Wednesday, 22 September 2010

Berselerak.

Hari ini aku datang kerja awal, lagi awal dari hari² biasa. Bancuh kopi sambil hirup udara pagi juga sambil baca laman web malaysiakini manakala telinga pula serap lagu² dari LUKESTAR melalui telefon bimbit, buat aku rasa ringan kepala, tapi bila lihat keadaan sekeliling dalam perut pejabat buat aku seperti kena tekan. Hari ini ada auditor dari UK yang mewakili salah satu organisasi penting di Eropah akan datang untuk buat audit disini. Audit sangat penting kepada kami, ianya ibarat lesen untuk mendapatkan peluang perniagaan. Jika lesen ini tidak ada maka syarikat aku ni boleh bungkus. boleh gulung, boleh mampus, dan atas dasar 'for sake of company' aku bangun dengan semangat yang tinggi lalu kemas segala macam sampah juga penyakit yang berselirat disekeliling aku, segala macam benda asing yang tidak sepatutnya ada aku buang, segala macam dosa yang ada juga aku cuci bersih², selepas 1 jam bertungkus lumus akhirnya aku puas, akhirnya aku rasa bebas. panggillah siapa saja yang ingin datang buat audit, aku tak akan ambil peduli kerana dalam pejabat ini sudah tersusun rapi, sudah indah berseri-seri, bukanlah aku ingin berlagak jadi penyelamat kepada syarikat, tapi jika para auditor datang yang lain semua boleh lari dan aku pula memang sah kena melekat dekat sini sebab 'work station' aku tak boleh dibawa lari. Tapi tak sampai satu jam pejabat ini beroperasi, segala macam sampah sudah melekat semula, segala macam penyakit sudah hinggap semula. Damn!!

Kita rakyat malaysia, konon² dah maju, dengar lagu² orang putih, pakai telefon bimbit canggih², kalau nak bergaya pakai baju² import, kalau nak makan pergi restoran² multinasional saja, semua nak pandang barat saja, tapi sampah tak reti nak buang dalam tong sampah, file² dan kertas kerja tak reti nak kemas rapi².

Aku penat sial..!!

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law