Saturday, 22 January 2011

Rest in peace.

Pagi semalam, aku terima satu teks ringkas dari beberapa orang rakan tentang pemergian seorang sahabat, seorang kenalan yang terlalu sukar untuk aku percaya kerana baru 2 minggu lepas aku jumpa die di Ipoh, dia nampak gembira, dia nampak tenang, Tajul Azhar atau lebih dikenali dengan nama Berat, seorang kenalan yang sangat 'friendly, kaki makan, kaki 'head banging', seorang bapa untuk seorang juga seorang bapa untuk rakan², seorang penulis lirik, seorang penyanyi, seorang penggerak dan pejuang muzik underground di Ipoh, diantara perintis muzik 'slaming brutal', seorang yang 'easy to go', seorang yang selalu berdiri teguh setiap kali band aku beraksi di Ipoh juga mana² tempat lain yang dia ada, seorang yang cekal, seorang yang cuba sorokkan segala kepedihan, seorang yang lucu, seorang yang mudah ketawa seorang yang 'cool' juga seorang yang sangat disenangi, walaupun detik perkenalan kita tidak mencecah hingga bertahun² mahupun berdekad² tapi aku angkat kau untuk duduk didalam lingkaran persahabatan milik aku dan yang lain².



Tajul Azhar@ Berat, dunia ini terlalu penuh dengan penipuan untuk kau, hidup ini terlalu penuh dengan kesengsaraan, hidup ini terlalu sarat dengan 'pathetic' juga konflik, bila langit terbuka luas maka ianya untuk kau terus damai disana, pergilah, pergilah dengan hati dan jiwa yang tenang. Kami disini akan terus simpan dan kunci memori untuk kita menghayatinya bersama² disana nanti.
Selamat jalan.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law