Sunday, 14 March 2010

Semalam dan hari ini memang sangat jauh berbeza.

Semalam, seharian aku duduk dirumah, kemas dan terus mengemas didalam bilik, segala macam habuk dan sawang beralun gembira, segala macam sampah berselerak sempurna dan segala macam memori dan kenangan juga terkeluar semula. Aku sangat tersentuh bila buka almari kecil dan terjumpa dibahagian paling bawah, tersergam malu bersama² rasa gundah dan kecewa, iaitu mesin taip berwarna putih, aku masih ingat bagaimana ketika aku berumur 13 tahun dan aku minta ibu aku wang untuk membelinya. Hajat dihati ingin mula tulis cerita pendek, ingin mula karangkan kisah² pelik juga ingin gubah segala macam rasa sakit, aku juga ada simpan impian untuk jadi seperti Usman Awang, jadi seperti Sabar borhari, jadi seperi Hamzah Fansuri, jadi seperti Paulo Coelho, jadi seperti siapa saja yang mampu tongkat dunia dengan hanya menulis. Tapi malang ketika itu aku mudah lupa, aku mudah kecewa juga mudah putus asa. Aku ambil dan simpan semula mesin taip berwarna putih dan biarkan dia duduk menangis dalam keadaan kecewa.
Hari ini setelah aku mula menulis blog ramai angkat dan paksa aku untuk menulis, buat sesuatu untuk semua. Aku bersemangat, aku membara-bara dan aku jadi lebih bernafsu bila lihat mesin taip warna putih semalam.

Tapi hari ini aku kembali pada keadaan asal dan berkata

"Orang melayu memang malas kan...?"


Sedang serap In These Arms dari THE SWELL SEASON

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law