Hari demi hari aku telah mendegar lagu 'Analyse' dari Thom Yorke hasil dari pemberian Aim, hari demi hari juga aku telah membuat analisa demi analisa, pelbagai perkara aku cuba kaji. Semalam ketika bersama² Nudia dan Yana di kedai makan aku terlihat sekumpulan sahabat meraikan hari lahir salah seorang rakannya, dengan perasaan penuh gembira menyanyikan lagu, dengan penuh senyuman meniup lilin, dengan penuh girang memotong kek serta makan bersama². Tidak lama selepas itu datang pula sepasang kekasih dimana mereka membawa sebuah kotak yang tertulis 'secret recipe' dan secara tidak sengaja semua paham apa ada didalamnya, mungkin suasana santai ditepi tasik memang sesuai untuk menghabiskan masa bersama rakan² mahupun kekasih. Ketawa tanda suka, senyum hingga ke telinga, mereka riang hendak menyambut hari lahir pasangan kekasihnya. Aku dan yang lain hanya mampu menoleh dan..
"Fine lah kan, birthday i dulu takde orang nak celebrate pun.." Nudia.
Beberapa ketika selepas itu kami mengambil keputusan untuk tinggalkan tempat makan, melangkah bebas ke jentera pemusnah aku memulakan tugas sebagai pemandu, Sambil otak dan minda aku terus berusaha keras berfikir, copy..paste..copy..paste, save as..customize, synchronize..create new folder dan berbagai² atucara berlansung didalam kepala aku. Mereka sambut hari lahir, kenapa aku tidak buat begitu. aku perlu sambut hari kelahiran untuk sesuatu yang aku pernah usahakan. Muzik adalah makanan aku, tenaga aku, jiwa aku, dadah aku, tangisan aku dan perilaku aku. Memang ia bukan agama mahupun tuhan aku. Tetapi mampu memberi sekelumit harapan. Berpuluh tahun aku mengabdikan diri bersamanya dan aku perlu menyambut hari lahirnya, dan aku rasa aku sudah bersedia untuknya. Aku selalu menulis tentang apa yang aku dengar dan lihat tetapi kali ini aku akan menulis tentang perkara yang sering membuatkan adrenalin aku meluap². Aku akan mula menulis tentang dunia muzik yang selalu aku serap, tentang dunia muzik yang selalu aku kenang hingga menjadi tenang.
Kepada rakan² aku cuba kembali dan rasanya aku sudah bersedia...
sambung diatas..
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
0 comments:
Post a Comment