Sunday, 23 January 2011

throw the ignorance.

Kita sudah sedia maklum yang dunia kita sudah semakin sakit, dunia kita sudah semakin panas, sumber bahan mentah semakin berkurangan, perubahan iklim semakin berleluasa, jika kawasan antartika seperti 'north pole' mahupun 'south pole' cair akibat 'global warming' yang sering ditujah kedalam pemikiran kita, maka satu bencana besar mungkin berlaku, paras air laut akan naik secara mendadak dan seperti yang kita pernah belajar keluasan laut dibumi ini adalah lebih kurang 3/4 dan ianya mampu untuk meneggelamkan mana² kawasan yang rendah dibumi ini. Maka semakin banyaklah syarikat² multinasional mahupun pihak kerajaan mana² negara pun berusaha keras untuk 'educate' orang ramai tentang permasalahan ini. Pelabagai jalan dan idea diwujudkan untuk bantu mengurangkan kadar pemanasan global seperti yang sering dibincangkan. Kita diseru untuk 'recycle' semua barang yang kita mahu buang, kita diminta guna 'reusable bag' atau 'eco friendly bag' bila hendak membeli belah, lupuskan penggunaan plastik juga kertas, barulah sibuk nak jaga hutan, barulah sibuk nak bersihkan sungai, barulah sibuk nak 'earth hour' barulah sibuk nak buat itu dan ini, persoalannya kenapa sekarang dan bukannya 30 atau 40 tahun yang lalu. Aku dan 'super wife' selalu jadikan ianya persoalan.

Adakah penggunaan 'eco friendly bag' atau tong sampah untuk buang barang² recycle sebagai satu penemuan baru didalam industri perkilangan?? sejauh mana ianya mampu untuk mengurangkan pencemaran?? WWF siapa yang taja?? GRENPEACE siapa yang taja?? atau mana² badan 'non - gorvemental', siapa yang taja??
Adakah ianya sekadar 'diversion tactic' untuk pastikan semua orang tidak gundah atau resah didalam mengharungi kehidupan didalam dunia yang penuh kejam ini dan pada masa yang sama sistem kapitalis terus kaut keuntungan disebalik penggunaan ayat PEMANASAN GLOBAL.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law