Thursday, 13 January 2011

Petang semalam.

Petang sudah berlabuh, burung sudah mula terbang berkawan-kawan untuk pulang ke sarang masing-masing, malangnya kerja aku masih lagi berkoyan-koyan hingga kepala berpusing-pusing. BErselirat seperti biasa hingga mampu untuk putuskan segala urat-urat dikepala, hati sudah mula fikir tentang rumah, jiwa sudah mula terpanggil untuk pulang walaupun jarum pendek dan panjang didinding masih belum sampai ke nombor yang sepatutnya. Aku pasrah duduk bersama-sama dengan yang lain sambil tangan dan mata fokus pada setiap kerja, dengan harapan esok pagi aku sudah boleh tutup cerita tentang hari ini. Tiba-tiba bunyi dari telefon bimbit keluar tanda da pesanan ringkas yang perlu dibaca. Aku buka dan baca di kaca skrin.

"Weh..wekeend ni jom pegi buat BBQ, nak tak??" mesej dari seorang rakan.

Aku dengan sepantas kilat terus balas "Adoi..kau nk BBQ kt mane Boy..??"

43 saat kemudian pesanan teks ringkas masuk "Kat kemensah, situ ade sungai, best la.."

"Ape bende kau ni?? mane ade org buat BBQ kt tepi sungai lagi..aku tak nak join la..maksiat!!!" Balas aku.

7 saat kemudian teks ringkas masuk lagi "Cibai lah.."

That's it..!! aku kemas semua barang, 'shut down' pc dan terus angkat kaki. Perasaan kelakar bercampur marah bila ada orang bagi teks ringkas dan ajak pegi buat aktiviti soal buang masa seperti BBQ di tepi sungai.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law