Malam tadi sambil duduk² minum di sebuah kedai makan, bersama super wife aku dan rakan², kami menonton satu rancangan talkshow atau forum di kotak tv dimana mereka membincangkan perihal penulisan blog yang sedang atau semakin popular dikalangan masyarakat kita. Cuma sayang kerana para panelnya bukanlah seperti Hishamudin Rais atau Ahmad Kamal Abu Bakar atau blogger² fashionista yang popular. Dalam perbincangan tersebut mereka sibuk menerangkan kebaikan dan keburukkan penulisan blog. Macam biasalah setiap apa yang di tulis pada blog seharusnya punya bukti yang sahih jika tidak ianya akan dianggap cerita tipu. Lebih² lagi blog yang menceritakan hal² politik negara. Macam² kisah dongeng kita boleh baca.Tapi jika mereka panggil aku untuk jadi panel hanya satu baris ayat saja yang akan aku lontarkan dan kemudian aku akan keluar dari tempat tersebut.
"I believe in equality for everyone, except reporters and photographers" - Mahatma Gandhi.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment