Wednesday, 11 June 2008

Kecewa lagi.

Keadaan hiba dan kecewa sedang menyelubungi semua manusia² didunia disini, yang tersepit akan terus terhimpit, yang ketawa akan duduk diam sahaja, yang sedih akan mula menangis, yang marah akan terus naik berang, menyumpah,mendengus dan macam² lagi. Setiap kali aku lawat chedet.com pasti akan ada cerite² dalam dilema dibongkar. Minyak naik..minyak naik..minyak naik..dan tak lama lagi tarif elektrik pula naik. Kita akan terus duduk diam dan marah sesama sendiri,duduk kedai kopi,dalam ofis,tepi jalan,tengah tidur dan macam² lagi semua orang akan bising tapi masih tiada jalan penyelesaian. Oh aku baru teringat ada jalan penyelesaian iaitu semua menteri² akan dipotong 10% dari elaun mereka, dan jangan risau kerana akan ada banyak projek² lain sama ada haram ataupun tidak yang pasti akan menggembirakan poket mereka. Kita kat sini akan terus marah lagi, seperti aku akan terus meluahkan kata² indah tentang ketidakpuasan dihati tentang negara aku, yang pengecut dah ramai yang lari keluar ada juga yang ajak aku sama² menikmati dunia luar, dan terlintas juga difikiran aku tentang semua itu. Cuma aku hendak lihat kejatuhan kuasa² jahat sebelum aku tinggalkan segala kejahatan disini. Nah...tengok aku terus luahkan kata² tidak puas hati.
Bercerita tentang Elektrik yang akan naik, kenapa kita taknak boikot elektrik, pilih satu hari yang sesuai seperti hari Ahad semua orang tidak perlu bekerja tapi jangan duduk didalam rumah sambil menikmati rancangan 'Melodi' di tv3. Cuba keluar rumah beramai² pergi berkelah di taman² tasik, tepi pantai, tepi parit, tepi perhentian bas atau sebagainya, cuba untuk tidak gunakan kuasa elektrik kalau boleh 24jam dan cuba buat sebulan sekali. Mungkin pekerja² TNB pun akan terpaksa dipotong elaun sebanyak 10% kerana keuntungan tidak membanggakan. Sebenarnya diluar dah ramai yang buat begini. Cuma kita yang tidak tahu, eh bukan tidak tahu tapi malas mahu ambil tahu dan secara lansung malas untuk buat pun. Jadi bagaimana?? sesiapa yang boleh bagi jawapan sila jumpa aku.
Maaf aku agak pincang hari ini.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law