Friday, 5 September 2008

Episod sengsara

Dalam keadaan yang amat suram,malam ini sungguh hiba lebih² lagi hujan turun seperti tidak berdaya untuk
hinggap kebumi, aku dan yang lain² memenuhi ruang legar jalan raya dengan memacu jentera kejam untuk pulang kesarang,
selepas meluahkan hujah² tekanan yang telah ditekan pada waktu dimana matahari adalah raja menerangi kehidupan manusia.
Masing² dengan luahan kecewa, masing² dengan perasaan berjiwa memikirkan tentang perkara yang lepas serta akan datang. Aku hanya
mampu duduk terpaku sambil menghirup kopi panas serta bersulam asap rokok yang tidak habis² menjadi teman istimewa.
Semuanya terpaksa, semuanya binggung, namun semuanya perlu diteruskan. Kerja..kerja..kerja..bukan sesuatu yang mudah jika
kita tidak jatuh cinta pada kerja yang kita selalu lakukan setiap hari. Tidak kerja, tiada duit, tidak berduit, tiada kemampuan,
tidak mampu, kita gagal, bila gagal, tiada persoalan, tiada soal, maka tiada jawapan. Duit adalah segala²nya disini, semua orang
terpaksa memaksa untuk duit, jika kita berduit kita mampu buat apa sahaja, jika kita ada banyak duit, kita akan jadi orang
berpengaruh. Duit adalah raja dan kita hanyalah hamba.
Perjalanan diteruskan, sayup kedengaran desiran air diluar jentera, titisan hujan menyeliputi ruang cermin hadapan, sambil didalam
jentera terpasang lagu Anuar Zain disulam dengan bunyi getah viper berselirat berhempas pulas untuk membuang air. aku dan lain²
lalui keadaan yang amat tenang sambil suasana diterangi cahaya lampu neon ditepi jalan, masing² berlagak seperti sebuah
tasik yang amat tenang namun aku pasti semuanya sedang bergolak dan menolak segala² kekusutan didalam jiwa mahupun minda.
Inilah lumrah yang telah dicipta oleh manusia² terdahulu dan akibatnya kita tanggung sekarang. Aku amat pincang memikirkan
dunia aku yang semakin hari semakin hilang cahaya matahari mahupun pelangi, tiada lagi kedengaran ombak dan angin yang sentiasa
menenangkan fikiran. Dunia aku semakin hilang dan aku masih tidak jumpa penawarnya. Semakin hari semakin aku mahu lari jauh,
semakin aku mahu terbang setinggi²nya tapi aku tidak mampu untuk melakukan apa². Jika diberi peluang untuk kembali kezaman 15
tahun yang lalu dan seterusnya pasti aku akan ubah dan betulkan banyak perkara, tapi malangya aku tiada formula tentang itu.
Aku hanya simpan impian untuk ucapkan selamat tinggal kepada roda² kehidupan aku dan semoga aku mampu lakukannya.
...........................!!!!

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law