Sunday, 21 September 2008

Aku, Fakhrul dan business card.

Menghabiskan rumusan kehidupan malam tadi hingga bawa ke keheningan subuh benar² buat aku menghargai kehidupan yang hanya tinggal sekeping harapan. Bergelak ketawa, berdekah, memerhati serta menyulam kata² adalah resam kehidupan normal aku dan rakan² tanpa perlu menggugat norma² manusia lain. Setelah selesai segala percaturan
serta penghargaan masing² mengorak langkah malas kerumah masing². Aku tanpa perlu buang masa terus melalaikan kepala keatas bantal lalu lupa tentang mimpi² yang cuba hinggap kedunia aku yang penuh kebuntuan. 6 jam berlalu aku tersedar semula dengan keadaan dibilik benar² gelap kerana diluar rumah sedang bergolak perperangan
dimana air hujan berpusu² untuk jatuh kebumi. Mata aku terkebil² memandang syiling dalam keadaan kelam, telinga aku dengan tenang menerima bunyi hentakan air yang berderai diluar. Sambil jiwa dan minda aku sedang cuba mencari erti serta maksud sebenar pasca-pasca kehidupan. Tiba² kedengaran bunyi telefon.

"Hello.." Aku

"Weh..tidur lagi ke..?? aku dah booking tiket, so how?" Fakhrul.

"Hah..yeke?? bila.." Tanya aku.

"Ni baru lepas booking lah ni,tahun depan kita pergi.." Jelas Fakhrul.

"Tahun depan?? abis tu petang ni macam mane..tak jadi ke..?? Tanya aku lagi.

"Takkan nak pergi petang mana sempat, aku tak jumpa mak ayah aku lagi, bank tak buka cash pun takda,
kau mesti kena apply cuti lagi.." Jelas Fakhrul.

"Aku memang cuti hari ni nak buat apa apply, takpa lah petang ni aku belanja..ahahah apa nak risau" Jelas aku.

"Kau biar betul nak belanja, rm2k, 3k kau ada ke..kita nak convert pound, banyak tu.." Fakhrul.

"2k..?? 3k..?? kau nak makan apa sampai beribu²?? kalau Wan dengar dia marah ni..tercabar kredibiliti dia..ahaha" Terang aku.

"Weh...kau tidur lagi ni..aku bukan cita pasal berbuka puasa petang ni..lah" Fakhrul cuba menerangkan.

"Hah?? and then...??" Tanya aku kebinggungan..

"Plan kita nak pegi naik belon ke Heathrow lah.." Jelas Fakhrul.

"Ahahaha....aku mati² ingat pasal berbuka petang ni..sorry..sorry.." Jelas aku.

"Dah kau pegi bangun, mandi..cukup² lah nak mengelamun..ni aku nak ulang balik, aku dah booking tiket, so nanti
kau check kau punye tiket pulak.

"Ok...ok...ahahahah Abbey Road ill coming now..ahahaha" Aku.

Kepada Kate Nash & Clare Nash, Brian May, Thom Yorke, The Magic Number, Gwyneth Paltrow, Nasra Zalia, Adam,Camdenlock, Cardiff, Soho, Glen Handsard, Eye of London, Alecja & Aleena,Eurostar, Big bend dan atmosfera di Heathrow, nantikan kehadiran aku demi untuk kegembiraan kita bersama. LONDON here i come..!!! Again and again..!!!

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law