Saturday, 25 September 2010

Aku percaya.

Siang tadi aku ada lihat didalam laman sosial facebook satu rakaman cctv berkenaan sepasang suami isteri yang masuk ke sebuah kedai runcit dan curi susu tepung dan seperti biasa ramailah yang memberi komen pada video tersebut, segala macam kutukan dan kejian terlempar indah, segala macam penghinaan tersergam gagah pada sepasang suami isteri tadi. Yelah mereka melakukan perbuatan terkutuk dengan mencurikan. Kes-kes begini aku dah jumpa banyak kali, jika pergi ke mana-mana minimart pasti akan ada gambar muka orang terpampang di kaunter menyatakan yang orang itu adalah pencuri susu, tak ketinggalan juga yang mencuri benda-benda lain. Ini belum cerita kes ragut, samun dan rompak besar-besaran. Tapi yang nyata ianya pasti akan diberi hadiah cemuhan, semua orang pasti akan fikir buruk. Tapi pernah kah kita terfikir kenapa mereka boleh jadi sampai begini, suami isteri boleh sampai sanggup curi susu. Mungkin mereka memang hidup melarat, mungkin mereka tak mampu untuk tampung keperluan harian dengan gaji yang mereka dapat setiap bulan, mungkin mereka terpaksa lakukan juga demi untuk kenyangkan perut anak mereka. Segala macam kemungkinan mampu berlaku, aku percaya kerana aku pernah hidup terumbang-ambing sama macam mereka, aku percaya kerana aku pernah tidak ada duit untuk beli makanan, aku percaya kerana poket aku selalunya kosong, rm1 pun tidak ada lansung, aku percaya kerana aku pernah telan air liur bila tengok orang lain makan, aku percaya kerana dulu orang tegur badan aku susut kerana aku diet padahal aku memang tidak ada duit untuk makan, aku percaya pada segala kemungkinan, cuma aku masih tinggal dengan mak aku dan jika lapar ditempat kerja bila pulang makanan sudah ada, ianya menjadi satu kebarangkalian untuk aku nekad pergi mencuri atau merompak dan syukur kerana tiada orang dorong aku untuk buat perkara yang mampu sesatkan aku. Tapi aku PERCAYA..!! aku percaya yang setiap kejahatan yang berlaku pasti ada sebabnya.PASTI ADA...

Jika kau punya duit yang cukup takkan nak pergi mencuri...kan??

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law