Monday, 8 March 2010

Kadang-kadang aku pun tak peduli.

Hari ini hari isnin, seperti biasa memang sangat perit bagi semua untuk mulakan hari. Aku pun sama pagi tadi, tetapi segala²nya berubah bila Ayu selaku assitant kepada Laywer Fatimah Yoong baru beri 'update' tentang proses untuk segala dokumentasi sedang rancak dijalankan, maka aku sudah mula ukir senyuman dan terus hantar teks ringkas pada super gf, segala urusan pembelian rumah sudah semakin hampir menjadi kenyataan. Ini semua gara² usaha keras super gf aku yang tidak putus² membantu kami mencari rumah dan kemudian membelinya. Kadang² aku memang rasa sangat seperti lelaki dewasa bila berusaha keras memikirkan segala macam perkara didalam kepala walaupun pada luaran orang nampak aku gelak² macam tidak ada apa² yang berlaku, dan aku percaya sejak kebelakangan ini jika ada yang terperasan mungkin akan rasa pelik dengan setiap entri yang aku masukkan, semuanya lebih menjurus kepada cerita tentang aku bersama super gf, cerita tentang bagaimana aku berusaha keras untuk hal² perkahwinan dan hal² kekeluargaan dan kadang² aku rasa blog aku sama seperti blog isteri² yang bekerja dimana mereka sering update blog dengan segala macam rencah tentang kehidupan mereka bersama suami dan anak², cuma yang kurang pada blog aku adalah gambar² yang ditangkap dengan menggunakan telefon bimbit berkamera ketika keluar makan bersama keluarga di mana² restoran multinasional.
Bagi pembaca² yang masih muda remaja mungkin sudah kurang berminat untuk buka dan baca blog aku lagi, kerana mereka rasa aku sudah semakin tua dan kurang cerita tentang apa yang mereka sukakan. Mungkin mereka rasa aku sudah tidak 'wild', sudah tidak 'rebel' mahupun 'radikal' lagi. Tapi aku rasa mereka silap kerana aku masih sama seperti dulu cuma sejak akhir² ini aku agak sibuk dengan segala macam perkara, buku pun sudah lama aku tak buka dan baca walaupun bulan lalu ketika aku melewati premis MPH dan ternampak karya terbaru John Grisham di cermin depan, aku tak mampu berhenti dan belek kerana tidak punya cukup masa, masa untuk bergelak ketawa bersama rakan² juga semakin kurang kerana aku sedang siapkan jalan untuk diri aku dan aku pasti mereka semua faham tentang itu kerana aku rasa seperti sedang mencipta satu arkib untuk semua orang termasuklah diri aku sendiri pada ketika ini. Segala²nya akan dirujuk semula pada blog ini satu hari nanti. Cuma yang pasti aku akan terus bernafas dengan udara yang aku sentiasa hirup, dengan bunyi yang aku sentiasa dengar juga dengan setiap pergerakan yang aku selalu lihat.

Kenapa aku cakap aku masih sama seperti dulu..?? jawapannya aku baru minta kerja separuh masa dekat majalah muzik metal pertama di Malaysia untuk jadi penulis bebas disana, kepada sesiapa yang kenal BROKEN SOCIAL SCENE, super gf aku baru beri tahu yang mereka akan datang ke kota Singa pada Julai ini dan pada mereka yang sanggup mati untuk RADIOHEAD ada beberapa pihak sedang bekerja keras untuk bawa mereka ke Indonesia. Sila kumpul duit dari sekarang.

Jadi aku sama seperti dulu kan???

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law