Monday 15 September 2008

Berita kepada Kawan. #2

Ramai yang tidak tahu, ramai juga yang tidak pasti Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob.Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA. Selain dari itu Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ),Angakatan Pemuda Insaf (API), Parti Komunis Malaya (PKM) dan beberapa parti lain telah lama wujud dan berusaha keras berjuang menuntut kemerdekaan. Mereka menjadi musuh kepada pemerintahan kolonial British pada ketika itu. Tiada UMNO, tiada BN, tiada melayu, tiada keris. Apa yang diinginkan adalah MERDEKA. Tetapi malangnya sejarah telah diubahsuai, fakta telah ditenggelamkan dan ramai yang tidak mahu ambil peduli tentang kesengsaraan perwira² pada ketika itu. Tapi tidak aku, kepada rakan² yang ingin tahu mungkin boleh diberitahu, kisah lanjutannya. Selamat menyambut hari ulang tahun penubuhan Malaysia. 16hb september.1963

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law