Jika aku seorang menteri, aku akan bagi elaun sara hidup rm2000 seorang setiap bulan, kepada semua orang yang pendapatannya bawah rm2000 sebulan, aku akan hapuskan yuran pembelajaran bagi semua pelajar² sekolah rendah dan menengah, aku akan hapuskan penggunaan bahasa inggeris bagi mata pelajaran matematik dan sains, sebaliknya mempromosikan tentang kepentingan bahasa inggeris untuk semua orang, dan dalam pada masa yang sama bahasa Melayu harus dan wajib ditutur oleh semua orang sama ada cina, india, melayu mahupun bangsa² lain. Kepada student² yang nak melanjutkan pelajaran ke oversea mereka diminta memahirkan diri dengan bahasa inggeris atau bahasa ibunda bagi setiap negara yang mereka hendak pergi selama 6 bulan. Aku akan panggil beberapa akademi bola sepak dari luar negara untuk wujudkan sekolah mereka disini dan ianya terbuka untuk semua pemain² bola sepak dari umur 4 tahun hingga 18 tahun. Aku akan kurangkan penayangan filem² dari Hollywood tapi sebaliknya memperbanyakkan filem² dari eropah. Aku akan pastikan semua orang tahu tentang cara peradaban manusia² disana lebih² tentang sistem pengangkutan disana, aku akan cuba memperngaruhi semua orang untuk tidak menaiki kenderaan sendiri untuk pergi dan pulang dari kerja. tapi sebelum itu aku akan potong semua gaji² menteri yang ada di seluruh negara untuk mempertingkatkan lagi sistem keretapi dan bas di sekitar bandar mahupun pinggir bandar ataupun luar bandar, kini sesiapa yang tinggal di Ipoh juga mampu berulang alik ke KL setiap hari kerana sudah ada keretapi laju, walaupun tidak selaju bullet train namun ianya cukup selesa untuk pergi dan balik dari rumah ke tempat kerja walaupun jauh. Semua sektor tidak kira pertanian, penternakan mahupun teknologi sains dan robot aku akan pastikan segala² nya canggih supaya dapat menghasilkan tahap pengeluaran yang bermutu tinggi. Barulah boleh jual produk ke luar. Kepada band² mahupun kumpulan² seni tidak kira glamour atau independent aku akan pastikan mereka dapat keluar negara membuat show dimerata tempat dan dalam pada masa yang sama memperkenalkan negara kat mata luar. Banyak lagi idea akan dapat dikembangkan, Jadi ada sesiapa mahu undi aku untuk jadi perdana menteri?? aku memang tidak layak, aku memang tidak bagus tapi jika tengok perdana menteri sekarang yang bijak membuat keputusan, aku rasa aku boleh jadi lagi bagus dari itu. Bukan aku sahaja yang boleh, Kamil juga boleh, Pak Kadir jugak boleh, Muthu juga boleh, Ah Chong juga boleh, Mak cik Sabariah juga boleh, Adik nurAtikah juga boleh, Jalil juga boleh, Harun Salim Bachik juga boleh, Shima si gadis rempit juga boleh, Bob penjual burger juga boleh, Kartina Aziz juga boleh, Norlia Ramli juga boleh, apatah lagi Afdlin Shauki, dia juga boleh. Rosyam Noor or Hans Isaac juga boleh, kalau Fasha Sandha lagi boleh. Mak Timah penjual Satay dipekan subang juga boleh. Kucing aku juga boleh. Tahniah kerana kini semua orang dan kucing mampu menjadi perdana menteri.
2 comments:
bile la nk muncul org yg boleh berfikir mcm nie?? hurmmmm..
=)) biler lah boleh kita transfer pemikiran mcam nie kepada mereka...
Post a Comment