Sedalam mana sebuah kesakitan, sesakit mana sebuah keperitan, juga selemah mana kita harungi sebuah kepahitan, lambat laun kita pasti terima tidak kira sama ada jiwa remuk atau hati berkecamuk. Sejak beberapa bulan yang lalu aku ade ikuti sebuah kisah yang ditulis dari satu blog kepunyaan seorang wanita yang telah berkahwin dan punya seorang anak, dia mendapat peluang untuk melanjutkan pelajarannya di kota London dan dia pergi kesana bersama² dengan suami yang tercinta serta anak yang tersayang, kehidupan mereka sangat manis, sangat tenteram, sangat bahagia, disampin suaminya bekerja, dan juga anaknya bersekolah, selama mana mereka akan menetap disana aku tidak pasti, cuma yang aku lihat, mereka sedang hargai erti sebuah kehidupan melalui setiap entri dan juga gambar yang di-'post' kan oleh wanita tersebut. Dia adalah seorang rakan kepada rakan aku dan disebabkan oleh itulah aku dapat tahu tentang blog dia. Tuhan maha kuasa, Tuhan maha penyayang dan tuhan juga maha mengetahui, bulan lepas suaminya telah pergi meninggalkan dia dan anaknya diatas kuasal Ilahi dan takkan kembali sampai bila², satu pemergian yang sangat² tidak disangka, aku yang selalu melewati blognya pun rasa terkejut dengan pemergiannya, satu episod sedih sedang berlaku keatas satu watak, maka dari sebulan yang lalu aku hanya dapat membaca cerita² pahit lagi perit melalui blog wanita ini. Yes, aku sebak setiap kali membaca blognya dan perkara ini mengingatkan aku pada kisah 20 tahun yang lalu, ianya tentang kisah pedih aku, kisah pahit dan perit milik emak aku, bapa aku pergi untuk selama²nya tanpa dirancang dan kami terpaksa terus 'survive' didalam dunia yang penuh dengan warna-warna. Hari² aku dapat lihat emak aku basah kerana air mata, hari² aku lihat mak aku lenjun dengan kesedihan dan yang aku ingat, aku hanya menangis sekali sahaja didepan emak aku itupun ketika menetap wajah bapa aku untuk kali yang terakhir. Emak aku cakap "takpe, mak ade untuk jaga..". Sejak dari itu jika aku hendak menangis aku akan duduk diam didalam bilik ataupun didalam bilik air, aku seboleh²nya akan cuba sorok kesedihan dari emak aku. Sebab aku tahu dia sudah cukup terima pelbagai dugaan, dia sudah cukup terima pelbagai kesakitan. Lama² aku sedar yang hidup ini bukan untuk meratap setiap pemergian, hidup ini bukan untuk mengucap setiap perpisahan, aku bangun, aku berdiri, aku berlari dan seterusnya cuba terbang. Aku tak perlu fikir tentang kesakitan, tentang kesedihan juga keperitan. aku perlu semua itu untuk terus berdiri diatas dunia yang nyata, hidup ini 'real', hidup ini juga 'solid', harus buat sesuatu dan aku pasti emak aku juga fikir begitu.
"Pain and death are part of life. To reject them is to reject life itself"
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
1 comments:
inilah kehidupan...
Post a Comment