Monday, 8 March 2010

Plot aku dan dia.

Sedar tidak sedar sejak dari berpuluh hari yang lalu aku bersama dengan super gf berhempas pulas untuk segala macam rintangan dan halangan. Fikir segala kemungkinan dan segala persoalan lalu kami mengambil keputusan untuk hidup bersama, dan terus juga bersama² dengan segala apa yang kami biasa lalui sebelum ini. Perkahwinan, adalah satu kata keramat bagi semua orang dan perkara yang sama juga berlaku pada aku dan super gf, tapi kami act 'cool' saja. Bila bercerita hal majlis kahwin, aku sebenarnya tidak mahu meraikannya pun, Yes.. seorang rocker memang tidak akan 'give a damn.." pun dengan perkara² remeh seperti perkahwinan. Tetapi sebagai seorang melayu yang hidup dikelilingi dengan masyarakat serta komuniti berbudaya juga selaku seorang anak kepada ibu yang tersayang aku memang letak jauh² prinsip rocker dan bila fikir balik tentang pengalaman² yang bakal aku lalui jadi aku cuba untuk sama² memeriahkan keadaan. Cuma sebagai sepasang kekasih atau bakal pengantin yang 'cool' aku dan super gf memang cuba buat majlis perkahwinan kami nampak 'cool', 'simple' dan 'nice', disebabkan kami mempunyai citarasa sendiri lalu kami cuba kurangkan pengunaan tenaga empat kerat ibu bapa kami, saudara mara juga jiran² tetangga, biasalah kalau ikut citarasa mereka memang aku akan rasa seperti bersanding diatas pelangi dengan warna² ceria atau seperti dalam filem² hindustan. Tidak..!! itu bukan kami, lantas aku dan super gf mengambil keputusan untuk menjadi 'project manager' atau 'wedding planner' kepada majlis kami sendiri dan Yes.. ianya memang memenatkan keringat dengan hendak fikir pasal kewangan serta waktu yang semakin hari semakin pantas berlalu, tapi aku enjoy tempuhi segala yang ada dekat depan aku sebagai satu pengalaman baru. Kadang² aku tergelak sendiri fikir, macam mana aku boleh ada dekat kedai² alat perkahwinan, kedai² kain, kedai² bunga telur juga menerjah ke kedai² barang kemas untuk membeli cincin. Fikir pasal warna tema, special gift for guest, wedding cake, catering. canopy dan yang paling kelakar is pemilihan pelamin dan segala macam perkara lagi. Tapi percayalah 'its like a jigsaw puzzle game' dan aku tenang saja bersama super gf. Itu cerita hal majlis kahwin yang memang sampai sekarang pun masih tidak selesai tapi kami berjaya siapkan satu persatu mengikut jadual yang kami telah tetapkan. Itu pun kerana super gf aku sangat² 'well organized' jika tidak mungkin akan terhenti ditengah jalan. Jadi siapa yang nak kahwin carilah bakal isteri yang berkebolehan sama macam super gf aku.

Selain dari kisah majlis perkahwinan ramai yang bertanya pada aku tentang 'Bachelorette party' dan aku hanya mampu jawab.

"Ada sesiapa yang sudi sponsor..??"

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law