Sunday, 21 March 2010

Harde en zachte martial art techniek.

Tai Chi, adalah salah satu sukan seni mempertahakan diri yang datangnya dari China dan wujud sejak abad ke15 lagi, ianya lebih popular dengan sebutan "Tai Chi Chuan". Teknik nya jauh lebih berbeza dari mana² jenis seni mempertahankan diri, dengan setiap pergerakan yang perlahan, dengan setiap penolakan angin pernafasan, kaki dan tangan juga daya ketahanan. Seni Tai Chi memang terlalu sukar untuk didalami segala unsur² serta nilai² nya. Jika di Malaysia tidak kira pagi atau petang selalunya kita akan terlihat dikawasan² taman perumahan, dalam dewan mahupun di padang² rata sekumpulan atau sekawan orang² yang agak berusia melakukan pergerakan tarik dan tolak. Mereka bersenam untuk menyihatkan badan dengan cara ber- Tai Chi, aku lansung tidak tahu tentang segala aspek seni mempertahankan diri Tai Chi ni, cuma selalu ternampak dari jauh mereka mengamalkan senaman tersebut. Selain dari itu seni Tai Chi yang telah dikuasi oleh banyak generasi dan keluarga di China sejak beratus² dahulu memang merupakan satu senaman yang paling sihat, cuma sukan Tai chi ini kurang digemari oleh golongan² muda, mungkin terlalu perlahan dan nampak tidak 'cool' bagi mereka.

Tetapi sebenarnya seni Tai Chi ini iaitu seni tarik dan tolak secara perlahan amat popular dikalangan manusia² di tempat kerja aku. Seni ini sangat selalu digunakan oleh manusia² yang agak berpangkat juga kurang berpangkat tetapi lapar untuk mendapat pangkat. Caranya mudah, dapatkan satu kerja atau cipta satu kerja dan beritahu pada 'big boss' yang lebih berpangkat dimana mereka akan dapat selesaikan atau siapkan segala kerja yang ada dengan gaya seperti seorang 'super hero' tetapi dengan cara seperti seni Tai Chi mereka akan tolak kerja itu pada orang bawahan untuk disiapkan dan bila semuanya sempurna mereka akan tarik semula dengan gaya seni Tai Chi dan akan beri tahu pada 'big boss' yang semuanya selesai dengan suksesnya. Lalu 'big boss' akan cakap

"Good...u've done an excellent job"

Jika faham tentang apa yang aku cuba sampaikan, hari Isnin sila lihat adakah budaya seni 'Tai Chi' ini sudah berleluasa disekitar kawasan kerja anda, kolej anda, sekolah anda mahupun kawasan perumahan anda. Jika ada, maknanya aku tidak bersendirian.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law