Setiap pagi bangun tidur pasti melangkah malas ke bilik air, bersembang sambil meluahkan kata² dengan berus gigi, sabun serta shaver kemudian bergelumang bersama tuala terus meluncur laju ke bilik sambil mengenakan pakaian harian aku pasti mencari satu melodi dan irama yang rancak dan pantas. Minggu ini adalah minggu aku bersama dengan THE CURE, setiap pagi pasti aku akan serap bait² lirik dan alunan mesra dari lagu "Friday i'm in love". Walaupun setiap hari bukan hari jumaat tapi sematkan didalam hati yang setiap hari adalah jumaat dan setiap hari juga aku ingin dan hendak jatuh cinta. Nah..bukan cinta pada manusia yang kejam dan sering tidak tahu untuk menjaga perasaan seorang robot seperti aku, tetapi perasaan cinta terhadap kerja yang hari²nya penuh dengan dugaan dan cabaran. Setiap detik yang berlalu sebenarnya membuatkan aku semakin jelik dan loya dengan suasana kerja, dengan orang² berkuasa dan sering memaksa, mujur rakan² masih lagi berdiri disebelah kiri aku. Setiap hari aku cuba sematkan perasaan cinta aku pada kerja yang aku pasti tahu sebenarnya telah lama dan semakin hebat luntur. Setelah siap aku akan meluncur laju ke tempat kerja dengan hati dan perasaan yang membuak² tapi sebenarnya aku buat² saja. Aku cuba kelirukan jiwa, aku cuba pesongkang hati dan perasaan. Aku cuba tiup semangat supaya terus kuat berdiri, dengan adrenalin yang meluap² aku gagah melangkah untuk menuju kedalam perut pejabat, sesudah sampai semuanya hilang, semuanya lemah, semuanga gagal. Mata aku terus memburu jam di dinding dan sering meletakkan sejuta harapan agar jarumnya deras berpusing.
"Huh...baru pukul 8.39 pagi, bila nak balik ni..??" hati aku.
"Rileks..awal lagi.." minda aku.
"Mengantuk seyh..macam mane ni..??" jiwa aku.
"Eh semalam kau dah call property cakap aircond bilik sebelah rosak, tolong follow-up balik, i want to know the answer now..now.." Paul Ong.
Untuk pengetahuan semua aircond dalam bahasa melayu adalah penghawa dingin, tetapi bagi bahasa android seperti aku aircond adalah 'paperwork', oh komputer rosak juga adalah 'paperwork', kertas A4 habis juga adalah 'paperwork', lantai kotor juga adalah 'paperwork'. Orang pandai pusing juga adalah 'paperwork' Mati juga adalah 'paperwork'. Viva La Paperwork.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
1 comments:
paint my monday rainbow...
~nila~
Post a Comment