Sampai hari jika aku beritahu pada orang yang kenal aku tapi tidak rapat yang umur aku sudah lanjut mereka pasti terkejut, kawan-kawan super wife aku pun pernah terkejut dan mereka ingat umur aku dan super wife aku cuma beza beberapa tahun padahal aku tua lebih 6 tahun dari dia. Ramai yang ingin tahu apa rahsia aku kelihatan muda. Senang saja, aku dengar muzik. Yes orang lain juga dengar muzik tapi jika dia membesar pada sekitar tahun 80an dan muzik glam rock adalah genre paling berpengaruh pada ketika itu dan selepas 20 tahun iaitu sekarang. selepas mereka berkahwin dan ada anak mereka masih lagi dengar lagu² glam rock yang popular pada tahun 80an iaitu zaman dimana mereka membesar, mereka terperangkap pada satu zaman, mereka tutup telinga dan minda pada lagu² lain mengikut peredaran era dan zaman. Akal fikiran, sistem saraf, telinga dan mata terbantut kerana tiada revolusi. Mereka terperuk pada takuk yang lama, jadi mereka akan cepat tua. Berbeza dengan aku, dalam dunia ini setiap hari pasti akan ada lagu baru wujud dan aku akan cuba tangkap dan dengar.
Jadi siapa mahu sentiasa kelihatan muda sila tiru aku, dan juga jangan lupa untuk minum kopi setiap hari.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment