Malam yang penuh syahdu, sambil angin bertiup dengan nada sederhana, aku berdiri seorang diri
bersiap untuk berlari, dengan cahaya lampu neon yang tidak begitu gemilang, aku memulakan rentak di
pemain mp3, aku sumbatkan corongnya kedalam rongga udara telinga sambil otak aku meresap lagu pertama
dari THE GATHERING 'broken glass'. Aku menarik nafas sedalam²nya sambil menghayati setiap kata² yang terluah
dari suara Anneke Van Giersbergen lalu memulakan langkah pertama dengan perlahan lalu dituruti langkah kedua,
ketiga, keempat dan seterusnya. Nadi semakin kuat berdenyut apatah lagi jantung yang sedang berusaha keras
mengepam darah keseluruh ruang yang ada menerusi saluran yang tercipta indah untuk semua daripadanya.
Aku terus berlari dengan keadaan yang amat tidak bermaya namun minda cuba mengawal perasaan supaya kuat dan terus
berlari. Aku lari tanpa ingin menoleh kebelakang, tanpa mahu memikirkan dakyah atau dakwah. Walaupun tidak pasti
apa yang sedang aku cari, apa yang sedang aku impikan, apa yang sedang aku usahakan. Walaupun jiwa terus meronta,
menjerit dan menangis. Aku terus dan tetap dengan larian aku, tidak laju dan tidak perlahan. Sambil ada kereta²
juga motorsikal yang tidak habis² berlakon menjadi langau disekeliling taman tempat aku berlari.
Aku sematkan dihati satu hari nanti aku pasti akan lari jauh untuk tinggalkan dunia disini tidak kira sama ada
masih erat mengenggam nyawa ataupun sebaliknya aku pasti akan lari. Dunia disini sudah tidak indah lagi, sudah tidak
permai lagi, sudah tidak berjiwa lagi. Memang tiada tempat untuk aku didunia lain disebelah sana, namun aku tidak
akan mencari lagi ruang yang ada disini. Aku telah lama dikecewakan, aku telah lama diperbodohkan. Tetapi aku
hanya duduk diam membisu dan aku rasa sudah tiba masanya untuk aku melontarkan segalanya.
Aku masih terus berlari dan terus lari, peluh sudah mula memenangi baju, sudah mula membasahkan rambut, sudah mula
berkuasa ditubuh. Aku terus lari dan berlari demi untuk memenuhi segala kelengkapan pelarian aku nanti. Jika jatuh aku akan berjuang untuk bangun semula, jika aku penat untuk teruskan larian aku akan tetap dengan pendirian ciptaan aku sendiri.
Selamat tinggal dunia penuh alasan, aku sedang berlari menuju ke dunia penuh kejujuran.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment