Friday, 6 June 2008

Aku bukan virus #1

Kehidupan dikotaraya memang amat mencabar ditambah pula dengan hiruk pikuk, semak samun, tipu sana tipu sini, curi situ curi sini,manakala iblis dan syaitan gembira berlegar² mencari mangsa, yang berkuasa akan terus berkuasa, yang tidak kuasa akan terus buat dosa, yang tiada kuasa akan terus ditikam bisa. Segala kejerihan, kepenatan, kepayahan harus diharungi dengan penuh dugaan. Sebagai pelajar tahun akhir Dania atau panggilan manjanya adalah Nia iaitu seorang gadis yang cukup ayu dan lembut memang betul² penuh dengan pancaroba ditambah pula dengan jurusan yang diambil cukup dengan bermacam² warna dan mujur jugalah Dania mempunyai orang yang amat mengambil berat disini, Jefry iaitu kekasih hati yang dikenalinya beberapa tahun yang lalu, Jefry banyak membantu Dania dalam segala benda maka segala cabaran yang terpaksa dilalui oleh Dania menjadi semakin senang, semuanya kerana Jefry.
Yes cinta yang telah disemai oleh mereka berdua benar² tumbuh segar.
Jefry adalah seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi dan kehidupannya diselaputi dengan kemewahan selain dari itu dia juga mempunyai ramai rakan² disekelilingnya, bagi pekerja² di syarikatnya Jefry adalah seperti seorang rockstar ataupun moviestar, mana tidaknya seorang jejaka dalam lingkungan lewat 20an yang cukup bijak, berkedudukan tinggi dan juga tampan, ianya seperti satu pakej yang amat lengkap bagi Jefry tidak hairanlah jika ramai yang akan jatuh cinta dengannya, begitu juga Dania yang sering dianggap sebagai student law yang paling famous dikalangan penuntut² di Universiti dia belajar, namun Dania adalah seorang perempuan yang amat berstatus rendah, dia bukan jenis perempuan yang suka menunjuk² keindahan wajahnya apatah lagi kebijaksanaannya, Dania amat low profile, ramai yang senang dengannya hingga membuatkan Jefry kurang senang melihatnya, dan itu adalah lumrah bagi orang bercinta iaitu seorang pemburu cemburu. Dalam pada masa yang sama rakan baik Jefry iaitu Aswazi adalah penuntut yang sudah berkali² repeat paper, repeat semester namun masih lagi menjadi manusia² yang memenuhkan dewan kuliah. Aswazi seorang yang amat gagal, dia selalu....


Bersambung.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law