Agak lama aku tidak jumpa dengan rakan-rakan terdekat, dua hari yang lalu kami buang masa bersama-sama, minum-minum sambil ketawa aku pula cuba bakar semangat anak muda. Mereka tidak rasa terpedaya tapi mahu mencuba, cuba cari peluang kerja, bukan disini tapi di UK sana. Aku tahu disini dah ramai yang kecewa dan dah ramai yang sengsara, aku pun sama. Hari ini aku lepak lagi dengan mereka, selepas 95 minit berlalu, satu perkara pelik berlaku, satu perkara aneh terlihat. Lalu aku tanya
"Wan, selalu kalau lepak-lepak camni, mesti kau dah order 3 gelas air, paling tak pun mesti dah abis sepinggan maggi goreng, tapi kali ni gelas pertama milo panas kau tak sentuh lagi, sampai dah sejuk dah ni.." Cetus aku.
"Eh..Scotland jauh sikit dari London town kan...?" Balas Wan sambil mata tajam pada monitor laptop dan jari pula sedang sibuk menekan papan kekunci dimana dia fokus isi form dan upload CV untuk kerja di UK.
Tahniah..
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment