Sudah bertahun aku bergelumang dengan dosa, pahala pula adalah satu persoalan yang paling pelik untuk diri aku, nah lupakan semua itu, tiada siapa yang berhak untuk tentukan syurga mahupun neraka, untuk hidup dengan gembira dan bahagia aku perlu sumber, aku perlu kapital, dan untuk penuhkan cita² dan impian, aku perlu bekerja keras. Rezeki tidak akan datang bergolek mahupun bertepek². Bekerja sebagai pembunuh upahan seperti aku memang punya banyak dugaan dan cabaran, tapi demi wang ringgit yang berkepuk² juga demi untuk lari dari segala macam kesempitan aku perlu hadapinya jua. Tugas aku kali ini adalah untuk membunuh seorang yang dianggap mafia didalam 'scene' jenayah negara, melihat dengan mata kasar memang mafia ini adalah seorang yang disanjung tinggi, ahli politik yang berwibawa, juga diantara pemimpin tertinggi negara, namun jika dikupas satu persatu topengnya, dia adalah seorang mafia yang sangat kejam, pengedaran dadah diseluruh rantau asia adalah sumber utamanya, dia punya 'link' dengan hampir semua perompak yang ada. Kenapa perlu ada link, ianya mudah saja, dia simpan duit atau barang kemas di Bank, insurankan segala harta kemudian upah perompak untuk merompak bank dan dia akan dapat pulangan yang lumayan dari pihak insurans, projek² mega kerajaan dengan mudah dia akan dapat itupun melalui hasil rasuah yang berlipat ganda dan seperti biasa orang² seperti ini memang kumpul banyak musuh dan jika tersilap langkah maka malaikat pasti akan datang menyapa. Aku pula sebagai seorang pembunuh upahan yang profesional perlu bekerja sebagai seorang yang profesional, kerana ini adalah mata pencarian aku. Tidak kira sama ada dia adalah pemimpin negara mahupun disayangi oleh keluarga. Jadi tepat pukul 11.28 malam aku sudah siapkan segala peralatan, aku tunggang 'naked bike' aku ke satu lokasi yang telah aku siapkan iaitu rumah kosong dimana depan rumah tersebut adalah rumah mafia tersebut. Aku pakir 'naked bike' aku lebih kurang 5km jauhnya lalu menyusup perlahan² kerumah kosong, apabila masuk kedalam rumah aku terus bergegas ke bilik atas lalu buka sedikit tingkap untuk biarkan udara berpusing keluar dan masuk, segala peralatan harus dipasang dengan secepat mungkin kerana mengikut percaturan dan arahan si mafia ini akan tiba dirumah nya lebih kurang 20 minit dari sekarang. 'Sniper riffle' aku sudahpun duduk dengan kemas, aku cuba membidik kearah depan rumah mafia tersebut, ternyata masih dalam keadaan senyap dan sunyi, kelihatan beberapa pegawai keselamatan dan polis sedang berdiri didepan pintu pagar. Aku sangat bernafsu untuk membunuh lelaki mafia ini, pertama kerana upah yang bakal aku terima mencecah hingga ke RM setengah juta, kedua kerana dia dah banyak menyusahkan rakyatnya. Orang² begini kita harus hapuskan. Bila aku berjaya bunuh dia, aku akan dapat pulangan yang lumayan, beg pakaian serta pasport sudah aku siapkan, tiket kapal terbang pun aku sudah beli, jika dia mati malam ini aku pasti esok pagi aku sudah berada di Prague duduk dipinggir laut sambil lagakan gelas yang berisi 'champange' tanda meraikan kejayaan, tengahari pula di Venice sambil rokok ditangan dan mata meliar untuk membidik gadis² panas yang boleh dijadikan teman selama sepurnama sebelum aku terus menjelajah kota² lain di Eropah hingga ke penghujung tahun baru aku kembali ketanah air. Itulah perkara biasa yang aku sering lakukan bila kerja aku selesai, duduk secara tenang di negara orang sebelum cari mangsa baru dalam ertikata lain, wang saku baru. Cuma kali ini aku rasa selepas pusing satu Eropah aku mungkin akan singgah ke Cape town dahulu sebelum pulang, kerana dari kecil aku ingin lihat suasana indah 'Table Mountain' pada waktu pagi, harap-harap impian aku menjadi kenyataan.
Hush..!! 5 minit sudah berlalu, aku tak boleh mengelamun pada saat begini, seorang yang profesional perlu menjaga status profesionalism. Dari jauh kedengarang bunyi deruan kereta mewah, dari jauh juga aku sudah nampak sinaran lampu kereta tersebut, tidak sampai 30 saat kereta itu terus berhenti didepan rumah lalu pintu pagar pun terbuka. Yes!! inilah masa yang ditunggu-tunggu, aku memperkemaskan posisi, mata aku telah siap melekat pada teropong, anak mata aku pula telah fokus pada sasaran, dalam kepala hanya setengah juta RM, dalam kepala hanya mahu hapuskan manusia keparat, terlihat pintu kereta dibuka lalu berdiri lah satu susuk badan yang sudah lama aku tunggu, beberapa manusia lain mendekati si mafia itu, mata mereka liar memerhatikan keadaan sekeliling, tapi aku pasti mata mereka gagal mengesan kehadiran aku. Jari telunjuk aku sudah bersiap sedia untuk menarik picu, hanya dengan 1 das sahaja aku akan hantar rohnya ke neraka. Mata aku sangat terang, jantung aku berdegup dengan kencang, kelihatan si mafia itu seperti sedang cakap mengeluarkan suara pada telefon bimbit, takpe aku biarkan dia puas bersama suaranya. Tiba-tiba, pintu rumah terbuka lalu berlari seekor kucing gemuk lagi gebu serta bulunya panjang berwarna oren kearah mafia tersebut, aku hairan, si mafia itu tunduk dan ambil kucing gemuk itu, dia kelihatan amat mesra dengan kucing gemuk tersebut, aku pun turut rasa geram pada kucing gemuk itu, Damn!! macam mana nak 'shoot' ni?? "aaarrggghhh!!!" aku takut, aku cuak aku khuatir jika tembakan aku ini terkena kucing gemuk tersebut, dia tidak berdosa, dia tidak tahu apa-apa pun, dia hanya diberi perlindungan serta makan yang secukupnya oleh mafia tersebut. "Fuckkk..!!!" macam mana nak buat ni?? jika aku tari picu hanya 20% sahaja yang mungkin terkena sasaran selebihnya mungkin terkena pada kucing gemuk itu, sebab dia tak reti duduk diam didalam dakapan si mafia tersebut dan posisi aku sebagai pembunuh upahan juga akan tergugat, 'bodyguard' mafia itu pasti dapat kesan dan tangkap aku. "Habislah..." punah ranah segala harapan, hancur berkecai impian aku, Prague??, Venice??, Cape Town??. Aku cuba bidik kembali, malangnya si mafia tersebut telah berlalu pergi masuk kedalam rumah bersama dengan kucing gemuk yang aku pun tak sampai hati nak tengok.
"Damn...!! orang jahat memang lambat mati kan?? "
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment