Nasi kandar, adalah sejenis makanan yang sangat mendapat tempat dihati masyarakat negara ini, keenakan campuran karinya beserta dengan ayam, daging, ikan atau udang telah berjaya menaikkan nafsu bagi sesiapa saja yang memakannya, walaubagaimana pun tidak semua kedai nasi kandar mempunyai rasa yang sedap dan enak, dalam ertikata lain, jika anda terlihat papantanda besar yang bertulis restoran nasi kandar belum tentu boleh menjanjikan kualiti serta mutu rasa yang terbaik. Bagi aku ada beberapa kedai pilihan yang sangat² terbaik dan setiap kedai pilihan aku mempunyai rasa nasi kandar yang tersendiri, contohnya ada kedai yang ayam gorengnya terbaik, ada kedai yang daging kicapnya seperti terkena kejutan elektrik bila disuapkan kedalam mulut, ada kedai yang ikannya berlemak dan seperti cair didalam mulut. Nah lupakan tentang rasa nasi kandar, aku cuma mahu bercerita tentang adab² ketika hendak makan nasi kandar. Sila rujuk dibawah,
1. Sila beratur ketika hendak mengambil nasi kandar
2. Ketika beratur sila fikir lauk apa yang kita inginkan agar tidak terpinga² ketika hendak mengambil lauk, kesian orang lain yang beratur panjang dibelakang.
3. Sila makan pakai tangan, kerana dengan cara sedimikian saja kita boleh nikmati keindahan nasi kandar, makan pakai sudu?? sila pergi ke kedai tomyam.
4. Sila makan sampai pinggan licin.
5. Jika hendak basuh tangan pastikan bau kari masih melekat kerana dengan cara itu saja kita boleh berlagak dengan orang lain yang kita baru saja selesai makan nasi kandar.
6. Jika kedai ramai orang dan tempat duduk kurang, kita mungkin boleh berkongsi meja dengan orang lain, kerana sesiapa saja yang menggemari nasi kandar adalah seperti keluarga kita.
7. Selepas basuh tangan, cukup dengan hisap rokok sebatang dan habiskan air lalu terus bangun, kerana masih ramai lagi orang lain yang hendak makan dan perlukan meja, jadikan ianya salah satu 'culture'
(tolong jangan buat bodoh dan nak bersembang hal politik, masa depan, hal saudara mara dan lain² lagi, kerana kedai nasi kandar adalah tempat untuk menikmati makanan yang terbaik, bukan untuk bersembang)
8. Jangan kedekut untuk sebarkan pada rakan juga saudara mara tentang kedai nasi kandar yang pernah anda lawati, supaya mereka juga dapat rasa apa yang kita rasa.
Sekian,
1 comments:
lu buat gua lapar jeee skarang n nak carik nasi kandar
Post a Comment