Kehidupan semakin sempit, aku perlukan wang untuk terus hidup, tanpa wang semua seperti habuk dan debu yang bertaburan dan berkeliaran mengelilingi udara, 3 orang rakan aku juga turut sama rasa apa yang aku rasa, bekerja setiap hari belum tentu mampu untuk tampung segala keperluan, lalu kami ambil jalan mudah untuk menjadi perompak, ini cerita nekad, ini cerita berani mati, cuma bezanya kami tidak merompak bank, mahupun kedai emas, kerana telah banyak adengan rompakan bank dan kedai emas tumpas ditangan pihak berkuasa, lagipun ianya seperti sudah agak ketinggalan, dah banyak 'movie' hasilkan cerita rompakan bank dan kedai emas. Kami terdesak, kami juga dalam keadaan sesak, lalu satu keputusan bijak telah diambil. Wan cadangkan kami merompak Mc'd drive thru, ade satu Mc'd ditepi lebuhraya yang lokasinya juga berada didalam lingkungan pinggir bandar, waktu operasi 24jam dan kami akan mula merompak pada sekitar jam 3 pagi pada hari rabu, kerana 'on weekdays' sudah pasti ramai yang sudah pulang kerumah dan tidur awal kerana hendak bekerja pada esok harinya. Persoalannya kenapa Mc'D, bagi aku senang saja kerana ianya syarikat multinasional dan telah berjaya lipat duit pembeli dengan kadar yang paling maksimum, jadi tidak hairanlah jika kami berjaya rompak tiga atau empat ribu pada malam tersebut. Segala perancangan telah siap dirancang, caranya sangat mudah, pandu kereta seperti biasa, seperti mahu 'order' burger, sampai dikotak suara, 'order' seperti biasa, lalu operator akan beri sebut harga dan aku akan pandu kedepan, ke kaunter bayaran dan pada waktu itulah kami akan mengeluarkan senapang patah dan juga pistol untuk diacukan pada 'cashier' tersebut, kami tidakkan akan lepaskan tembakan, kami hanya akan menjerit dan minta dia keluarkan semua duit, lagipun senapang patah dan pistol tersebut hanyalah palsu belaka. Lalu seperti yang dirancangkan kami berempat masuk kedalam kereta dan terus memandu ke lokasi yang diperkatakan, sampai saja di kawasan 'drive thru' memang kawasannya sunyi, yang kedengaran hanya lagu DEFTONES 'be quite & drive' yang keluar dari corong radio kereta aku. di tempat duduk belakang Aji sedang hisap rokok sambil menghembus asap keluar, Man pula disebelahnya duduk malas seperti tulang belakang sudah tiada, Wan disisi aku dengan riak muka 'excited', lalu kami perlahakan kenderaan dan terus ke kotak suara. aku pulas knob stereo untuk perlahankan bunyi muzik yang keluar.
"selamat datang, ingin pesan apa-apa" suara dari corong speaker.
Kami yang berlagak cool "Bagi saya 4 set mc'deluxe, tapi 2 set tu nak tukar kepada kopi, boleh?"
"baik, ada apa-apa nak tambah lagi encik" tanya suara yang keluar dari corong speaker.
Wan cantas "nugget 20 pieces..!!"
"Hoi, mane ade 20 biji lah..12 cukup lah.." sambung Man.
Wan sambung, " Oh yeke..hah 12 pieces"
"Kau ingat nk makan je an..." Celah Aji.
Wan cantas lagi "kau buat rilek je..."
"Terima kasih, sila buat bayaran didepan" suara dari corong speaker.
Aku jawab "Thanks again..."
Aku tekan brek sebelum sampai ke cashier, kami keluarkan senjata, muka ditutup dengan topeng joker dan ultraman, Aji hanya pakai kaca mata hitam dengan harapan orang tidak kenal dia, Wan buka baju supaya orang nampak seperti kami bawa seekor beruang koala yang comel sebab bulu perut wan tebal lagi panjang, Man terlelap (apa pun tak boleh), sampai sahaja di kaunter bayaran, aku terus keluarkan pistol, Aji keluarkan senapang patah, Wan pula keluar dari kereta sambil pegang parang panjang lalu bergegas ke arah kaunter, Man pula baru tersedar dari lelap,
"Aji apesal Wan keluar??" Tanya aku pada Aji.
Belum sempat aji hendak jawab Wan dah jerit sekuat² hatinya pada cashier yang bertugas malam itu.
"Diam...!!! diam..!! ini bukan rompakan, tapi dengar je apa yang aku suruh buat" Jerit Wan,
Aku dan Aji telah siap sedia acu senjata ke arah cashier tersebut, Man baru nak nyalakan rokok, manakala 'cashier' tersebut diam kaku serta takut,
Wan jerit lagi "Keluarkan semua duit yang ada...!! cepat..cepat!! aku takde masa ni.."
'Cashier itu hanya dengar dan ikut perintah Wan, habis semua duit dia kaut dan masukkan kedalam plastik, penuh dua beg plastik dan dia beri pada Wan dan wan terus campak kearah aku, hati aku gembira, Aji tersenyum.
"Ok jom...kau jalan sampai depan sane.." Jelas Wan.
Aku cantas, "Apehal pulak, kau naiklah kereta sekarang..kite takde mase dah ni, nanti orang nampak.."
Wan terus berlari kearah kaunter didepan dengan keadaan tidak berbaju dan tangan pegang parang, aku tekan pedal minyak menyusuri Wan, lalu terdengar suara beberapa orang perempuan menjerit, mungkin mereka terkejut tengok Wan, mungkin mereka sangsi sama ada Wan manusia atau beruang.
"Jangan bergerak semua...!! bagi aku semua burger yang ade tu...dengan Ayam goreng tu sekali..Cepat!! cepat!!" Jerit Wan.
Aku tepuk kepala..
Wan datang kearah cermin kereta sambil ditangan pegang 2 beg plastik warna putih dan cakap pada aku
"Korang nak ape² tak...aku pegi amek.."
Aji Cantas "Tu kat tangan kau tu tak cukup ke??"
"Entah..!! banyak mane nak makan wan" Sambunng Man,
Wan terus celah "Ok sorang amek 2 prosperity burger, nak tak?? aku mintak extra fries..."
"Babi la die ni..." Aji
Man cantas "bukan...die benda bukan babi..kimak"
Wan terus berlari kearah kaunter lalu jerit "Aku nak 6 prosperity, fries penuhkan satu plastik...cepat..!!cepat..!!
Tiba² tidak jauh samar² kelihatan cahaya biru berkelip-kelip, berpusing-pusing juga berpinar-pinar.
"Wan..!!! cepat..polis datang..!!" Jerit aku..
Wan lari dengan deras tapi ambil masa yang agak lama untuk sampai ke kereta, sejurus dia masuk sambil baling kesemua plastik yang penuh dengan burger, air, juga kentang, kereta polis pula sudah semakin hampir, aku terus tekan pedal minyak dan cuba pecut selaju²nya dan pada masa yang sama kereta polis mengekeori kami, Wan tercungap², Man panik, aku pun sama, lalu Aji capai 1 plastik dan terus lempar kearah kereta polis, habis berderai segala roti, daging juga sayur²an lalu melekat dihadapan cermin kereta polis, lalu terus berhenti secara mengejut dan kami berjaya lepaskan diri, aku tekan pedal minyak sekuat yang boleh.
"Babi la Aji, apesal kau baling plastik tu.." Keluh Wan.
Aji cabut kacamata hitam dan besarkan mata lalu cakap "Hotak kau..polis kejar kite, kena la baling, kalau tak macam mane?? kau nak muke keluar surat khabar tulis 'empat perompak ditahan kerana rompak burger dan fries?? kau nak??
"Ahahahahah..."
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment