Monday, 9 June 2008

sinikal #8

Pagi Isnin, sesuatu yang paling dibenci oleh banyak manusia, hari dimana menjadi permulaan bagi setiap minggu, hari dimana semua manusia kecewa dan hiba untuk memulakan segala macam benda, aku tidak terasa seperti hendak marah kerana bagi aku setiap hari adalah hari isnin, aku dah lama tidak memberhentikan mekanisma² didalam badan aku, kehidupan yang sentiasa bersedia untuk menempuh segala cabaran dan dugaan. Aku manusia robot yang tidak mempunyai perasaan kecewa atau benci mahupun sedih, bagaimana untuk gembira juga aku tidak pasti, yang aku tahu perperangan semakin dekat dan aku harus bersiap sedia walau dengan apa cara sekalipun. Aku pasti tidak akan pedulikan semua orang disekeliling aku. Corak dan warna masih lagi sama, walaupun diserang dengan petir ataupun puting beliung aku tetap akan begini. Namun aku masih lagi benci dengan manusia² yang selalu fikirkan tentang diri mereka sendiri, selalu fikir yang mereka adalah tuhan, selalu fikir yang mereka sudah cukup kuat untuk menakluk dunia tidak kira besar mahupun kecil, selalu fikir yang mereka mampu untuk mengubah semuanya, selalu cuba untuk tidak mahu melihat kesalahan diri sendiri, selalu cepat mengeluarkan kata² tanpa memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain. Dan jika aku Menteri Besar Selangor aku akan tambah elaun rm1000 untuk setahun bagi pemilik² kenderaan di Selangor.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law