Bermula dengan keindahan malam semalam yang agak hambar walaupun diterangi cahaya bintang supernova, namun hati aku masih lagi kelam, duduk bersama beberapa orang rakan sambil menghirup cecair² panas disulam dengan sedutan asap. Aku dan lain² bersembang, berseloroh, berdekah dan kadang² memerhatikan keadaan sekeliling yang tidak putus² dilalui manusia² plastik, tanah liat, kayu dan juga besi aloy. Kehidupan yang agak sempurna tapi masih aku dapat rasakan kekurangannya. Aku tidak mahu ambil peduli setelah selesai bergelak ketawa aku dan lain² menuju ke sarang masing² didalam perjalan bersama jentera pemusnah kedamaian sambil lagu dari AEROSMITH ke udara. "I dont want to miss a thing" membuatkan aku rasa seperti tidak mahu memejamkan mata, tidak mahu kehilangan segala²nya, dan jika mata hendak tertutup biarlah ianya tutup buat selama²nya. Sambil jentera meluncur laju dan aku benar² menyerap setiap kata² yang dikeluarkan dari bait² lirik lagu itu. Aku bukan tidak mahu melawan atau mempertahankan, tapi mengapa harus aku kejar dan gapai bintang di awan yang kesembilan sedangkan bintang itu sedang bergembira menyanyi dan bersorak diantara satu sama lain, tanpa memikirkan tentang aku yang sedang berusaha untuk mengejarnya. Aku masih akan terus teguh berdiri walaupun tiada bintang disisi aku. Kepada sesiapa yang rasa dirinya tidak diperlukan oleh manusia² disekeliling anggaplah ianya satu hadiah yang paling bermakna dan cuba manfaatkan pemberian itu. Mungkin aku juga silap, mungkin aku juga gagal.
In memory - CARL CRACK 6th September 2001
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment