Friday, 5 September 2008

Merdeka

MERDEKA...adakah cukup sekadar kita melaungkannya sebanyak 7 kali mahu pun 300 kali. MERDEKA...perlukah kita berdondon² menyaksikan kemeriahan dipesta malam sebelumnya.
MERDEKA...pentingkah kita melihat keindahan bunga api diangkasa serta menyerap bunyi letupannya.
MERDEKA...ambil kisahkah kita tentang pengibaran bendera.
MERDEKA...haruskah kita berpusu² melihat perbarisan.
MERDEKA...apakah sebenarnya pengertian melalui iklan² di kotak tv,corong radio mahupun paparan suratkhabar. Sukar untuk difahami namun yang jelas dan pasti bebas merdeka bukanlah maksud sebenarnya yang kita lalui sekarang.
Berbanyak² terima kasih kepada manusia² yang telah lama berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun tiada siapa yang menegenalinya tapi yang pasti aku cuba untuk sematkan dijiwa.Setinggi penghargaan kepada Dr, Burhanuddin Al-Helmy,Abdullah CD, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ahmad Boestamam,Onn Jaafar, Tunku Abd Rahman dan ramai lagi..

"Dari runtuhan kota Melaka, jiwa merdeka kita dirikan" - Dr. Burhanuddin Al- Helmy.

Maaf kerana artikel ini lambat dihasilkan.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law