Thursday 5 June 2008

RM 150 setahun

Petang Semalam aku dan yang lain² telah diberitahu tentang kenaikan harga minyak, semua resah, semua gelisah dalam keadaan hujan yang tak henti² turun, sambil semua orang berpusu² untuk pulang awal, untuk mengisi minyak pada kali terakhir seolah² esoknya akan menemui ajal. Sekalung tahniah juga kepada kerajaan kerana telah menaikkan harga minyak dan aku percaya jika kerajaan lain yang memerintah pun keadaan sama akan berlaku, cuma mungkin tidak terlalu tinggi. Terima kasih juga kerana pada malam hari di kaca TV satu keputusan telah diambil oleh para² pemusnah kabinet tentang elaun subsidi yang akan diberi secara tunai, sebenarnya memang tidak cukup, rm150 untuk sebuah motosikal setahun, jika dibahagikan kepada 12 bulan maknanya dalam sebulan subsidi yang diberi adalah lebih kurang rm12 lebih. Inilah situasi menang² yang diperkatakan, aku tidak mahu dan tidak mampu untuk cakap apa² dan bukan kita disini sahaja yang sengsara, manusia² sebelah lautan andaman juga mengalami penderitaan yang sama, jika tidak mengapa pemandu² lori di England membuat rusuhan. Ini bukan sebab harga minyak tapi sebenarnya minyak telah semakin berkurangan dimuka bumi ini, sudah hampir seluruh pelusuk alam diteroka dan hakikatnya minyak sudah semakin kering, permintaan pula semakin hari semakin berlipat ganda, ini semua salah orang yang menemui kaedah penggunaan minyak untuk penghasilan tenaga, dan masing sekarang masing² sibuk mencari penemuan baru. Jangan terkejut jikat satu hari nanti Amerika dan Russia bersatu padu bekerjasama mengikat matahari dan tarik turun kebawah sedikit supaya matahari dapat memberi sinaran ultra merah, hijau, biru dan unggu dengan lebih banyak, maka dengan itu kuasa solar pula akan menguasai dunia. Sama ada ini benar² akan berlaku ataupun khayalan aku yang nyatanya minyak semakin berkurangan didalam kerak bumi ini, dan permintaan semakin meningkat. Kita bukan fikir macam mana untuk dapat subsidi atau mencari penemuan baru, tapi sepatutunya fikir bagaimana untuk mengawal keadaan, jangan jadi manusia pentingkan diri, kerana sifat² begitu juga adalah salah satu punca utama kenapa harga minyak melambung.

Bersambung...

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law