Thursday, 13 January 2011

Kapitalisma

Sistem kapitalisma. Sejak aku faham tentang sistem ini selepas habis sekolah dulu aku sudah mula tentang, aku sudah mula lawan, tapi untuk terus hidup didalam dunia yang kejam ini, aku tak cukup kuat untuk melawan arus gelombangnya, ditambah pula sistem ini disokong sekuat²nya oleh 'Freemason', kumpulan² iluminati, juga pecahan² yang lain selepas kegagalan 'the knight templar' dibumi arab beratus² tahun yang lalu, tapi itu kisah lain, persoalan yang timbul, sejauh mana kita faham dan arif tentang budaya kapitalisma. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak pernah makan burger di Mc'donald, tipulah kalau aku tak pernah teguk bergelas² kopi di Starbuck, tipulah aku jika aku tidak pernah makan pizza di Pizza Hut mahupun domino, bohonglah aku jika tidak pernah pakai kasut Converse atau pakaian² berjenama, kencinglah aku jika tidak pernah lansung pergi lihat aksi band antarabangsa di siri konsert² mereka, dengar lagu dari band² kegemaran yang telah duduk dibawah major label, mahupun tonton filem² yang gah serta punya maksud yang tersirat juga tersurat. Yes, aku memang tidak mampu untuk lawan semua itu, kerana semua itu terlibat secara lansung didalam kehidupan kita seharian, kotak tv, corong radio, komputer, internet, telefon bimbit dan kesemuanya disekeliling kita adalah satu sistem kapitalisma. Kita berada didalam sebuah peperangan senyap yang kita semua lansung tidak sedar untuk itu. Jadi dalam hal ini, aku tidak salahkan sesiapa yang cuba berjuang secara ekstrem untuk menentang sistem kapitalisma, aku juga tidak salahkan sesiapa yang bekerja dengan cara memasuki kedalam sistem kapitalisma itu sendiri lalu hancurkannya dari dalam, jika berjaya. Cuma sekelumit harapan agar ramai diantara kita dan kalau boleh biarlah semua faham dan mengerti tentang apa itu sistem kapitalisma, kau tak perlu terpekik dan terlolong untuk 'against' semua benda dan tiba² tak sampai beberapa hari kemudiannya kau menyokong pula sistem itu akibat dari kelalaian yang kau serap sendiri. Bagi aku cukup mudah, penuhkan pengetahuan tentang semua perkara kerana "knowledge is king" dan cuba elakkan sebanyak mana yang mungkin untuk terus terjerat didalam sistem ini dan yang paling penting, cuba jadi 'cool' dan tidak cepat melatah.

1 comments:

FudhaiL said...

yeahhh..i like...

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law