Monday, 31 January 2011

Beloved country.

Ada satu soalan yang terpalit pada aku sejak sekian lama, 'even' aku pun pernah bincangkan dengan orang² yang dekat dengan aku termasuklah dengan 'super wife' aku malam tadi. Ianya tentang negara kita, keamanan dan kesejahteraan juga kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia. Jika hendak dibandingkan dengan mana² negara di Asia tenggara, bagi aku Malaysia adalah sebuah negara yang paling bertuah, dengan kedudukan geografinya yang betul² berada di tengah² lingkaran api pasifik membuatkan kita agak jauh dari pelbagai bencana alam seperti gunung berapi, gempa bumi, hujan batu dan sebagainya, selain dari itu keadaan betuk muka bumi kita yang sangat unik benar² memberi kelebihan pada industri pelancongan, hendak cerita pasal gunung tertinggi, kita ada gunung Kinabalu, hendak cerita pasal hutan kita ada lebih dari 5 taman negara dimana floral dan fauna yang ada sangat sempurna, hendak cerita pasal pulau pula, kita ada berbelas² pulau yang menarik perhatian dan tersenarai didalam peta pelancongan dunia sebagai pulau yang menarik. Air terjun, kolam air panas, sungai juga kawasan² kampung yang indah permai pula adalah pelengkap kepada keindahan sumber bumi di negara kita. Jika hendak cerita pasal kemajuan pula, kita ada 'airport' yang gah, kita ada banyak tarikan seperti menara Kuala Lumpur, KLCC, litar lumba di Sepang juga berbelas² pusat membeli belah yang aku percaya lagi berganda besarnya dari Harrods di kota London. Putrajaya yang gabak, 'night life' di kota yang sangat 'alive', sistem lebuhraya utara selatan yang agak efisen. Bekalan elektrik, telekomunikasi serta jalur lebar juga sedang hangat diperhebatkan. Kereta nasional?? kita saja yang mengeluarkan produk sendiri dirantau ini. Walaupun kualitinya tidak mampu untuk menyaingi kereta² lain, juga walaupun harganya jauh lebih mahal, tapi sekurang²nya kita ada kereta kita sendiri. Sistem penerbangan negara juga berada diantara yang terbaik didunia, bukan di Asia tapi 'Top of the world', ini belum cerita tentang pusat penyelengaraan pesawat lagi, produk kita memang 5 bintang.
Sumber hasil bumi yang melimpah ruah seperti petroleum benar² mengangkat Malaysia sebagai pengeluar minyak utama dunia, ini belum cerita tentang teknologi yang digunakan lagi, ini tidak termasuk dengan penghasilan kelapa sawit dan getah. Melalui pandangan mata kasar negara kita memang kaya dengan segala macam kekayaan. Begitu banyak pelabur² asing yang suka untuk datang dan melabur segala macam jenis perniagaan disini, kita tak perlu kupas satu persatu, lihat saja syarikat² multinasional yang ada disekitar kita. Itulah buktinya.
Yes aku akui diantara keunikan negara kita adalah warna kulit juga pegangan agama yang ada disini, benar² mewujudkan beratus² budaya yang berselirat bersama dengan ritual, bahasa, loghat, dialek dan sebagainya. Inilah warna-warni kehidupan di Malaysia. Jika kita fokus pada makanan pula, kita ada berjuta jenis makanan jika hendak dirungkai satu persatu memang boleh sampai pecah perut. Sebab apa aku kata begitu, setiap negeri mempunyai jenis masakannya yang tersendiri, setiap bangsa dan kaum juga ada masakannya yang tersendiri, ambillah kalkulator dan buatlah rumusan sendiri. Kita memang menang bergaya jika hendak cerita tentang kepelbagaian masakan dan makanan. Inilah nadi kehidupan kita dan inilah tunjang perjalanan kita. Jika sistem keretapi negara di naikkan tarafnya dengan meningkatkan kelajuan seperti keretapi di Eropah, sudah pasti ianya boleh menjadi satu tarikan pelancongan paling membanggakan. Kita sudah ada landasan dari utara ke selatan, yang cuma perlu hanya naikkan kelajuannya dan tingkatkan kecekapan sahaja. 'frankly speaking' aku memang bangga dan gembira tinggal di sini, disinilah tanah tumpahnya darah aku, disinilah segala²nya bermula, disinilah tempat untuk aku gengam jari dan julangkan kelangit. disinilah semuanya. Tapi malang, segala kelebihan disini, segala keistimewaan disini, segala kesempurnaan disini telah teruk cedera parah. Aku sangat kecewa dengan sistem pemerintahnnya, parti politiknya, orang² yang mendukung perlembagaan, Raja² juga sultan², orang² yang mendobrak kempimpinan dan juga seribu macam jenis tukang ampunya. Rasuah, korupsi, konflik dalaman, tikam belakang dan depan, feudalisma, kronisma, prejudis dan bermacam² lagi. Kita sangat teruk dari negara² jiran dan akibatnya kita sebagai rakyat yang terpaksa tanggung sedangkan mereka hanya berlakon di panggung sambil poket penuh. Cuba bayangkan jika ianya berterusan apa akan jadi lagi 10 tahun?, 20 tahun? 30 tahun? anak cucu kita??

Jadi bila persoalan ini bermain difikiran aku lagi, aku hanya perlu jawab "Malaysia is a hot country, only mosquito live here"

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law