.
"Sebab aku kawan kau..salah ke aku nak amik tahu" Jeff.
"Ok terima kasih sebab nak amik tau" Jawab Aswazi sambil senyum lalu menghisap rokok.
"Kau ade girlfriend, maksud aku yang special macam aku dengan Nia.ade tak" Tanya Jeff.
"Do i need that thing? ehehe.." Tanya Aswazi semula.
"Yelah, tengok kau macam mane? tak terurus.." Jelas Jeff.
"Oh..bile ade gf hidup akan terurus ke?? same like u? cinta agung...ahaha, forget it dude. aku tgk happy kau dan Nia, thats all aku takde mase nak fikir pasal cinta agung..ehehe" Jelas Aswazi.
"Pasal tulah Reena tinggalkan kau, u dont have any vision, its ur life dude, think of it??" Jelas Jeff.
"Jeff...Jeff ape yang tak kene dengan kau ni, kau tak perlu sebut name Reena or mane² name perempuan lagi. i'm sick and tired, eh oklah aku nak pegi siapkan assignment, nanti aku tak submit kau yang susah. send my regards to Dania ye.." Jelas Aswazi.
"ikut suke kaulah aku malas nak layan, Dania sekali kt tempat kau, kalau jumpe die send ur regards sendirilah." Jeff.
Bersambung..
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment