NEW YORK
Aku tidak lah teringin untuk jejakkan kaki ke Amerika syarikat, lebih² lagi dengan masalah visa yang sering menganggu, tapi jika diberi peluang aku memang teringin untuk ke New York, sebab aku mahu cari restoran hamburger yang diceritakan oleh Marshall dalam siri 'How i met your mother', perihal lain aku tak mahu ambil peduli pun.
ROME
Seperti yang semua sedia maklum Rome, terletak di italy, sebuah bandar yang sangat menarik untuk dilawati, pelbagai teori sejarah roman mungkin dapat diserap apabila melawat Rome, tapi bagi aku melawat kedai² Pizza yang menggunakan oven batu-bata dimana usia oven tersebut telah lebih 100 tahun adalah paling mengembirakan.
SEOUL
Aku pun tak pasti kenapa perlu aku pergi melawat tempat diatas, cuma mungkin aku boleh cuba untuk berhentikan dominasi serta fenomena K-Pop dan bawa masuk 'rock scene' kesana.
Bersambung . . .
p/s : Jika ada masa aku akan post 1 entri khas bagaimana untuk 'survive' dinegara orang dengan hanya berbekalkan beberapa keping duit kertas.
1 comments:
sila tulis :)
p/s : Jika ada masa aku akan post 1 entri khas bagaimana untuk 'survive' dinegara orang dengan hanya berbekalkan beberapa keping duit kertas.
Post a Comment