Wednesday 31 March 2010

Every moment, Love begins.

Dua hari yang lalu aku diajak oleh Super gf aku ke satu tempat lepak di sekitar Kelana Jaya untuk berjumpa dengan dua orang rakannya. Selain dari 'chill' dan 'lepak' kami dipertontonkan dengan beberapa buah filem pendek karya pemuda dan pemudi tempatan dari ASWARA, FILEMINDA juga beberapa produksi lain, sambil duduk bersila dan kadang² melunjur juga sambil menghirup asap² rokok serta kemanisan air kopi tiruan aku menonton hasil karya mereka, hasil final project mereka juga hasil luahan perasaan mereka. Rata² hasil kerja mereka banyak dihasilkan dengan cara mereka sendiri juga dengan cara cuba lari dari lumrah biasa filem² melayu tipikal. Aku tak mampu julang mereka tinggi² kerana tangga mereka masih tidak sempurna tetapi sekalung tahniah untuk mereka. Bila cerita tentang filem aku memang gemar pada filem² yang banyak membawa nilai² murni sesebuah budaya ataupun cara hidup sesebuah masyarakat, dalam erti kata yang lain ianya mampu menjadi sumber pendidikan kepada sesiapa yang menontonya, lalu aku teringat kepada sebuah filem yang pernah diceritakan kepada aku oleh seorang rakan iaitu 'Paris, je t'aime' ianya mengisahkan tentang setiap detik yang berlaku dalam satu masa yang sama tetapi dengan cerita yang berbeza dan kata kuncinya adalah cinta dan ianya berlaku di sekitar bandar Paris. Aku tidak mahu bercerita tentang cinta ataupun betapa mat romea nya sesiapa yang menonton filem tersebut, aku cuma ingin beritahu betapa sempurnanya mereka mencipta filem tersebut. 'Paris, je t'aime' diarahkan oleh beberapa pengarah seperti Olivier Assayas. Frédéric Auburtin, Gurinder Chadha, Vincenzo Natali dan banyak lagi pengarah² yang berbakat juga dilakonkan leh ramai pelakon² hebat. Beberapa tahun selepas itu wujud pula 'New York, I Love You', sebuah filem yang konsepnya sama tapi mengenengahkan pengarah² juga pelakon² yang berbeza. Tetapi sangat sempurna hasil kerjanya, dan buat masa sekarang apa yang aku tahu mereka sedang siapkan 'Shanghai, I Love You' dimana bakal dikeluarkan pada tahun 2011. Aku percaya pasti ramai yang akan jatuh cinta pada filem cinta ini. tontonlah segera.

Ada sesiapa ingin buat filem 'Kuala Lumpur, aku cinta padamu'..?


Sekadar gambar hiasan.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law