Monday, 31 January 2011

Berita kepada kawan.

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan. Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan. Banyak cerita yang mestinya kau saksikan,  di tanah kering berbatuan. Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan, hati tergetar menampak kering rerumputan. Perjalan ini pun seperti jadi saksi, gembala kecil menangis sedih. Kawan cuba dengar apa jawabnya, ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati, ditelan bencana tanah ini. Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya.
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari. Tetapi semua diam, tetapi semua bisu. Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit, barangkali di sana ada jawabnya, Mengapa di tanahku terjadi bencana. Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita, cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang barang kali di sana ada jawabnya.

Beloved country.

Ada satu soalan yang terpalit pada aku sejak sekian lama, 'even' aku pun pernah bincangkan dengan orang² yang dekat dengan aku termasuklah dengan 'super wife' aku malam tadi. Ianya tentang negara kita, keamanan dan kesejahteraan juga kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia. Jika hendak dibandingkan dengan mana² negara di Asia tenggara, bagi aku Malaysia adalah sebuah negara yang paling bertuah, dengan kedudukan geografinya yang betul² berada di tengah² lingkaran api pasifik membuatkan kita agak jauh dari pelbagai bencana alam seperti gunung berapi, gempa bumi, hujan batu dan sebagainya, selain dari itu keadaan betuk muka bumi kita yang sangat unik benar² memberi kelebihan pada industri pelancongan, hendak cerita pasal gunung tertinggi, kita ada gunung Kinabalu, hendak cerita pasal hutan kita ada lebih dari 5 taman negara dimana floral dan fauna yang ada sangat sempurna, hendak cerita pasal pulau pula, kita ada berbelas² pulau yang menarik perhatian dan tersenarai didalam peta pelancongan dunia sebagai pulau yang menarik. Air terjun, kolam air panas, sungai juga kawasan² kampung yang indah permai pula adalah pelengkap kepada keindahan sumber bumi di negara kita. Jika hendak cerita pasal kemajuan pula, kita ada 'airport' yang gah, kita ada banyak tarikan seperti menara Kuala Lumpur, KLCC, litar lumba di Sepang juga berbelas² pusat membeli belah yang aku percaya lagi berganda besarnya dari Harrods di kota London. Putrajaya yang gabak, 'night life' di kota yang sangat 'alive', sistem lebuhraya utara selatan yang agak efisen. Bekalan elektrik, telekomunikasi serta jalur lebar juga sedang hangat diperhebatkan. Kereta nasional?? kita saja yang mengeluarkan produk sendiri dirantau ini. Walaupun kualitinya tidak mampu untuk menyaingi kereta² lain, juga walaupun harganya jauh lebih mahal, tapi sekurang²nya kita ada kereta kita sendiri. Sistem penerbangan negara juga berada diantara yang terbaik didunia, bukan di Asia tapi 'Top of the world', ini belum cerita tentang pusat penyelengaraan pesawat lagi, produk kita memang 5 bintang.
Sumber hasil bumi yang melimpah ruah seperti petroleum benar² mengangkat Malaysia sebagai pengeluar minyak utama dunia, ini belum cerita tentang teknologi yang digunakan lagi, ini tidak termasuk dengan penghasilan kelapa sawit dan getah. Melalui pandangan mata kasar negara kita memang kaya dengan segala macam kekayaan. Begitu banyak pelabur² asing yang suka untuk datang dan melabur segala macam jenis perniagaan disini, kita tak perlu kupas satu persatu, lihat saja syarikat² multinasional yang ada disekitar kita. Itulah buktinya.
Yes aku akui diantara keunikan negara kita adalah warna kulit juga pegangan agama yang ada disini, benar² mewujudkan beratus² budaya yang berselirat bersama dengan ritual, bahasa, loghat, dialek dan sebagainya. Inilah warna-warni kehidupan di Malaysia. Jika kita fokus pada makanan pula, kita ada berjuta jenis makanan jika hendak dirungkai satu persatu memang boleh sampai pecah perut. Sebab apa aku kata begitu, setiap negeri mempunyai jenis masakannya yang tersendiri, setiap bangsa dan kaum juga ada masakannya yang tersendiri, ambillah kalkulator dan buatlah rumusan sendiri. Kita memang menang bergaya jika hendak cerita tentang kepelbagaian masakan dan makanan. Inilah nadi kehidupan kita dan inilah tunjang perjalanan kita. Jika sistem keretapi negara di naikkan tarafnya dengan meningkatkan kelajuan seperti keretapi di Eropah, sudah pasti ianya boleh menjadi satu tarikan pelancongan paling membanggakan. Kita sudah ada landasan dari utara ke selatan, yang cuma perlu hanya naikkan kelajuannya dan tingkatkan kecekapan sahaja. 'frankly speaking' aku memang bangga dan gembira tinggal di sini, disinilah tanah tumpahnya darah aku, disinilah segala²nya bermula, disinilah tempat untuk aku gengam jari dan julangkan kelangit. disinilah semuanya. Tapi malang, segala kelebihan disini, segala keistimewaan disini, segala kesempurnaan disini telah teruk cedera parah. Aku sangat kecewa dengan sistem pemerintahnnya, parti politiknya, orang² yang mendukung perlembagaan, Raja² juga sultan², orang² yang mendobrak kempimpinan dan juga seribu macam jenis tukang ampunya. Rasuah, korupsi, konflik dalaman, tikam belakang dan depan, feudalisma, kronisma, prejudis dan bermacam² lagi. Kita sangat teruk dari negara² jiran dan akibatnya kita sebagai rakyat yang terpaksa tanggung sedangkan mereka hanya berlakon di panggung sambil poket penuh. Cuba bayangkan jika ianya berterusan apa akan jadi lagi 10 tahun?, 20 tahun? 30 tahun? anak cucu kita??

Jadi bila persoalan ini bermain difikiran aku lagi, aku hanya perlu jawab "Malaysia is a hot country, only mosquito live here"

Rainy day, funny story and a cup of coffee.

Dari semalam hujan tidak henti² jatuh, dari semalam juga kedinginan tidak henti² menyentuh. Pagi ini masih hujan lagi, ketika sampai didalam perut pejabat, aku menjalankan kerja² rutin, bancuh kopi bersama kreamer, kemudian suapkan sandwich kedalam mulut, sambil menguyah aku toleh kekiri dan kekanan, tidak jauh dari aku kelihatan senaskah surat khabar. Aku pergi belek, rupa²nya surat khabar basi, surat khabar semalam. aku belek juga sehelai demi sehelai, mana tahu jika ada cerita kelakar didalamnya. Sebab kalau nak baca cerita kelakar dalam surat khabar negara ni memang banyak 2 minit kemudian aku buka kisah artis pula, sampai ke muka surat berapa belas pun aku tak pasti, tapi ada artikel yang bertulis "artis Hollywood menyerang Indonesia. Terdapat juga beberapa gambar diantaranya adalah gambar IRON MAIDEN, buatkan aku terus ingin membaca, memang aku sudah sedia maklum mereka akan buat tour di Asia, cuma artikel yang dituliskan agak jauh dari pemahaman penulis. Ayatnya berbunyi lebih kurang seperti ini.

 "Indonesia adalah negara yang disering dikunjungi oleh artis² Hollywood, dimulakan oleh kumpulan rock metal IRON MAIDEN yang dianggotai oleh Bruce Dickinson..bla..bla..bla..dan blaa.."

Disebabkan mereka artis 'mat saleh' so diaorang adalah dari hollywood??. Kan aku dah cakap surat khabar negara ni banyak cerita kelakar.

Sunday, 30 January 2011

The Song of Sparrows.

Ini kisah perit, kisah pahit, kisah getir, kisah susah bergilir-gilir. Ini kisah 'real', kisah paling 'solid', kisah di pinggir Tehran hingga ke kota Tehran. Ini kisah tentang seorang penjaga burung ostrich lalu diberhentikan dan kerja pula sebagai 'motorcycle taxi driver'. Ini kisah dugaan manusia² miskin, kisah cabaran manusia² yang cuba keluar dari kemelut kepayahan. Satu plot yang menarik, satu hasil kerja kamera yang sempurna, satu hasil penulisan skrip yang berkesan, satu pertembungan diantara pelakon yang istimewa dengan pengarah filem yang terbaik. Sebuah filem yang berjaya memenangi sebutir anugerah di Berlin International Film Festival. Aku beri 6 dari 5 bintang, jangan tanya kenapa.

"Go and watch this movie...!!"






Friday, 28 January 2011

Question.

Jika kau sedang cari seorang gadis impian untuk menjadi teman hidup sampai akhir hayat, apa yang kau cari,

Boobs??

 or

 brain??

Kisah mitos #2

Sudah bertahun aku bergelumang dengan dosa, pahala pula adalah satu persoalan yang paling pelik untuk diri aku, nah lupakan semua itu, tiada siapa yang berhak untuk tentukan syurga mahupun neraka, untuk hidup dengan gembira dan bahagia aku perlu sumber, aku perlu kapital, dan untuk penuhkan cita² dan impian, aku perlu bekerja keras. Rezeki tidak akan datang bergolek mahupun bertepek². Bekerja sebagai pembunuh upahan seperti aku memang punya banyak dugaan dan cabaran, tapi demi wang ringgit yang berkepuk² juga demi untuk lari dari segala macam kesempitan aku perlu hadapinya jua. Tugas aku kali ini adalah untuk membunuh seorang yang dianggap mafia didalam 'scene' jenayah negara, melihat dengan mata kasar memang mafia ini adalah seorang yang disanjung tinggi, ahli politik yang berwibawa, juga diantara pemimpin tertinggi negara, namun jika dikupas satu persatu topengnya, dia adalah seorang mafia yang sangat kejam, pengedaran dadah diseluruh rantau asia adalah sumber utamanya, dia punya 'link' dengan hampir semua perompak yang ada. Kenapa perlu ada link, ianya mudah saja, dia simpan duit atau barang kemas di Bank, insurankan segala harta kemudian upah perompak untuk merompak bank dan dia akan dapat pulangan yang lumayan dari pihak insurans, projek² mega kerajaan dengan mudah dia akan dapat itupun melalui hasil rasuah yang berlipat ganda dan seperti biasa orang² seperti ini memang kumpul banyak musuh dan jika tersilap langkah maka malaikat pasti akan datang menyapa. Aku pula sebagai seorang pembunuh upahan yang profesional perlu bekerja sebagai seorang yang profesional, kerana ini adalah mata pencarian aku. Tidak kira sama ada dia adalah pemimpin negara mahupun disayangi oleh keluarga. Jadi tepat pukul 11.28 malam aku sudah siapkan segala peralatan, aku tunggang 'naked bike' aku ke satu lokasi yang telah aku siapkan iaitu rumah kosong dimana depan rumah tersebut adalah rumah mafia tersebut. Aku pakir 'naked bike' aku lebih kurang 5km jauhnya lalu menyusup perlahan² kerumah kosong, apabila masuk kedalam rumah aku terus bergegas ke bilik atas lalu buka sedikit tingkap untuk biarkan udara berpusing keluar dan masuk, segala peralatan harus dipasang dengan secepat mungkin kerana mengikut percaturan dan arahan si mafia ini akan tiba dirumah nya lebih kurang 20 minit dari sekarang. 'Sniper riffle' aku sudahpun duduk dengan kemas, aku cuba membidik kearah depan rumah mafia tersebut, ternyata masih dalam keadaan senyap dan sunyi, kelihatan beberapa pegawai keselamatan dan polis sedang berdiri didepan pintu pagar. Aku sangat bernafsu untuk membunuh lelaki mafia ini, pertama kerana upah yang bakal aku terima mencecah hingga ke RM setengah juta, kedua kerana dia dah banyak menyusahkan rakyatnya. Orang² begini kita harus hapuskan. Bila aku berjaya bunuh dia, aku akan dapat pulangan yang lumayan, beg pakaian serta pasport sudah aku siapkan, tiket kapal terbang pun aku sudah beli, jika dia mati malam ini aku pasti esok pagi aku sudah berada di Prague duduk dipinggir laut sambil lagakan gelas yang berisi 'champange' tanda meraikan kejayaan, tengahari pula di Venice sambil rokok ditangan dan mata meliar untuk membidik gadis² panas yang boleh dijadikan teman selama sepurnama sebelum aku terus menjelajah kota² lain di Eropah hingga ke penghujung tahun baru aku kembali ketanah air. Itulah perkara biasa yang aku sering lakukan bila kerja aku selesai, duduk secara tenang di negara orang sebelum cari mangsa baru dalam ertikata lain, wang saku baru. Cuma kali ini aku rasa selepas pusing satu Eropah aku mungkin akan singgah ke Cape town dahulu sebelum pulang, kerana dari kecil aku ingin lihat suasana indah 'Table Mountain' pada waktu pagi, harap-harap impian aku menjadi kenyataan.
Hush..!! 5 minit sudah berlalu, aku tak boleh mengelamun pada saat begini, seorang yang profesional perlu menjaga status profesionalism. Dari jauh kedengarang bunyi deruan kereta mewah, dari jauh juga aku sudah nampak sinaran lampu kereta tersebut, tidak sampai 30 saat kereta itu terus berhenti didepan rumah lalu pintu pagar pun terbuka. Yes!! inilah masa yang ditunggu-tunggu, aku memperkemaskan posisi, mata aku telah siap melekat pada teropong, anak mata aku pula telah fokus pada sasaran, dalam kepala hanya setengah juta RM, dalam kepala hanya mahu hapuskan manusia keparat, terlihat pintu kereta dibuka lalu berdiri lah satu susuk badan yang sudah lama aku tunggu, beberapa manusia lain mendekati si mafia itu, mata mereka liar memerhatikan keadaan sekeliling, tapi aku pasti mata mereka gagal mengesan kehadiran aku. Jari telunjuk aku sudah bersiap sedia untuk menarik picu, hanya dengan 1 das sahaja aku akan hantar rohnya ke neraka. Mata aku sangat terang, jantung aku berdegup dengan kencang, kelihatan si mafia itu seperti sedang cakap mengeluarkan suara pada telefon bimbit, takpe aku biarkan dia puas bersama suaranya. Tiba-tiba, pintu rumah terbuka lalu berlari seekor kucing gemuk lagi gebu serta bulunya panjang berwarna oren kearah mafia tersebut, aku hairan, si mafia itu tunduk dan ambil kucing gemuk itu, dia kelihatan amat mesra dengan kucing gemuk tersebut, aku pun turut rasa geram pada kucing gemuk itu, Damn!! macam mana nak 'shoot' ni?? "aaarrggghhh!!!" aku takut, aku cuak aku khuatir jika tembakan aku ini terkena kucing gemuk tersebut, dia tidak berdosa, dia tidak tahu apa-apa pun, dia hanya diberi perlindungan serta makan yang secukupnya oleh mafia tersebut. "Fuckkk..!!!" macam mana nak buat ni?? jika aku tari picu hanya 20% sahaja yang mungkin terkena sasaran selebihnya mungkin terkena pada kucing gemuk itu, sebab dia tak reti duduk diam didalam dakapan si mafia tersebut dan posisi aku sebagai pembunuh upahan juga akan tergugat, 'bodyguard' mafia itu pasti dapat kesan dan tangkap aku. "Habislah..." punah ranah segala harapan, hancur berkecai impian aku, Prague??, Venice??, Cape Town??. Aku cuba bidik kembali, malangnya si mafia tersebut telah berlalu pergi masuk kedalam rumah bersama dengan kucing gemuk yang aku pun tak sampai hati nak tengok.

"Damn...!! orang jahat memang lambat mati kan?? "

Sunday, 23 January 2011

Cebisan keindahan.










throw the ignorance.

Kita sudah sedia maklum yang dunia kita sudah semakin sakit, dunia kita sudah semakin panas, sumber bahan mentah semakin berkurangan, perubahan iklim semakin berleluasa, jika kawasan antartika seperti 'north pole' mahupun 'south pole' cair akibat 'global warming' yang sering ditujah kedalam pemikiran kita, maka satu bencana besar mungkin berlaku, paras air laut akan naik secara mendadak dan seperti yang kita pernah belajar keluasan laut dibumi ini adalah lebih kurang 3/4 dan ianya mampu untuk meneggelamkan mana² kawasan yang rendah dibumi ini. Maka semakin banyaklah syarikat² multinasional mahupun pihak kerajaan mana² negara pun berusaha keras untuk 'educate' orang ramai tentang permasalahan ini. Pelabagai jalan dan idea diwujudkan untuk bantu mengurangkan kadar pemanasan global seperti yang sering dibincangkan. Kita diseru untuk 'recycle' semua barang yang kita mahu buang, kita diminta guna 'reusable bag' atau 'eco friendly bag' bila hendak membeli belah, lupuskan penggunaan plastik juga kertas, barulah sibuk nak jaga hutan, barulah sibuk nak bersihkan sungai, barulah sibuk nak 'earth hour' barulah sibuk nak buat itu dan ini, persoalannya kenapa sekarang dan bukannya 30 atau 40 tahun yang lalu. Aku dan 'super wife' selalu jadikan ianya persoalan.

Adakah penggunaan 'eco friendly bag' atau tong sampah untuk buang barang² recycle sebagai satu penemuan baru didalam industri perkilangan?? sejauh mana ianya mampu untuk mengurangkan pencemaran?? WWF siapa yang taja?? GRENPEACE siapa yang taja?? atau mana² badan 'non - gorvemental', siapa yang taja??
Adakah ianya sekadar 'diversion tactic' untuk pastikan semua orang tidak gundah atau resah didalam mengharungi kehidupan didalam dunia yang penuh kejam ini dan pada masa yang sama sistem kapitalis terus kaut keuntungan disebalik penggunaan ayat PEMANASAN GLOBAL.

Love.

Kata orang cinta itu buta, cinta itu tidak mengenali rupa juga jiwa, cinta juga adalah suratan dan takdir, cinta itu tidak boleh dielak mahupun ditepis, cinta itu kadang² datang tanpa perlu dipaksa, cinta itu kadang² sukar untuk dijumpa. Tapi ada juga orang kata cinta itu mampu dijual juga mampu dibeli, cinta itu mampu dibuang juga mampu dilempar sejauh²nya, cinta itu karma, cinta itu hanya seks semata-mata.

 Jadi jika anda jatuh cinta apakah pilihan utama?? apakah definasinya..??

Saturday, 22 January 2011

Rest in peace.

Pagi semalam, aku terima satu teks ringkas dari beberapa orang rakan tentang pemergian seorang sahabat, seorang kenalan yang terlalu sukar untuk aku percaya kerana baru 2 minggu lepas aku jumpa die di Ipoh, dia nampak gembira, dia nampak tenang, Tajul Azhar atau lebih dikenali dengan nama Berat, seorang kenalan yang sangat 'friendly, kaki makan, kaki 'head banging', seorang bapa untuk seorang juga seorang bapa untuk rakan², seorang penulis lirik, seorang penyanyi, seorang penggerak dan pejuang muzik underground di Ipoh, diantara perintis muzik 'slaming brutal', seorang yang 'easy to go', seorang yang selalu berdiri teguh setiap kali band aku beraksi di Ipoh juga mana² tempat lain yang dia ada, seorang yang cekal, seorang yang cuba sorokkan segala kepedihan, seorang yang lucu, seorang yang mudah ketawa seorang yang 'cool' juga seorang yang sangat disenangi, walaupun detik perkenalan kita tidak mencecah hingga bertahun² mahupun berdekad² tapi aku angkat kau untuk duduk didalam lingkaran persahabatan milik aku dan yang lain².



Tajul Azhar@ Berat, dunia ini terlalu penuh dengan penipuan untuk kau, hidup ini terlalu penuh dengan kesengsaraan, hidup ini terlalu sarat dengan 'pathetic' juga konflik, bila langit terbuka luas maka ianya untuk kau terus damai disana, pergilah, pergilah dengan hati dan jiwa yang tenang. Kami disini akan terus simpan dan kunci memori untuk kita menghayatinya bersama² disana nanti.
Selamat jalan.

Wednesday, 19 January 2011

Wound, pain and healing.

Sedalam mana sebuah kesakitan, sesakit mana sebuah keperitan, juga selemah mana kita harungi sebuah kepahitan, lambat laun kita pasti terima tidak kira sama ada jiwa remuk atau hati berkecamuk. Sejak beberapa bulan yang lalu aku ade ikuti sebuah kisah yang ditulis dari satu blog kepunyaan seorang wanita yang telah berkahwin dan punya seorang anak, dia mendapat peluang untuk melanjutkan pelajarannya di kota London dan dia pergi kesana bersama² dengan suami yang tercinta serta anak yang tersayang, kehidupan mereka sangat manis, sangat tenteram, sangat bahagia, disampin suaminya bekerja, dan juga anaknya bersekolah, selama mana mereka akan menetap disana aku tidak pasti, cuma yang aku lihat, mereka sedang hargai erti sebuah kehidupan melalui setiap entri dan juga gambar yang di-'post' kan oleh wanita tersebut. Dia adalah seorang rakan kepada rakan aku dan disebabkan oleh itulah aku dapat tahu tentang blog dia. Tuhan maha kuasa, Tuhan maha penyayang dan tuhan juga maha mengetahui, bulan lepas suaminya telah pergi meninggalkan dia dan anaknya diatas kuasal Ilahi dan takkan kembali sampai bila², satu pemergian yang sangat² tidak disangka, aku yang selalu melewati blognya pun rasa terkejut dengan pemergiannya, satu episod sedih sedang berlaku keatas satu watak, maka dari sebulan yang lalu aku hanya dapat membaca cerita² pahit lagi perit melalui blog wanita ini. Yes, aku sebak setiap kali membaca blognya dan perkara ini mengingatkan aku pada kisah 20 tahun yang lalu, ianya tentang kisah pedih aku, kisah pahit dan perit milik emak aku, bapa aku pergi untuk selama²nya tanpa dirancang dan kami terpaksa terus 'survive' didalam dunia yang penuh dengan warna-warna. Hari² aku dapat lihat emak aku basah kerana air mata, hari² aku lihat mak aku lenjun dengan kesedihan dan yang aku ingat, aku hanya menangis sekali sahaja didepan emak aku itupun ketika menetap wajah bapa aku untuk kali yang terakhir. Emak aku cakap "takpe, mak ade untuk jaga..". Sejak dari itu jika aku hendak menangis aku akan duduk diam didalam bilik ataupun didalam bilik air, aku seboleh²nya akan cuba sorok kesedihan dari emak aku. Sebab aku tahu dia sudah cukup terima pelbagai dugaan, dia sudah cukup terima pelbagai kesakitan. Lama² aku sedar yang hidup ini bukan untuk meratap setiap pemergian, hidup ini bukan untuk mengucap setiap perpisahan, aku bangun, aku berdiri, aku berlari dan seterusnya cuba terbang. Aku tak perlu fikir tentang kesakitan, tentang kesedihan juga keperitan. aku perlu semua itu untuk terus berdiri diatas dunia yang nyata, hidup ini 'real', hidup ini juga 'solid', harus buat sesuatu dan aku pasti emak aku juga fikir begitu.

"Pain and death are part of life. To reject them is to reject life itself"

Soalan dari seorang pengembara.

"Man lives by imagination".

Siapa setuju??

Monday, 17 January 2011

Tatt av kvinnen

'Gone with the woman' adalah sebuah filem dari Norway yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang terperangkap disebalik kisah cintanya dengan seorang perempuan, duduk bersembang berdua²an, memasak, 'making love', 'travel by eurotrain' hingga ke France, kemudian bergaduh lalu teman wanitanya berlalu pergi, jumpa pula dengan 'French girl', tapi mengambil keputusan untuk pulang ke Norway, bercinta semula dengan teman wanitanya, tapi baru sedar yang teman wanitanya 'betray' hubungan mereka dengan bercinta dengan lelaki lain, mula belajar bahasa France, mula bersihkan kehidupan, tapi teman wanitanya datang semula dalam hidup dan mereka mula berkawan dan seterusnya merelakan sebuah lagi episod percintaan. Damn!!
apakah penghabisan jalan cerita dalam filem ini?? cubalah download dan tonton, sebab aku pun tak berjaya untuk habiskan filem ini kerana dvd parah tercalar. Tapi aku sangat bercinta dengan filem² sebegini, banyak unsur² tersurat dan tersirat disebalik metafora yang dihasilkan juga keindahan filem ini yang mampu menaikkan nafsu aku untuk ke Norway juga France.



Saturday, 15 January 2011

Bebas

Malam minggu, candy buffet, nasi lemak ayam goreng, nasi dagang ikan tongkol, lai chee kang, air suam, arabica bean, a jug of coffee,'chill', American eagle, lagu 'Hole in the earth' hujan, Bangsar village, manusia-manusia plastik dan juga bersama dengan 'super wife' aku benar-benar rasa seperti sedang terbang bebas merentas ke setiap lapisan atmosfera.

Hidup perlu bebas, kan??

Friday, 14 January 2011

Secebis inspirasi.

Who's gonna tell you when, It's too late, Who's gonna tell you things, Aren't so great. You can't go on, thinking, Nothing's wrong, but bye, Who's gonna drive you home, Tonight? Who's gonna pick you up, When you fall? Who's gonna hang it up, When you call? Who's gonna pay attention, To your dreams? And who's gonna plug their ears, When you scream? Who's gonna hold you down, When you shake? Who's gonna come around, When you break? You can't go on, thinking, Nothing's wrong, but bye,

Who's gonna drive you home, tonight?

Written by Ric Ocasek.

Viva la Ipoh.











Thursday, 13 January 2011

Kapitalisma

Sistem kapitalisma. Sejak aku faham tentang sistem ini selepas habis sekolah dulu aku sudah mula tentang, aku sudah mula lawan, tapi untuk terus hidup didalam dunia yang kejam ini, aku tak cukup kuat untuk melawan arus gelombangnya, ditambah pula sistem ini disokong sekuat²nya oleh 'Freemason', kumpulan² iluminati, juga pecahan² yang lain selepas kegagalan 'the knight templar' dibumi arab beratus² tahun yang lalu, tapi itu kisah lain, persoalan yang timbul, sejauh mana kita faham dan arif tentang budaya kapitalisma. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak pernah makan burger di Mc'donald, tipulah kalau aku tak pernah teguk bergelas² kopi di Starbuck, tipulah aku jika aku tidak pernah makan pizza di Pizza Hut mahupun domino, bohonglah aku jika tidak pernah pakai kasut Converse atau pakaian² berjenama, kencinglah aku jika tidak pernah lansung pergi lihat aksi band antarabangsa di siri konsert² mereka, dengar lagu dari band² kegemaran yang telah duduk dibawah major label, mahupun tonton filem² yang gah serta punya maksud yang tersirat juga tersurat. Yes, aku memang tidak mampu untuk lawan semua itu, kerana semua itu terlibat secara lansung didalam kehidupan kita seharian, kotak tv, corong radio, komputer, internet, telefon bimbit dan kesemuanya disekeliling kita adalah satu sistem kapitalisma. Kita berada didalam sebuah peperangan senyap yang kita semua lansung tidak sedar untuk itu. Jadi dalam hal ini, aku tidak salahkan sesiapa yang cuba berjuang secara ekstrem untuk menentang sistem kapitalisma, aku juga tidak salahkan sesiapa yang bekerja dengan cara memasuki kedalam sistem kapitalisma itu sendiri lalu hancurkannya dari dalam, jika berjaya. Cuma sekelumit harapan agar ramai diantara kita dan kalau boleh biarlah semua faham dan mengerti tentang apa itu sistem kapitalisma, kau tak perlu terpekik dan terlolong untuk 'against' semua benda dan tiba² tak sampai beberapa hari kemudiannya kau menyokong pula sistem itu akibat dari kelalaian yang kau serap sendiri. Bagi aku cukup mudah, penuhkan pengetahuan tentang semua perkara kerana "knowledge is king" dan cuba elakkan sebanyak mana yang mungkin untuk terus terjerat didalam sistem ini dan yang paling penting, cuba jadi 'cool' dan tidak cepat melatah.

Petang semalam.

Petang sudah berlabuh, burung sudah mula terbang berkawan-kawan untuk pulang ke sarang masing-masing, malangnya kerja aku masih lagi berkoyan-koyan hingga kepala berpusing-pusing. BErselirat seperti biasa hingga mampu untuk putuskan segala urat-urat dikepala, hati sudah mula fikir tentang rumah, jiwa sudah mula terpanggil untuk pulang walaupun jarum pendek dan panjang didinding masih belum sampai ke nombor yang sepatutnya. Aku pasrah duduk bersama-sama dengan yang lain sambil tangan dan mata fokus pada setiap kerja, dengan harapan esok pagi aku sudah boleh tutup cerita tentang hari ini. Tiba-tiba bunyi dari telefon bimbit keluar tanda da pesanan ringkas yang perlu dibaca. Aku buka dan baca di kaca skrin.

"Weh..wekeend ni jom pegi buat BBQ, nak tak??" mesej dari seorang rakan.

Aku dengan sepantas kilat terus balas "Adoi..kau nk BBQ kt mane Boy..??"

43 saat kemudian pesanan teks ringkas masuk "Kat kemensah, situ ade sungai, best la.."

"Ape bende kau ni?? mane ade org buat BBQ kt tepi sungai lagi..aku tak nak join la..maksiat!!!" Balas aku.

7 saat kemudian teks ringkas masuk lagi "Cibai lah.."

That's it..!! aku kemas semua barang, 'shut down' pc dan terus angkat kaki. Perasaan kelakar bercampur marah bila ada orang bagi teks ringkas dan ajak pegi buat aktiviti soal buang masa seperti BBQ di tepi sungai.

Wednesday, 12 January 2011

Vielen Dank

Malam tadi, ketika sedang baring sambil meluahkan cerita² klasik lama tentang teman² baik yang pernah melewati hidup aku sepanjang 7 atau 8 tahun lalu kepada 'super wife'. Aku gelak, aku ketawa, aku sebak dan aku juga bersahaja. Ketika kepala ditenggelami oleh bantal yang empuk, ketika mata hanya disinari dengan limpahan kecil cahaya melalui ruang² gelap, aku terkejut apabila tangan aku tersentuh dengan sekeping kertas berlipat disebalik bantal, aku tarik dan aku terus bingkas bangun dan duduk diantara dua sujud, dengan bantuan cahaya dari skrin telefon bimbit, aku suluh kepada kertas yang telipat rapi sambil diikat erat oleh sejalur 'ribbon' berwarna coklat. Aku tanya pada 'super wife' aku.

"ape ni sayang..??"

Dia jawab "entah..ape tu??"

Aku terus buka dengan hati tertanya, lalu aku baca. Damn..!!, Fuck..!! 2 keping tiket untuk konsert DEFTONES di Kuala Lumpur telah pun dibeli. Siapa lagi kalau bukan 'super wife' aku yang 'cool' beri hadiah istimewa ini. Terima kasih yang tak terhingga to my 'super wife'

"U are the best"

Monday, 10 January 2011

Dreamer's dream.

Aku suka 'travel', aku suka tengok gaya hidup masyarakat disetiap tempat yang aku pergi, dan dibawah adalah beberapa tempat yang aku simpan impian untuk pergi, dan kenapa aku mahu pergi,

NEW YORK
Aku tidak lah teringin untuk jejakkan kaki ke Amerika syarikat, lebih² lagi dengan masalah visa yang sering menganggu, tapi jika diberi peluang aku memang teringin untuk ke New York, sebab aku mahu cari restoran hamburger yang diceritakan oleh Marshall dalam siri 'How i met your mother', perihal lain aku tak mahu ambil peduli pun.

ROME
Seperti yang semua sedia maklum Rome, terletak di italy, sebuah bandar yang sangat menarik untuk dilawati, pelbagai teori sejarah roman mungkin dapat diserap apabila melawat Rome, tapi bagi aku melawat kedai² Pizza yang menggunakan oven batu-bata dimana usia oven tersebut telah lebih 100 tahun adalah paling mengembirakan.

SEOUL
Aku pun tak pasti kenapa perlu aku pergi melawat tempat diatas, cuma mungkin aku boleh cuba untuk berhentikan dominasi serta fenomena K-Pop dan bawa masuk 'rock scene' kesana.

Bersambung . . .


p/s : Jika ada masa aku akan post 1 entri khas bagaimana untuk 'survive' dinegara orang dengan hanya berbekalkan beberapa keping duit kertas.

Comforting words

Biar sekeras mana pun kesusahan, biar sepahit mana pun kepahitan, biar seperit mana pun keperitan.

"Keep smilling"

Learn mathematics while singing.

Antara subjek paling tidak popular dalam diri aku pada zaman sekolah dulu adalah matematik, aku pun tidak pasti kenapa aku kurang minat matematik, mungkin neuron² dalam otak tidak mampu berfungsi dengan baik pada ketika itu, atau mungkin aku banyak main pada waktu itu, tapi secara logiknya matematik sangat penting didalam kehidupan kita seharian, jadi persoalannya jika negara ini jual kira-kira 700,000 ribu tong minyak sehari pada kadar $130USD se-tong, ini bermakna perolehan negara untuk setahun adalah $33 billion USD bersamaan RM126 billion. Jika 10 tahun ianya mampu melebihi 1 trillion ringgit. Persoalannya apa yang kerajaan negara ini boleh beli dengan hasil kutipan rm1 trillion??

Mengecilkan kuasa membeli rakyat Malaysia.

Nasi kandar


Nasi kandar, adalah sejenis makanan yang sangat mendapat tempat dihati masyarakat negara ini, keenakan campuran karinya beserta dengan ayam, daging, ikan atau udang telah berjaya menaikkan nafsu bagi sesiapa saja yang memakannya, walaubagaimana pun tidak semua kedai nasi kandar mempunyai rasa yang sedap dan enak, dalam ertikata lain, jika anda terlihat papantanda besar yang bertulis restoran nasi kandar belum tentu boleh menjanjikan kualiti serta mutu rasa yang terbaik. Bagi aku ada beberapa kedai pilihan yang sangat² terbaik dan setiap kedai pilihan aku mempunyai rasa nasi kandar yang tersendiri, contohnya ada kedai yang ayam gorengnya terbaik, ada kedai yang daging kicapnya seperti terkena kejutan elektrik bila disuapkan kedalam mulut, ada kedai yang ikannya berlemak dan seperti cair didalam mulut. Nah lupakan tentang rasa nasi kandar, aku cuma mahu bercerita tentang adab² ketika hendak makan nasi kandar. Sila rujuk dibawah,

1. Sila beratur ketika hendak mengambil nasi kandar

2. Ketika beratur sila fikir lauk apa yang kita inginkan agar tidak terpinga² ketika hendak mengambil lauk,    kesian orang lain yang beratur panjang dibelakang.

3. Sila makan pakai tangan, kerana dengan cara sedimikian saja kita boleh nikmati keindahan nasi kandar, makan pakai sudu?? sila pergi ke kedai tomyam.

4. Sila makan sampai pinggan licin.

5. Jika hendak basuh tangan pastikan bau kari masih melekat kerana dengan cara itu saja kita boleh berlagak dengan orang lain yang kita baru saja selesai makan nasi kandar.

6. Jika kedai ramai orang dan tempat duduk kurang, kita mungkin boleh berkongsi meja dengan orang lain, kerana sesiapa saja yang menggemari nasi kandar adalah seperti keluarga kita.

7. Selepas basuh tangan, cukup dengan hisap rokok sebatang dan habiskan air lalu terus bangun, kerana masih ramai lagi orang lain yang hendak makan dan perlukan meja, jadikan ianya salah satu 'culture'
(tolong jangan buat bodoh dan nak bersembang hal politik, masa depan, hal saudara mara dan lain² lagi, kerana kedai nasi kandar adalah tempat untuk menikmati makanan yang terbaik, bukan untuk bersembang)

8. Jangan kedekut untuk sebarkan pada rakan juga saudara mara tentang kedai nasi kandar yang pernah anda lawati, supaya mereka juga dapat rasa apa yang kita rasa.

Sekian,

Friday, 7 January 2011

Lets play guitar

aku suke dengar lagu ini pada hari ahad pagi, sebelum bangun dan mandi juga sambil minum kopi dan 'having brunch'.

Kisah mitos #1

Kehidupan semakin sempit, aku perlukan wang untuk terus hidup, tanpa wang semua seperti habuk dan debu yang bertaburan dan berkeliaran mengelilingi udara, 3 orang rakan aku juga turut sama rasa apa yang aku rasa, bekerja setiap hari belum tentu mampu untuk tampung segala keperluan, lalu kami ambil jalan mudah untuk menjadi perompak, ini cerita nekad, ini cerita berani mati, cuma bezanya kami tidak merompak bank, mahupun kedai emas, kerana telah banyak adengan rompakan bank dan kedai emas tumpas ditangan pihak berkuasa, lagipun ianya seperti sudah agak ketinggalan, dah banyak 'movie' hasilkan cerita rompakan bank dan kedai emas. Kami terdesak, kami juga dalam keadaan sesak, lalu satu keputusan bijak telah diambil. Wan cadangkan kami merompak Mc'd drive thru, ade satu Mc'd ditepi lebuhraya yang lokasinya juga berada didalam lingkungan pinggir bandar, waktu operasi 24jam dan kami akan mula merompak pada sekitar jam 3 pagi pada hari rabu, kerana 'on weekdays' sudah pasti ramai yang sudah pulang kerumah dan tidur awal kerana hendak bekerja pada esok harinya. Persoalannya kenapa Mc'D, bagi aku senang saja kerana ianya syarikat multinasional dan telah berjaya lipat duit pembeli dengan kadar yang paling maksimum, jadi tidak hairanlah jika kami berjaya rompak tiga atau empat ribu pada malam tersebut. Segala perancangan telah siap dirancang, caranya sangat mudah, pandu kereta seperti biasa, seperti mahu 'order' burger, sampai dikotak suara, 'order' seperti biasa, lalu operator akan beri sebut harga dan aku akan pandu kedepan, ke kaunter bayaran dan pada waktu itulah kami akan mengeluarkan senapang patah dan juga pistol untuk diacukan pada 'cashier' tersebut, kami tidakkan akan lepaskan tembakan, kami hanya akan menjerit dan minta dia keluarkan semua duit, lagipun senapang patah dan pistol tersebut hanyalah palsu belaka. Lalu seperti yang dirancangkan kami berempat masuk kedalam kereta dan terus memandu ke lokasi yang diperkatakan, sampai saja di kawasan 'drive thru' memang kawasannya sunyi, yang kedengaran hanya lagu DEFTONES 'be quite & drive' yang keluar dari corong radio kereta aku. di tempat duduk belakang Aji sedang hisap rokok sambil menghembus asap keluar, Man pula disebelahnya duduk malas seperti tulang belakang sudah tiada, Wan disisi aku dengan riak muka 'excited',  lalu kami perlahakan kenderaan dan terus ke kotak suara. aku pulas knob stereo untuk perlahankan bunyi muzik yang keluar.

"selamat datang, ingin pesan apa-apa" suara dari corong speaker.

Kami yang berlagak cool "Bagi saya 4 set mc'deluxe, tapi 2 set tu nak tukar kepada kopi, boleh?"

"baik, ada apa-apa nak tambah lagi encik" tanya suara yang keluar dari corong speaker.

Wan cantas "nugget 20 pieces..!!"

"Hoi, mane ade 20 biji lah..12 cukup lah.." sambung Man.

Wan sambung, " Oh yeke..hah 12 pieces"

"Kau ingat nk makan je an..." Celah Aji.

Wan cantas lagi "kau buat rilek je..."

"Terima kasih, sila buat bayaran didepan" suara dari corong speaker.

Aku jawab "Thanks again..."

Aku tekan brek sebelum sampai ke cashier, kami keluarkan senjata, muka ditutup dengan topeng joker dan ultraman, Aji hanya pakai kaca mata hitam dengan harapan orang tidak kenal dia, Wan buka baju supaya orang nampak seperti kami bawa seekor beruang koala yang comel sebab bulu perut wan tebal lagi panjang, Man terlelap (apa pun tak boleh), sampai sahaja di kaunter bayaran, aku terus keluarkan pistol, Aji keluarkan senapang patah, Wan pula keluar dari kereta sambil pegang parang panjang lalu bergegas ke arah kaunter, Man pula baru tersedar dari lelap,

"Aji apesal Wan keluar??" Tanya aku pada Aji.

Belum sempat aji hendak jawab Wan dah jerit sekuat² hatinya pada cashier yang bertugas malam itu.

"Diam...!!! diam..!! ini bukan rompakan, tapi dengar je apa yang aku suruh buat" Jerit Wan,

Aku dan Aji telah siap sedia acu senjata ke arah cashier tersebut, Man baru nak nyalakan rokok, manakala 'cashier' tersebut diam kaku serta takut,

Wan jerit lagi "Keluarkan semua duit yang ada...!! cepat..cepat!! aku takde masa ni.."

'Cashier itu hanya dengar dan ikut perintah Wan, habis semua duit dia kaut dan masukkan kedalam plastik, penuh dua beg plastik dan dia beri pada Wan dan wan terus campak kearah aku, hati aku gembira, Aji tersenyum.

"Ok jom...kau jalan sampai depan sane.." Jelas Wan.

Aku cantas, "Apehal pulak, kau naiklah kereta sekarang..kite takde mase dah ni, nanti orang nampak.."

Wan terus berlari kearah kaunter didepan dengan keadaan tidak berbaju dan tangan pegang parang, aku tekan pedal minyak menyusuri Wan, lalu terdengar suara beberapa orang perempuan menjerit, mungkin mereka terkejut tengok Wan, mungkin mereka sangsi sama ada Wan manusia atau beruang.

"Jangan bergerak semua...!! bagi aku semua burger yang ade tu...dengan Ayam goreng tu sekali..Cepat!! cepat!!" Jerit Wan.

Aku tepuk kepala..

Wan datang kearah cermin kereta sambil ditangan pegang 2 beg plastik warna putih dan cakap pada aku

"Korang nak ape² tak...aku pegi amek.."

Aji Cantas "Tu kat tangan kau tu tak cukup ke??"

"Entah..!! banyak mane nak makan wan" Sambunng Man,

Wan terus celah "Ok sorang amek 2 prosperity burger, nak tak?? aku mintak extra fries..."

"Babi la die ni..." Aji

Man cantas "bukan...die benda bukan babi..kimak"

Wan terus berlari kearah kaunter lalu jerit "Aku nak 6 prosperity, fries penuhkan satu plastik...cepat..!!cepat..!!

Tiba² tidak jauh samar² kelihatan cahaya biru berkelip-kelip, berpusing-pusing juga berpinar-pinar.

"Wan..!!! cepat..polis datang..!!" Jerit aku..

Wan lari dengan deras tapi ambil masa yang agak lama untuk sampai ke kereta, sejurus dia masuk sambil baling kesemua plastik yang penuh dengan burger, air, juga kentang, kereta polis pula sudah semakin hampir, aku terus tekan pedal minyak dan cuba pecut selaju²nya dan pada masa yang sama kereta polis mengekeori kami, Wan tercungap², Man panik, aku pun sama, lalu Aji capai 1 plastik dan terus lempar kearah kereta polis, habis berderai segala roti, daging juga sayur²an lalu melekat dihadapan cermin kereta polis, lalu terus berhenti secara mengejut dan kami berjaya lepaskan diri, aku tekan pedal minyak sekuat yang boleh.

"Babi la Aji, apesal kau baling plastik tu.." Keluh Wan.

Aji cabut kacamata hitam dan besarkan mata lalu cakap "Hotak kau..polis kejar kite, kena la baling, kalau tak macam mane?? kau nak muke keluar surat khabar tulis 'empat perompak ditahan kerana rompak burger dan fries?? kau nak??

"Ahahahahah..."

Kisah picisan dari Saigon #2








Thursday, 6 January 2011

Hectic with miracle.

Sejak akhir² ini, aku agak sibuk dengan projek 'part-time' yang dikendalikan oleh 'super wife' aku, kami mengusahakan beberapa kerja untuk projek² perkahwinan terutama sekali didalam hal penyedian bunga² segar, segala macam dekorasi hasil² seni berjaya dibuat untuk memeriahkan setiap majlis perkahwinan, Yes untuk terus 'survive' didalam dunia yang kejam ini kita perlukan 'kapital' demi untuk pastikan kehidupan kita penuh dengan warna-warni, demi untuk pastikan kehidupan kita jauh dari pelbagai perkara yang memeritkan dan menyakitkan, kita perlu berusaha untuk keluar dari segala kesusahan, jadi pada masa yang sama juga aku dan 'super wife' akan berjumpa dengan pelbagai jenis 'client' untuk membincangkan apa keperluan yang perlu demi untuk pastikan 'client' kami berpuashati dengan hasil kerja seni kami, dan satu perkara paling ajaib yang sering aku lihat dan perkatakan didalam hati aku adalah.

dalam berjuta manusia dari seluruh pelusuk dunia, yang pada mulanya tiada petanda, tanpa tanda tanya dan akhirnya mereka bersatu menjadi satu, "miracle kan??"
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law