Thursday, 30 September 2010

Equality for everyone.

Malam tadi sambil duduk² minum di sebuah kedai makan, bersama super wife aku dan rakan², kami menonton satu rancangan talkshow atau forum di kotak tv dimana mereka membincangkan perihal penulisan blog yang sedang atau semakin popular dikalangan masyarakat kita. Cuma sayang kerana para panelnya bukanlah seperti Hishamudin Rais atau Ahmad Kamal Abu Bakar atau blogger² fashionista yang popular. Dalam perbincangan tersebut mereka sibuk menerangkan kebaikan dan keburukkan penulisan blog. Macam biasalah setiap apa yang di tulis pada blog seharusnya punya bukti yang sahih jika tidak ianya akan dianggap cerita tipu. Lebih² lagi blog yang menceritakan hal² politik negara. Macam² kisah dongeng kita boleh baca.Tapi jika mereka panggil aku untuk jadi panel hanya satu baris ayat saja yang akan aku lontarkan dan kemudian aku akan keluar dari tempat tersebut.

"I believe in equality for everyone, except reporters and photographers" -  Mahatma Gandhi.

Muzik.

Sampai hari jika aku beritahu pada orang yang kenal aku tapi tidak rapat yang umur aku sudah lanjut mereka pasti terkejut, kawan-kawan super wife aku pun pernah terkejut dan mereka ingat umur aku dan super wife aku cuma beza beberapa tahun padahal aku tua lebih 6 tahun dari dia. Ramai yang ingin tahu apa rahsia aku kelihatan muda. Senang saja, aku dengar muzik. Yes orang lain juga dengar muzik tapi jika dia membesar pada sekitar tahun 80an dan muzik glam rock adalah genre paling berpengaruh pada ketika itu dan selepas 20 tahun iaitu sekarang. selepas mereka berkahwin dan ada anak mereka masih lagi dengar lagu² glam rock yang popular pada tahun 80an iaitu zaman dimana mereka membesar, mereka terperangkap pada satu zaman, mereka tutup telinga dan minda pada lagu² lain mengikut peredaran era dan zaman. Akal fikiran, sistem saraf, telinga dan mata terbantut kerana tiada revolusi. Mereka terperuk pada takuk yang lama, jadi mereka akan cepat tua. Berbeza dengan aku, dalam dunia ini setiap hari pasti akan ada lagu baru wujud dan aku akan cuba tangkap dan dengar.

Jadi siapa mahu sentiasa kelihatan muda sila tiru aku, dan juga jangan lupa untuk minum kopi setiap hari.

Adrenalin meruap.

Hari ini aku sudah mampu untuk tarik nafas lega, duduk diam didalam 'smoking room' sambil menyedut asap sedalam²nya lalu hembus dengan tenang itu adalah tanda puas, tanda bebas dan jika jantung aku terhenti akibat tarikan asap yang lolos kedalam, aku pasti ianya hanya bersifat sementara kerana hormon dalam badan aku sedang meluap², adrenalin juga sedang meruap².

p/s : rokok tidak berbahaya pada jantung jika kita hisap dalam keadaan tenang dan gembira.

Kehebatan bukanlah tiket kepada kejayaan.

Aku duduk diam sejak dari minggu lalu, sebab beri fokus pada kerja yang terlalu banyak. Kali ini kami berurusan dengan orang² dari Belgium untuk Brussels Airlines, seperti biasa orang² sane tak terlalu memeningkan kepala jika hendak dibandingkan dengan client dari India, Kenya mahupun Arab saudi sebelum ini. Pada mulanya aku gembira untuk siapkan segala kerja yang ada bersama patner aku, kami memang jangkakan yang projek untuk Brussels airlines ini akan berjalan lancar hingga kapal terbang keluar. Tapi jangkaan aku meleset bila banyak masalah datang pada saat akhir dan buatkan aku juga rakan sekerja aku tak mampu untuk tidur lena pada setiap malam. Ini bukan gara² client Brussels tapi gara² orang dalam sendiri, dalam erti kata lain kawan² dalam satu pasukan dengan aku telah berjaya kotorkan segala segala kebersihan yang ada, mereka memang  hebat,  dan yang paling tak boleh blah, ketua projek pun sama nak tunjuk hebat seperti superhero dengan beri segala macam janji manis pada client dan akibatnya semua orang pening kepala termasuklah aku. Memang susah nak faham apa yang aku terangkan

Tapi korang anggap jelah yang aku tengah bengang dengan manusia² yang lagak hebat nak tunjuk hebat.

Fabulous floral

Bunga bagi aku adalah lambang penyatuan kepada kedamaian, lambang jaluran kasih sayang juga cinta. Bunga juga adalah lambang kesetiaan, kejujuran juga keikhlasan. Bunga mampu bersihkan jiwa, mampu terangkan mata juga tenangkan minda. Jadi..

Siapa mahu kahwin dan perlukan bunga untuk menyerikan perkahwinan mereka lebih-lebih lagi untuk pegang sejambak bunga yang cantik dan 'fabulous' juga segar bugar, sila klik dibawah.


Kita tak tahu bila kita akan berkahwin kan...??sila lah lawat.

Saturday, 25 September 2010

Aku percaya.

Siang tadi aku ada lihat didalam laman sosial facebook satu rakaman cctv berkenaan sepasang suami isteri yang masuk ke sebuah kedai runcit dan curi susu tepung dan seperti biasa ramailah yang memberi komen pada video tersebut, segala macam kutukan dan kejian terlempar indah, segala macam penghinaan tersergam gagah pada sepasang suami isteri tadi. Yelah mereka melakukan perbuatan terkutuk dengan mencurikan. Kes-kes begini aku dah jumpa banyak kali, jika pergi ke mana-mana minimart pasti akan ada gambar muka orang terpampang di kaunter menyatakan yang orang itu adalah pencuri susu, tak ketinggalan juga yang mencuri benda-benda lain. Ini belum cerita kes ragut, samun dan rompak besar-besaran. Tapi yang nyata ianya pasti akan diberi hadiah cemuhan, semua orang pasti akan fikir buruk. Tapi pernah kah kita terfikir kenapa mereka boleh jadi sampai begini, suami isteri boleh sampai sanggup curi susu. Mungkin mereka memang hidup melarat, mungkin mereka tak mampu untuk tampung keperluan harian dengan gaji yang mereka dapat setiap bulan, mungkin mereka terpaksa lakukan juga demi untuk kenyangkan perut anak mereka. Segala macam kemungkinan mampu berlaku, aku percaya kerana aku pernah hidup terumbang-ambing sama macam mereka, aku percaya kerana aku pernah tidak ada duit untuk beli makanan, aku percaya kerana poket aku selalunya kosong, rm1 pun tidak ada lansung, aku percaya kerana aku pernah telan air liur bila tengok orang lain makan, aku percaya kerana dulu orang tegur badan aku susut kerana aku diet padahal aku memang tidak ada duit untuk makan, aku percaya pada segala kemungkinan, cuma aku masih tinggal dengan mak aku dan jika lapar ditempat kerja bila pulang makanan sudah ada, ianya menjadi satu kebarangkalian untuk aku nekad pergi mencuri atau merompak dan syukur kerana tiada orang dorong aku untuk buat perkara yang mampu sesatkan aku. Tapi aku PERCAYA..!! aku percaya yang setiap kejahatan yang berlaku pasti ada sebabnya.PASTI ADA...

Jika kau punya duit yang cukup takkan nak pergi mencuri...kan??

Friday, 24 September 2010

Thursday, 23 September 2010

Great failure.

Hati aku menangis
kerana jiwa aku telah kalah.

Wednesday, 22 September 2010

Berselerak.

Hari ini aku datang kerja awal, lagi awal dari hari² biasa. Bancuh kopi sambil hirup udara pagi juga sambil baca laman web malaysiakini manakala telinga pula serap lagu² dari LUKESTAR melalui telefon bimbit, buat aku rasa ringan kepala, tapi bila lihat keadaan sekeliling dalam perut pejabat buat aku seperti kena tekan. Hari ini ada auditor dari UK yang mewakili salah satu organisasi penting di Eropah akan datang untuk buat audit disini. Audit sangat penting kepada kami, ianya ibarat lesen untuk mendapatkan peluang perniagaan. Jika lesen ini tidak ada maka syarikat aku ni boleh bungkus. boleh gulung, boleh mampus, dan atas dasar 'for sake of company' aku bangun dengan semangat yang tinggi lalu kemas segala macam sampah juga penyakit yang berselirat disekeliling aku, segala macam benda asing yang tidak sepatutnya ada aku buang, segala macam dosa yang ada juga aku cuci bersih², selepas 1 jam bertungkus lumus akhirnya aku puas, akhirnya aku rasa bebas. panggillah siapa saja yang ingin datang buat audit, aku tak akan ambil peduli kerana dalam pejabat ini sudah tersusun rapi, sudah indah berseri-seri, bukanlah aku ingin berlagak jadi penyelamat kepada syarikat, tapi jika para auditor datang yang lain semua boleh lari dan aku pula memang sah kena melekat dekat sini sebab 'work station' aku tak boleh dibawa lari. Tapi tak sampai satu jam pejabat ini beroperasi, segala macam sampah sudah melekat semula, segala macam penyakit sudah hinggap semula. Damn!!

Kita rakyat malaysia, konon² dah maju, dengar lagu² orang putih, pakai telefon bimbit canggih², kalau nak bergaya pakai baju² import, kalau nak makan pergi restoran² multinasional saja, semua nak pandang barat saja, tapi sampah tak reti nak buang dalam tong sampah, file² dan kertas kerja tak reti nak kemas rapi².

Aku penat sial..!!

Cats & Ikea.

Aku suka pada kucing, aku juga suka buang masa di Ikea dan aku suke video dibawah.



Tenang.. kan??

Tuesday, 21 September 2010

Hari raya in my mouth.

Bila cerita pasal raya, semua orang ada kenangan dan nostalgia masing². Bila cerita pasal makanan pilihan pada hari raya pula pasti semua orang akan ada makanan kegemaran masing² tak ketinggalan juga orang² yang nak nampak 'glamour' dan cakap mereka kena makan pasta atau fish & chip pada pagi raya. tapi kalau tanya aku, cukuplah dengan kuih bahulu dimasukkan serentak kedalam mulut bersama² dengan tempeyek dan kunyah perlahan². Kemudian minum sirap yang sejuk.

Siapa mahu cuba??

Putus cinta.

Putus cinta adalah perkara yang amat menyakitkan, lebih² lagi jika ianya bukan kehendak kita, lebih² lagi jika kita rasa ditipu oleh orang yang paling kita percaya, ini belum masuk cerita keluarga tidak restu atau tidak suka or maybe cerita pasal pasangan kita curang atau berlaku dusta, aku pernah rasa, dia, kamu juga engkau juga pernah rasa. Senang cerita putus cinta adalah definasi yang paling 'solid' kepada 'miserable'. Bagi yang tidak jumpa jalan penyelesaian, hidup mereka akan jadi sangat 'pathetic', kelam, suram, muram dan kadang² simpan dendam dan juga geram. Aku tahu ramai yang pernah lalui perkara ini dan salah satu jalan penyelesaian adalah dengan sibuk kan diri, pada waktu ini kita akan dapat lihat mana² orang yang baru putus cinta selalunya akan tidak berhenti buat kerja, demi untuk mengubat luka mereka akan sibuk buat kerja, demi untuk tahan rasa sakit mereka juga akan sering pulang ke rumah lewat dalam erti kata lain akan sentiasa habiskan waktu ditempat kerja. Kerja dan terus kerja. Betapa jahat dan kejamnya cinta, betapa pahit dan sakitnya cinta.

Tapi hari ini aku rasa seperti perlukan orang² yang putus cinta, sebab kerja aku banyak, anyone??

Wednesday, 15 September 2010

Glory day.

Disebuah kedai makan, disebuah meja makan, sambil duduk minum kopi, ada yang makan roti dan ada juga yang duduk buat tak reti serta tengok tv. Di meja kami tercetus sebuah kisah kepahitan, sebuah kisah getir, sebuah kisah duka lara juga sengsara, tapi dari himpunan kisah² perit ini juga aku dan yang lain mampu bangun, mampu gengam tangan sambil julangnya kelangit juga mampu teguh berdiri tanpa ambil peduli. Roda hidup memang akan terus berpusing, roda hidup juga takkan berhenti untuk buat silap dan roda hidup juga takkan perlahankan kelajuannya. Jadi semalam aku duduk berhempas pulas dengar cerita sedih dan pedih dan semalam juga dari cerita itu aku sedar yang kekecewaan mampu menyemarakkan semangat, mampu goncang segala kegelapan dan juga mampu bawa sinar harapan.

Semalam adalah 'glory day' untuk aku dan semua.

Tuesday, 14 September 2010

Morning person.

Richard Whately pernah beritahu "Lose an hour in the morning, and you will be all day hunting for it"
Betapa pentingnya waktu pagi bagi sesetengah individu, bagi yang kurang faham morning person adalah satu tabiat atau rutin harian pada orang² yang bangun awal pagi, mulakan hari pada waktu pagi, mereka rasa sangat 'alive' bila dapat lihat susasana pada waktu pagi, otak juga akan jadi cergas dan cerdas jika bangun pagi, bangun tidur lewat adalah satu kesalahan bagi mereka dan aku rasa bertuah bila dapat jadi sebahagian dari mereka. Yes, aku memang morning person.
Tapi aku tahu ramai yang sangkal kenyataan aku sebab mana ada rocker bangun dan mulakan hari pada waktu pagi,


Yang setiap hari aku bangun untuk pergi kerja tu bukan morning person ke??

Makanan pilihan.


Makan adalah perkara paling penting untuk semua dalam kehidupan seharian, dan bila aku mahu bercerita tentang makanan aku tidak mampu bergerak sebagai aku, tapi sebaliknya sebagai kami kerana aku dan rakan-rakan sama-sama menitikberatkan apa yang kami mahu makan, bagi aku dan rakan-rakan makan adalah sebahagian dari bentuk hiburan bagi kami. Yes..!! hidup untuk makan dan untuk dapatkan hasil yang terbaik kami memang akan cari kedai makan yang terbaik. Ada banyak kedai yang kami telah klasifikasikan sebagai kedai makan pilihan, tidak kira apa jenis makanan, masakan melayu??, cina??, india??, italian?? western?? dan banyak lagi, semua ada didalam kepala kami. Ini belum masuk cerita masak sendiri dan makan untuk perut sendiri. Tidak mengapa janji semua puas. Tapi bukan senang untuk tahu kedai yang mana satu sedap atau sebaliknya, banyak aspek harus dikaji sebelum kami mampu angkat sesebuah kedai makan sebagai tempat pilihan.

Jadi jika anda pergi ke sesebuah kedai makan untuk makan tapi malang makanannya tidak sedap, perkara paling penting yang harus dilakukan adalah jangan makan lansung makanan tersebut habiskan minuman, bayar dan blah dari situ. Percayalah, anda telah tinggalkan kesan yang amat mendalam pada semua yang terlibat didalam menjayakan kedai makan tersebut.

Monday, 13 September 2010

Perdana Menteri.

Aku tak pasti bila, tapi seingat aku beberapa tahun yang lalu ada seorang rakan tanya pada aku, jika aku jadi perdana menteri apakah langkah bijak untuk pastikan rakyat sentiasa akan menyokong aku, dengan gaya yang bersahaja aku bagi jawapan yang aku akan menaiktarafkan sistem pengangkutan yang ada, dalam bahasa saintifiknya aku mahu ubah budaya masyarakat di negara ini dengan mengangkat tinggi sistem pengangkutan awam tidak kira sama ada di bandar mahupun didesa. Pada waktu itu semua orang tidak perlu lagi bersesak² dijalan raya setiap hari untuk pergi dan pulang dari tempat kerja, aku cuba mahu majukan sistem subway sama seperti di negara² maju, malah sesiapa saja yang bekerja di kota contohnya Kuala Lumpur masih lagi boleh tinggal dikampung halaman mereka misalnya di Ipoh, Penang, Kuantan, Kota baharu, melaka atau pun kota tinggi Johor. Mereka boleh pergi dan pulang setiap hari dengan menaiki keretapi laju. Seronok bukan, baru nampak terusun dan teratur dan pada waktu yang sama di setiap stesyen keretapi laju ini akan ada perpustakaan mini dimana semua orang dapat pinjam buku dan boleh pulangkan pada bila² masa saja, jadi secara tidak sedar aku mampu terapkan budaya membaca pada setiap penumpang keretapi, its gonna be a new culture rite?? Tapi itu cerita beberapa tahun yang lalu kerana jika mahu bina sistem pengangkutan yang hebat kita perlukan duit yang lebat dan jika satu² projek itu berjaya dijalankan nanti ada pihak² lain akan tabur fitnah dimana perdana menteri telah 'lipat' sikit duit kerjaan hasil dari projek yang dijalankan jadi perkara ini agak sukar unuk diteruskan. lagipun buat masa sekarang memang negara sudah kekurangan duit untuk buat projek² mega. Tapi sekarang jika ada orang tanya apa yang akan aku lakukan jika jadi perdana menteri jawapan aku memang sudah jauh berbeza. aku mungkin akan bagi jawapan dimana aku mahu setiap rakyat dinegara ini mempunyai kuasa membeli yang besar dan mewah, bila semua rakyat tidak kira miskin, sederhana mahupun kaya mampu untuk membeli apa saja yang ada, contohnya barang keperluan harian seperti makanan, rumah juga pakaian, atau barang bukan keperluan seperti kereta, barang kemas dan lain². Ini secara tidak lansung mampu meningkatkan permintaan dan pada masa yang sama mampu menarik para pelabur asing untuk masuk melabur kenegara ini, Yelah bila semua orang punya kuasa membeli yang besar maka semua perniagaan akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Bila para pelabur banyak masuk kedalam negara maka pihak kerajaan akan terima cukai yang banyak dari mereka dan hasil dari duit cukai itu barulah aku boleh lancarkan projek² mega. Bila rakyat banyak duit mereka tidak akan hidup sengsara dan mereka juga tidak akan benci pada pihak pemerintah.

Tapi jika ada orang tanya bagaimana mahu jadikan setiap rakyat di negara ini punya 'kuasa membeli' yang besar??? aku akan jawab.

Pastikan pendapatan bulanan pekerja kurang mahir seperti, pelayan restoran, tukang kutip sampah, operator kilang dan yang sama sepertinya mencecah keangka rm2000. Jadi..

Siapa mahu Vote aku..

Coffeeholic.

Pada entri yang sebelum ini aku ada beri tahu dimana aku mahu bercerita apa saja cerita tentang perkara yang berselirat didalam kepala, jadi hari ini aku mahu kisahkan kisah kopi.
Bagi aku, kopi bukanlah minuman kegemaran tapi sebaliknya adalah salah satu nutrisi paling penting untuk badan juga minda aku. Jadi setiap pagi sebelum memulakan hari, selepas tiba ditempat kerja atau sebelum terus menghelakan nafas aku perlu minum kopi, jika tidak, aku mungkin hanya seperti sebatang tunggul yang hidup tidak mahu, mati juga tidak tahu. Aku tahu, pasti ada ramai yang macam aku, yang mungkin tidak mampu bergerak jika tidak minum kopi, tapi tidak ketinggalan juga manusia² plastik yang konon²nya peminum tegar kopi. Mereka rasa jika mereka habiskan masa lepak² sambil minum kopi di cafe² ternama dengan membayar sejumlah wang yang besar untuk segelas kopi sudah dianggap sebagai pecinta kopi. Mereka silap. Peminum kopi tegar adalah peminum kopi yang lansung tidak ambil peduli dengan kandungan gula didalam setiap bancuhan kopi sebaliknya amat menitikberatkan kepahitan pada setiap cawan yang ada atau dalam ertikata lain.

"Hidup ini memang penuh dengan kepahitan, tapi aku tidak mahu ambil peduli selagi aku mampu milik secawan kopi setiap hari..".

No one can understand the truth until he drinks of coffee's frothy goodness - Sheik Abd-al-Kadir

Friday, 10 September 2010

Tanpa anekdot.

Achtung..

Ada banyak perkara yang berpusing dikepala dan aku pasti semua orang pun sama, cuma kita mungkin tidak terfikir untuk huraikan semua benda, jadi mungkin untuk entri yang akan datang aku akan post segala cerita tentang apa yang aku fikir.

So, tunggulah lagi 72 jam atau 100 jam...

Thursday, 9 September 2010

Kawan.

Bila cerita tentang kawan, aku pasti semua orang punya kawan, ada kawan waktu susah, ada kawan waktu senang, ada kawan sampai mati, ada kawan dunia akhirat, ada kawan masuk neraka dan macam² lagi.
Dulu aku juga ada ramai kawan, bukan maksudnya sekarang ni aku sudah kurang kawan atau aku memilih untuk berkawan, tapi apa yang aku ingat dulu, sewaktu didalam usia hendak meningkat dewasa kita lansung tidak letak 'border line' apabila berkawan, jika kawan kita cakap bulan itu warna merah kita pasti akan mengiyakan kerana kita rasa dia kawan kita dan kita perlu sokong apa yang kawan kita cakap. Pendek kata semuanya betul, semuanya benar. Kita sanggup buat apa saja demi kawan kita, kita sanggup membelakangkan orang lain demi untuk kawan kita, tapi sampai satu masa, sampai satu ketika bila sel² dikepala sudah mula bijak bekerja baru kita faham dan baru kita tahu yang mana salah yang mana tidak. Waktu itu kita baru sedar yang kesilapan adalah hakmilik kita.Maka putus kawan adalah pegangan kita, bergaduh dan tak bertegur sapa adalah kiblat kita. Yes aku pernah rasa semua ini, mungkin orang aku pernah telan semua ini dan aku telah berjaya buang semua kebodohan yang ada dan hari ini aku terus berdiri teguh diatas segala kesilapan yang pernah aku lalui dahulu, hari ini juga aku terus berdiri ampuh diatas segala kesal yang pernah aku tempuh dan seterusnya sampai bila² aku akan terus buang kebodohan jika ada yang masih melekat pada aku, dalam erti kata lain.

Jangan harap nak jadi kawan aku kalau kalau kau macam sial..!!

Wednesday, 8 September 2010

V not for Vendetta but for Victory.

Kalau buka laman² sosial, blog juga telefon bimbit, memang dah ramai yang beri ucapan selamat hari raya, di sekitar aku juga sekarang ni sudah ramai yang berjabat tangan ucap selamat hari raya. Semua orang tak sabar hendak meraikan kejayaan berpuasa, semua orang sudah sematkan muka gembira untuk berhari raya dan jika tanya pada aku sama ada aku mahu berikan ucapan hari raya, aku hanya perlu jawab

Jangan Syawalkan bulan ramadhan.

Roda kehidupan sedang berputar.

Perkara paling menarik yang sedang bermain dikepala aku buat masa ini adalah, walaupun sudah berkahwin aku masih lagi boleh keluar lepak², petik gitar juga 'jamming' bersama ahli² band aku yang lain, travel merata sebab memenuhi undangan gig yang melibatkan band aku, buat projek band dan juga tulis lagu baru, aku rasa aku masih bebas terbang, 'super wife' aku memang cool dan pada masa yang sama aku dan 'super wife' juga sibuk berusaha keras untuk memenuhkan segala macam barang keperluan untuk rumah baru kami, kami sibuk curahkan idea untuk konsep rumah kami, aku juga sudah pandai untuk jaga pokok bunga, kemas sana dan kemas sini, cat disana juga cat disini. Dalam erti kata lain aku rasa seperti roda kehidupan sedang mula bergerak dari bawah keatas. aku sudah mampu untuk ukir senyuman, aku sudah mampu cakap yang hidup aku sempurna.

Tapi itu cerita semalam. Hari ini, setelah lama duduk diam ditempat kerja aku dan rakan telah dihujani dengan beban kerja, beban yang akan terus bersama sampai bulan oktober.

Damn..!!

Sunday, 5 September 2010

Kenapa aku tidak berfikir seperti Edwin Land.

Aku masih ingat lagi kira-kira tiga atau empat tahun lepas jika pergi ke mana-mana festival seni atau muzik disekitar ibukota pasti aku akan dapat lihat budak-budak muda membanjiri tempat tersebut sambil dileher akan tersangkut rapi kamera dslr, pandai atau tidak untuk ambil gambar, aku tak pasti, tapi yang paling aku kagum pada waktu itu adalah 'trend' dimana para ibu bapa sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk jadikan kamera dslr sebagai salah satu mekanisma penting agar anak-anak mereka tidak terlibat dengan sebarang gejala negatif pada ketika itu seperti, mat dan minah rempit, dadah, peragut dan banyak lagi. Rambang mata berampur iri hati bila lihat budak-budak ni mampu pakai kamera dslr yang berjenama dan mahal sedangkan aku hanya pakai kamera murahan sampailah sekarang, tapi takpe orang cool tak perlu jadi 'trendy'. Tak lama selepas itu kira-kira tiga tahun kedepan ada seorang kawan aku cuba perkenalan kamera Lomo dan dia antara orang awal yang bawa masuk kamera Lomo kesini dan sekali lagi ianya jadi demam pada anak-anak muda, kali ini mereka gila dengan teknologi Rusia pula, ini belum masuk cerita Holga lagi. Yes..sekarang kamera dslr sudah kurang jadi 'trend', jika kita ke ibukota mereka dah sangkut Lomo atau Holga pula pada leher dan seperti biasa, pandai atau kreatif ketika ambil gambar, aku pun tak pasti. Tapi tidak mengapa, orang cool tak perlu jadi 'trendy' mereka memang selalu lawan arus dan hasilnya aku dan 'super wife' sudah beli kamera seperti dibawah pada harga yang sangat berpatutan iaitu rm300 sahaja.
Siapa tahu apa itu polaroid mungkin akan berminat pada kamera seperti dibawah,
sila email jika mahu keterangan lanjut.





Thursday, 2 September 2010

Vocabulaire.

Jean Cocteau, seorang penyar, novelis, dramatis, filmaker juga seorang artis dari kota Paris pernah berkata

"Art is science made clear"

Siapa setuju..??

Antidotes.

Wednesday, 1 September 2010

Semangat membara.

Agak lama aku tidak jumpa dengan rakan-rakan terdekat, dua hari yang lalu kami buang masa bersama-sama, minum-minum sambil ketawa aku pula cuba bakar semangat anak muda. Mereka tidak rasa terpedaya tapi mahu mencuba, cuba cari peluang kerja, bukan disini tapi di UK sana. Aku tahu disini dah ramai yang kecewa dan dah ramai yang sengsara, aku pun sama. Hari ini aku lepak lagi dengan mereka, selepas 95 minit berlalu, satu perkara pelik berlaku, satu perkara aneh terlihat. Lalu aku tanya

"Wan, selalu kalau lepak-lepak camni, mesti kau dah order 3 gelas air, paling tak pun mesti dah abis sepinggan maggi goreng, tapi kali ni gelas pertama milo panas kau tak sentuh lagi, sampai dah sejuk dah ni.." Cetus aku.

"Eh..Scotland jauh sikit dari London town kan...?"  Balas Wan sambil mata tajam pada monitor laptop dan jari pula sedang sibuk menekan papan kekunci dimana dia fokus isi form dan upload CV untuk kerja di UK.

Tahniah..

Fikiran singkat mampu menjana transformasi.

Seperti biasa, dari empat minggu yang lalu aku dan yang lain-lain lansung tidak ada kerja, jadi setiap hari masuk kerja dengan muka ceria, keluarkan kata-kata bahagia, tapi lepas beberapa jam terus rasa terseksa, jiwa kuga meronta-ronta kerana tidak ada apa yang perlu dilakukan, hidup aku penuh dusta dan rasa kecewa bila lihat jam kerana waktu untuk pulang masih lagi lama. Tapi hari ini hati rasa sedikit tercuit gembira bila aku pasang telinga, perbalahan beberapa orang didalam pejabat aku yang masing-masing cuba beri pendapat, masing-masing mahu tunjuk hebat, nasib baik tidak kena hambat. Rupa-rupanya cerita hal orang kafir masuk masjid yang mereka debat.

Kenapalah dorang ni tak faham-faham lagi pasal 'agenda politik sempit'
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law